Setiap kali Ramadan akan melabuhkan tirai, kita berdoa meminta Allah SWT lanjutkan usia serta dianugerahi kesihatan yang baik, mudah-mudahan dapat bertemu Ramadan akan datang. Ya, kita jarang memohon doa seumpama itu pada waktu-waktu lain, namun Ramadan mempunyai daya tarikan tersendiri untuk kita berbuat demikian.
Itulah kemuliaan Ramadan. Kehadirannya amat dinantikan setiap muslim mukmin yang faham erti kemuliaan Ramadan bagi meraih kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi, meraih pahala berlipat kali ganda.
Ramadan memberi peluang untuk setiap muslim mukmin meraih ganjaran daripada Allah SWT demi mencari kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki lagi abadi. Sejak awal bulan Rejab lagi Rasulullah s.a.w menyuruh umatnya berdoa, “Ya Allah, berkatilah hidupku pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah aku (untuk terus hidup) ke bulan Ramadan.”
Maka sangat beruntung bagi insan-insan yang diberi kesempatan hidup pada bulan Ramadan kali ini. Rasa syukur itu harus dibuktikan dengan amal soleh yang disyariatkan Islam bagi memenuhi ruang masa di sepanjang Ramadan yang penuh kemuliaan ini.
Ads
Bukti Kecintaan Ilahi
Ramadan memperlihatkan tentang ketinggian kasih sayang (sifat al-Rahman dan al-Rahim) Allah SWT kepada manusia. Ramadan dengan segala kebaikannya dianugerahkan khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w yang amat dikasihi-Nya, umat akhir zaman yang singkat usia tetapi boleh menyamai amalan umat terdahulu yang panjang usia mereka.
Sebulan Ramadan merupakan puncak limpahan kasih sayang Allah SWT untuk semua insan khusus kepada hamba-hamba-Nya yang ikhlas berkorban demi mencari keredaan-Nya. Manusia dan dosa memang tidak dapat dipisahkan. Sempena kedatangan Ramadan, Allah SWT menawarkan peluang pengampunan dosa untuk setiap hamba-Nya yang ikhlas dan bersungguh-sungguh mahukan segala kesalahannya diampunkan. Mereka menyedari bahawa pengampunan dosa daripada Allah SWT merupakan limpahan kasih sayang-Nya.
Bersihkan Diri
Makanya tempoh sebulan Ramadan merupakan peluang terbaik untuk setiap insan kembali membersihkan diri daripada dosa dengan bertaubat kepada-Nya. Ini peluang untuk insan kembali kepada sifat fitrah yang pernah dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w seumpama seorang bayi yang baru dilahirkan ke muka bumi.
Teringat kita kepada hadis Rasulullah s.a.w yang sangat masyhur tentang Ramadan, “Bulan Ramadan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada azab api neraka”.
Ads
Sabda baginda yang lain, “Barang siapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
Justeru itu, rebut peluang ini dengan memperbanyakkan istighfar, memohon keampunan atas kesalahan dahulu. Segala kesalahan mohon Allah SWT ampunkan, yang kecil, yang besar, yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja. Maka mohonlah keampunan dengan sepenuh keinsafan serta menanam keazaman untuk tidak mengulanginya lagi.
Pengorbanan
Setiap insan pasti akan kembali menghadap Ilahi suatu hari nanti. Atas maksud itu, setiap insan harus berusaha memperbanyakkan amal soleh sebagai bekalan untuk kehidupan ukhrawi nanti.
Ambil peluang yang ditawarkan pada bulan Ramadan ini dengan ganjaran kebaikan yang tiada pada bulan-bulan yang lain. Rebut lah segala kelebihan yang dijanjikan Tuhan di sepanjang Ramadan. Allah SWT kurniakan Lailatul Qadar di mana ganjarannya lebih baik daripada seribu bulan.
Ads
Rasulullah s.a.w memotivasikan para sahabat dengan menyebut bahawa pahala ibadah digandakan sehingga seribu kali ganda, pahala amal sunat digandakan menjadi pahala wajib. Pintu syurga dibuka luas dan pintu neraka ditutup rapat.
