Ramai Sakit Hati Tengok Reaksi Lelaki Selamba Gunting Jalur Gemilang, Simbol Kedaulatan Negara

Share

Bendera Malaysia atau disebut Jalur Gemilang adalah simbol kedaulatan negara. Ia juga lambang maruah kerana di dalamnnya ada nilai kebebasan, pengorbanan dan kebanggaan.

Ia juga bukan sekadar sehelai kain berwarna yang menghiasi majlis rasmi semata-mata. Tersemat nilai kegemilangan tanah air yang perlu digarap dan dihalusi oleh setiap warga yang cinta dan kasihkan negara ini.

Bahkan insiden memijak, dipasang terbalik dan lain-lain lagi yang pernah terjadi boleh mengakibatkan pertelagahan besar jika tidak ditangani secara betul kerana bendera adalah lambang kedaulatan negara.

Namun tindakan selamba seorang lelaki yang menggunting jalur gemilang walau sudah disergah dan dia kembali menyergah wanita yang merakam perbuatannya menggunting hampir kesemua bendera Malaysia yang dipasang di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) Jalan Ampang.

Ternyata ramai yang benar-benar geram dengan tindakan tidak masuk akal ini memandangkan negara akan meraikan kemerdekaan negara yang ke 65 menjelang 31 Ogos ini. Satu perkongsian dari pengguna Tik Tok @Ieka Kartika _yang berkongsi ragam selamba lelaki ini cukup membuatkan ramai yang geram dengan perbuatannya.

Kata Ieka, dia sudah menyergah perbuatan lelaki terbabit (dari dalam kereta) namun lelaki berkenaan menyergahnya kembali. Apa yang pasti tindakannya buat ramai yang marah dan geram kerana maruah negara diinjak-injak.

Follow kami di Facebook

, Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

BACA SINI :- Peneraju Radio Sedondon Sarung Tudung Merdeka, Gara-gara Cikgu Sekolah

Published by
almaswa Haji Che Ros