Ramai Penumpang Pengsan & Muntah, Pesawat Terpaksa Mendarat Cemas, Gara-Gara Lelaki Ini

Share

Bau badan berkaitan penjagaan kebersihan diri. Kena pastikan diri sentiasa bersih, segar dan badan tidak berbau agar orang sekeliling selesa dengan keadaan kita.Lebih-lebih lagi jika ingin melakukan perjalanan yang jauh dengan menaiki kereta, bas mahupun pesawat. Jangan jadi seperti lelaki ini, terpaksa dikeluarkan daripada pesawat gara-gara bau badannya yang amat busuk!

Sebuah pesawat penerbangan komersial terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas sejumlah penumpang pengsan dan muntah gara-gara terhidu bau badan busuk seorang penumpang lelaki.

Dikurung Dalam Tandas

Menurut laporan, kru kabin cuba mengurangkan kesan bau badan lelaki itu dengan mengurungnya di dalam tandas pesawat tetapi gagal menyelesaikan masalah.

Pesawat Transavia Boeing 737 yang berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Belanda ke Gran Canaria, Sepanyol itu kemudian membuat keputusan mendarat di Faro di sini.

Sebaik mendarat, lelaki berkenaan diiringi keluar dari kapal terbang oleh sejumlah pegawai perubatan sebelum menaiki sebuah bas.

“Bau badannya seperti orang tidak mandi beberapa minggu menyebabkan ada penumpang tidak tahan dan muntah,” kata penumpang warga Belgium, Piet van Haut.

Transavia mengesahkan pendaratan cemas itu sambil mengatakan puncanya akibat masalah kesihatan.

Macam-macam hal. Jangan sampai jadi macam ni iya. Busuk sangat tu, sampai boleh buat orang muntah dan pengsan!Pesawat pun terpaksa buat pendaratan cemas!

Sumber: kosmo & EXPRESS

Published by
Suhaidah Abd Wahab