Semua iblis dan syaitan dibelenggu supaya tidak ganggu manusia. Sehubungan itu, selalulah bermuhasabah tentang matlamat asal kehidupan ini. Matlamat yang kita ingin capai adalah kehidupan akhirat yang hakiki dan kekal abadi. Awasi diri agar tidak tertipu oleh kehidupan duniawi yang sementara dan penuh tipu-daya ini. Kekalkan diri secara istiqamah dengan matlamat hidup yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Justeru itu, kedatangan Ramadan kali ini perlu disambut dengan kesyukuran dan kegembiraan kerana Allah SWT masih mengasihi kita. Kegembiraan hati ini merupakan lambang keyakinan dan keikhlasan kita menghambakan diri kepada-Nya. Mohonlah agar kita direzekikan kekuatan fizikal, emosi dan spiritual untuk beramal soleh di sepanjang Ramadan tahun ini, insya-Allah.
Artikel sumbangan: Dr. Muhammad Jantan, Perunding Motivasi & Psikologi RMJ Holistic Solution, yang juga kolumnis ruangan Mencari Keredaanmu di dalam majalah Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Tidaklah nak sembunyikan beriya-iya, tunggu anak besar buat keputusan sendiri” begitulah luahan pengacara, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein ketika ditemui di Majlis Sidang Media Ceria Popstar baru-baru ini tentang tindakkannya tidak mendedahkan wajah anaknya di media sosial.
Tindakannya itu membuatkan ada segelintir yang kurang senang. Namun Elly menegaskan dia ada cara tersendiri dalam mendidik anaknya.
“Tidaklah Nak Sembunyikan Beriya-Iya”
Elly yang juga ibu kepada dua orang anak Putri Sara Sefhia, 6, dan Haider Mateen yang kini berusia lapan bulan dan suami Mohamad Azlan Che Nuh, 32 keputusan yang dibuat hasil tindak balas anaknya sendiri ketika berada di khalayak ramai.
“Sebenarnya saya tidaklah nak sembunyikan beriya-iya, tapi saya nak tunggu anak besar dan biar dia buat keputusan sendiri.
“Bila kami berjalan-jalan, anak tiba-tiba menyorok, Saya tanya kenapa? Anak aku tak suka ke?
“Jadi, dari situ saya ikut tindak balas anak.
“Bila orang ambil gambar dia akan pergi belakang saya (menyorok). Jadi saya nak biar anak yang buat keputusannya sendiri” kongsi Elly.
Biar Anak Buat Keputusan Sendiri
Tegas dengan pendapatnya, Elly menerangkan tidak salah pun untuk siapa-siapa mendedahkan anak mereka di media sosial.
Malah tidak menganggap tindakan mendedahkan wajah anak di media sosial adalah salah dan menegaskan setiap orang mempunyai pilihan sendiri.
“Itu adalah pendapat saya, tak salah pun untuk siapa-siapa yang nak dedahkan anak mereka.
“Tak ada masalah, itu hak masing-masing.
“Kita dah besar semua orang ada hak masing-masing.
“Semua orang ada hak dan boleh buat apa sahaja untuk diri mereka. Tapi untuk saya, ada cara tersendiri. Ada perkara saya kena puaskan hati keluarga saya saja”
“Saya sebenarnya tak baca gosip, sebab itu saya tak pernah tahu apa berlaku kat luar dan saya tak pernah kisah apa pun orang luar cakap pasal anak” luah Elly yang juga berharap peminatnya memahami keputusan yang dibuat.
Setiap kejayaan pastinya tidak datang dengan ‘bergolek’ mahupun sekelip mata. Pastinya ia disertai dengan jerit perih, susah payah dan kerja keras tanpa berputus asa berpuluh tahun lamanya.
Ini adalah kisah mengenai individu yang mendapat penghargaan selepas bekerja keras melakukan pekerjaan yang mereka minati selama berpuluh tahun! Semoga ia menjadi inspirasi buat kita semua supaya tidak mudah untuk berputus asa dalam melakukan apa sahaja pekerjaan yang dilakukan.
Bell Ngasri
1. Bell Ngasri sudah mula memegang skrip sejak usianya 6 tahun. Pelbagai watak, dari remaja nakal kaki buli sehinggalah watak popular Barkoba telah dilakonkan.
2. TIADA kontroversi murahan, tiada gimik aneh untuk mengangkat namanya, beliau terus kekal relevan selepas 37 tahun dalam industri.
Elly Mazlin
3. Elly Mazlin membuat kemunculan pertama ketika zaman emas Tok Ti iaitu pada penghujung 90 an. Bukan mudah untuk artis wanita lain untuk menyinar pada ketika itu.
4. Cubaan untuk come back dengan menyertai Gegar Vaganza hampir tidak menjadi apabila beliau menarik diri pada minggu minggu awal kerana kritikan hebat juri.
5. Hanya selepas muncul sebagai pengacara dengan watak Kak Lina Pom Pom dan lakonan dalam siri Kampung People namanya kembali menyerlah naik.
Tyzo
6. Tyzo walaupun nampak muda, rupanya sudah berpuluh tahun bertugas sebagai penyampai radio. Hanya selepas 20 tahun menjadi penyampai radio beliau berjaya memenangi anugerah.
7. Ini membuktikan betapa penting untuk seseorang untuk terus berusaha melakukan pekerjaan yang diminati dan disukai tanpa erti jemu.
8. Jika anda sedang berusaha melakukan sesuatu dan masih tidak menunjukkan hasil seperti mana yang diharapkan, jangan cepat berputus asa!
9. Paling penting, tidak perlu membandingkan pencapaian diri dengan orang lain. Mungkin rezeki anda masih belum tiba lagi, teruskan berusaha dan mencari kelainan dan keunikan, semoga ada sinar di penghujung jalan buat semua.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua, agar bekerja keras dan tidak berputus ada dalam melakukan apa sahaja perkara yang kita lakukan. Kejayaan pasti menyusul nanti.
Terkena Sihir, Hidayah Bawa Hamzah Berubat Ke Gunung Jerai. Seperti yang pernah dikongsikan kepada umum baru-baru ini Hidayah memohon orang ramai yang tahu berkaitan pakar perubatan Islam membantunya kerana mendakwa terkena sihir atau ilmu hitam.
Menerusi hantaran video di Instagram itu Hidayah memaklumkan dia dan anaknya, Hamzah sudah mengalami gangguan sihir sejak Allahyarham Abam meninggal dunia.
Hidayah yang juga balu kepada pelawak Abam Bocey dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Terkena Sihir, Hidayah Bawa Hamzah Berubat Ke Gunung Jerai
Terbaru Hidayah sanggup ke Gunung Jerai, Kedah demi membawa anak kesayangannya Hamzah untuk berubat.
Menerusi perkongsiannya, Hidayah menyatakan perjalanannya ke Telaga Tok Sheikh di Gunung Jerai adalah untuk ikhtiar berubat.
“HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI ♥️” itulah kapsyen yang membawa maksud derita yang dilalui oleh dua beranak ini selepas suaminya meninggal dunia.
Bersyukur Perjalanan Lancar
Pada waktu yang sama juga, Hidayah bersyukur perjalanan dia dan anaknya ke Gunung Jerai berjalan lancar.
“Ibu bawa Hamzah pergi mandi di Telaga Tok Sheikh, semoga anak ibu kembali sihat sedia kala. Amin.
“Ibu akan buat terbaik untuk anak ibu, biarlah apa orang-orang nak kata, hanya Allah yang mengetahui semua ini.
“Sebab mereka tak pernah rasa, apa yang kita rasa selama ini. Dari anak ibu waktu kecil sampai sekarang.
“Itu sebab ibu tak pernah nak letak video ataupun gambar anak ibu, ibu tahu setiap kali ibu ‘post’ gambar atau video pasti malam akan terjadi sesuatu,” tulisnya.
Berkongsi pengalaman perjalanan mereka ke situ Hidayah menyifatkan kunjungannya dan anak begitu tenang dan lancar. Malah dia juga sempat melawat kawasan bersejarah, melawat ke padang Tok Sheikh termasuk berpeluang solat di Telaga Tok Sheikh.
“Terima kasih pada yang mendoakan kami sekeluarga. #orangbaikramaisayang.
“Perjalanan di padang Tok Sheikh ini, kami sewa van. Kami ke kemuncak di atas dapat aura yang sangat luar biasa di sini,” kongsinya lagi.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...