Ramai Orang Suka, 30 Tahun Lamanya Guna Resipi ‘Chocolate Chip Almond Cookies’

Share

Biskut sedap memang ramai orang suka. Tak sangka selama 30 tahun wanita ini menggunakan resipi yang sama untuk buat ‘Chocolate Chip Almond Cookies’ yang dikongsikan ini. Memang nampak sedap, rangup dan mudah nak buat.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norliza Ali ini.

Salam Ramadhan kepada semua.

Saya minta maaf lambat kongsi resipi ni. Alhamdulillah saya sibuk dengan kerja. Ni baru dapat curi masa sedikit ya.Semoga kita semua diberkati dengan rezeki yang berlipat ganda, dunia dan akhirat. Amiin.

Resipi ni saya dah pakai dekat 30 tahun lamanya. Alhamdulillah, ramai orang suka my own version of Chocolate Chip Almond Cookies

Bahan-Bahan:

250gm butter
140gm gula kastor
120gm Gula perang
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
370gm tepung gandum biasa
1 sudu teh bicarbonate soda
1 sudu teh garam
200gm nibbed almonds
400gm chocolate chips

Mesti Baca: Tip PENTING Buat Biskut Elok Menjadi, Lebih Rangup & Tahan Lama!

Cara Membuat:

1. Dengan menggunakan hand mixer, pukul butter dengan gula kastor dan gula perang sehingga kembang.

2. Tambahkan 2 biji telur, pukul sebiji dahulu sehingga kembang, baru tambahkan sebiji lagi.

3. Masukkan esen vanilla.

4. Ayak tepung gandum, bicarbonate soda dan garam ke dalam adunan. Guna spatula dan kacau sebati.

5. Masukkan nibbed almonds dan chocolate chips.

6.Selepas adunan siap, boleh simpan dalam peti sejuk selama setengah jam supaya senang untuk dibentuk, tidak terlalu lembik.

7. Gunakan sudu penyukat saiz 1/2 sudu besar atau tablespoon sebagai acuan. Isi sudu penuh penuh, ratakan, cungkil dan letak atas baking pan yang dilapik dengan baking paper. Saya guna pan segi empat 12 inci dan muatkan 25 ketul cookies. Jarakkan 5 x 5 baris.

Ni saya bentuk siap-siap letak sebelah sementara tunggu giliran masuk oven.

8. Bakar dalam oven suhu 175°C selama 18 minit.

9. Sejukkan biskut sebelum simpan dalam bekas yang kedap udara.

Rajin rajin lah buat ya. Nak berniaga pun bagus.
Semoga bermanfaat.

Kak Liza

Selamat Mencuba!

Artikel Menarik: Resipi Biskut Famous Amos SEDAP, Makan Sekali Hadap Terus Habis!

Baca Lagi Di Sini: Resipi Mudah Biskut Coklat Chip Ala Anna Olson, Tak Sempat Raya, Confirm Licin!

Mingguan Wanita: Nampak sedap dan menarik sungguh biskut ‘Chocolate Chip Almond ni.30 tahun lamanya guna resipi yang sama. Boleh cuba buat untuk biskut raya nanti.

Betul ke wanita bekerja sebab bimbang bebankan suami?

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Macam ni nak anyam ketupat nasi rupanya.

Published by
Suhaidah Abd Wahab