Tegas tapi penyayang dengan orang sekeliling! Itulah sikap Yusuf Azmi.
Terbaru, bekas Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi, 28 ada memuat naikkan status panjang mengenai pandangannya tentang kehidupan, malah dia juga sering memuji isteri dan menghargai masa bersama anak-anaknya.
Ternyata dunia bersama anak-anak yang dia miliki sangat membahagiakan. Malahan netizen juga mendoakan yang baik-baik di setiap ruangan komen Instgram miliknya. Ikuti secebis luahan lelaki ini dengan kehidupannya hari ini dan cuba rebungkan…
Dia yang dikagumi dengan sikap lantang bersuara sebenarnya memiliki aura romantik bila meluahkan perasaan kepada orang rumahnya. Ini jelas dalam kenyataan bertulis terkini dengan sekeping gambar bersama isterinya, Sebrina Hamdan.
“Kebahagian yang paling membahagiakan apabila melihat isteri tercinta dan anak anak tercinta bahagia. Itu membuatkan naluri dari dalam hati menjadi bahagia. Pemimpin bernama ayah. Beliaulah laluan untuk penerima segala kebahagian..Hatinya di dalam tiada siapa yang tahu. Tetapi Pemimpin yang bergelar ayah sentiasa memberikan senyuman untuk anak anak nya. Kerana beliau tahu yang semua itu amanah dari Allah.
Kita tidak harus merasa sedih tetapi apa yang kita lalui. Sesungguhnya ramai lagi manusia yang menderita kerana tidak mempunyai kebahagian seperti kita. Jangan melihat di langit kerana isi dan kulitnya jauh berbeza dan membuatkan kita tidak merasai nikmat yang Allah beri. Lihatlah si pejalan semut sentiasa bersyukur apa yang mereka perolehi. Mudah mudahan memberi manfaat kepada semua Ayah dan suami. Ayah cintakan semua anak anak ayah. Dan bidadari syurga ayah satu satunya baby manja Sebrina Hamdan.”
Jangan risaukan kata-kata orang kerana setiap orang membaca dunia dengan pemahaman dan pengalaman yang berbeza.
Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik. Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.
Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan.
Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.
Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.
Walau sekadar berdoa untuk semua ahli keluarga..jiran & sahabat
Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh.
Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh…. Dalam kita melakukan “ kebaikan ”, kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama.
Tapi Ketika kita melakukan “ keburukan ”, tidak ada kebaikan turut ikut serta. Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.
Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.
Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh. Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya.
Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR.
Sentiasa ingat mati dan Buatlah persiapan untuk kematian… sedar lah diri segala yang kita miliki termasuk diri kita milik ALLAH SWT.
Pesan Yusuf Azmi lagi, rebutlah berbuat kebaikan pada hari Jumaat, kalau mampu gandakan alhamdulillah. Itu rezeki…
Semoga kita mendapat rahmat yang baik pada hari ini, Penghulu segala Hari. Berjalanlah kamu dengan merasa malu melihat ke langit dan rasa malu memijak ke bumi. Itu la dinamakan Tawadhuk. Apa percapaian pun di dalam hidup kita itu semua milik Allah. Dan bila kita mati kita kembali pada Allah. Jangan merasakan diri itu aku.. Kerana aku itu tiada. Berilah sedekah kepada sesiapa walaupun kita tiada apa apa. Kerana Sedekah itu bukan pada nilai wang yang besar. Carilah permata di sunggai yang mengalir. Jangan kita khuatir kita kehilangan. Kerana janji ALLAH itu pasti.
Salam Jumaat.