‘Harga Barang Naik Julai, Tak Tahu Nak Berjimat Macam Mana Dah’ begitulah luahan netizen.
Mak-mak pastinya paling pening kepala bila tiga barang utama yang wajib ada di rumah ditarik semula subsidi.
Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkuat kuasa 1 Julai 2022 kerajaan tidak lagi akan memberikan subsidi RM1.40 kepada penternak ayam seterusnya menamatkan penentuan harga siling ayam RM8.90 seperti yang diperkenalkan Februari lalu dibawah Skim Kawalan Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).
Manakala Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee menjangkakan harga ayam mentah di pasaran akan mencecah sehingga RM11 sekilogram menjelang 1 Julai.
Belum reda kisah ayam dan telur, tiba pula isu minyak masak. Harga siling minyak masak tulen bagi pek kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) akan mula dimansuhkan bermula 1 Julai.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagaimanapun harga siling minyak masak tulen bagi pek polibeg 1kg kekal pada harga RM2.50.
‘Harga Barang Naik Julai, Tak Tahu Nak Berjimat Macam Mana Dah’
Mak-mak sebagai Menteri Kewangan di dapur rumah sendiri perlu bijak menyedikan menu buat keluarga.
Diakui kebanyakan masakan masyarakat kita berkisar tentang penggunaan ayam, minyak dan telur.
Malah ayam goreng dan telur goreng adalah sumber protein yang paling mudah dan murah untuk disediakan.
Masakan bergoreng sudah menjadi kebiasaan, justeru penggunaan minyak untuk menggoreng dan menumis menjadi keperluan sehari-hari.
“Teringat Susah Selalu Makan Telur Saja, Sekarang Nak Makan Telur Pun Berfikir, Inikan Pula Ayam”
Menerusi tinjauan status di Facebook yang dimuat naik Mingguan Wanita ternyata warganet terutamanya golongan mak-mak memberikan pelbagai pendapat berhubung isu ini.
“Teringat Susah Selalu makan telur saja, sekarang nak makan telur pun befikir..inikan pula ayamnya.” tulis salah seorang warga maya bernama Miey A. Mimie
Baca Disini : Harga Mahal, Tak Berbaloi, Lebih JIMAT Masak Sendiri Di Rumah, Tak Perlu Malu!
Peniaga BOLEH Letak Harga MAHAL, MURAH, Syaratnya Tiada Penipuan, Barangan Halal, Usah Pertikai!
Mingguan Wanita : Aduhai mak-mak kena bijak jadi menteri kewangan di dapur sendiri nampaknya ya… Pandai-pandailah berjimat.
Sumber : SinarPlus & Bernama
Sumber Foto : Canva
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI