Ramadan Mengajar Insafi Diri Hindari Perasaan Riak, Balik Kampung Usahlah Menunjuk-Nunjuk

Share

Ramadan mengajar insafi diri hindari perasaan riak. Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling mulia bagi umat Islam kerana pada bulan ini pelbagai keberkatan dan rahmat diberikan oleh Allah SWT.

Bukan itu saja malah bulan mulia ini juga merupakan bulan latihan untuk menjadi Muslim yang patuh dan taat kepada Allah. Ini kerana pada bulan Ramadan Allah tutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga, Allah rantai segala syaitan sebagai bantuan kepada kelancaran dan keberkesanan latihan kita.

Malah pada bulan ini juga mengajar kita agar bersyukur dan menginsafi diri atas kekurangan orang lain.

Ramadan Mengajar Insafi Diri Hindari Perasaan Riak

Selepas berakhirnya Ramadan, Syawal menjelma ketika itu sebagai umat Islam janganlah kita menunjuk-nunjuk terutama apabila pulang ke kampung halaman. Sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga, janganlah kita bermega di bulan Syawal. Ingatlah segala nikmat yang Allah berikan kepada kita bukanlah untuk kita bermegah diri.

Seperti mana yang dikongsi oleh Tuan Mohd Ezairol Rezan Zainol menerusi Facebooknya, ternyata banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dan panduan hidup kita. Beringatlah agar jangan bersikap terlalu sombong atau riak terutama pada adik beradik ketika pulang ke kampung nanti.

“Bro, kita kenalah tunjuk apa yang kita ada, barulah orang tahu kita ni dah berjaya.. Apa barang pakai Axia je bro”…

“Kalau simpan je duit kita atau beli rumah banyak² pun, bukan orang tahu dan boleh tunjuk kat depa”, kata seorang anak muda kepada rakannya…””

“Begitulah selalunya pepatah orang muda kita. Pada mereka, hanya harta benda yang boleh dijadikan bukti kononnya mereka itu telah berjaya.

“Ya lah , baju raya, kereta dan emas permata boleh tunjuk kat saudara mara masa open house hari raya. Kalau beli rumah, tak boleh nak tunjuk nanti kata depa…

“Orang kaya selalunya tidak suka menonjolkan kekayaan mereka, sebaliknya orang yang tak berapa nak ada je yang suka menunjuk dan berlagak kaya semata-mata nak pengiktirafan dari saudara-mara.

“Sebab itulah dalam cerita P. Ramlee ada masukkan adegan yang menyindir golongan mereka..

“Makcik tak harus gaduh begini, makcik bukan orang biasa, makcik orang ada-ada.

Betul kata kau Ramlee. Hey mak Sudin, Aku ni orang ada-ada kau tau! Aku ada 2 cincin berlian tau… Hey mak Zaitun, Aku pun adalah, gelang tembaga”…

Bila balik kampung, usahlah dibawa perangai menunjuk-nunjuk yang boleh mengeruhkan suasana di hari raya.

“Masa di kampung nanti, kita akan nampak ada adik-beradik atau saudara mara yang :

1️⃣ Bawa balik kereta mewah serba baru.

2️⃣ Barang kemas penuh dari lengan sampai ke siku.

3️⃣ Baju, tudung dan handbeg mewah design yang terbaru.

“Dan macam-macam lagi gajet yang serba baru. Masa ni lah semua nak tunjuk apa yang mereka mampu.

Kawan…

“Sesungguhnya Ramadhan mengajar kita supaya bersyukur dan menginsafi diri di atas kekurangan orang lain. Kita semua ada rezeki yang berbeza-beza. Rezeki kita semua tak sama…

“Usahlah terbawak-bawak nak menunjuk sampai kita lupa bermacam nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.

“Jangan sampai wujud perasaan riak, sombong dan bangga diri hingga mewujudkan rasa rendah diri, iri hati dan dengki sesama adik-beradik dan saudara-mara.

“Kaya mana pun kita, mati nanti semua pakai kain kapan yang sama sahaja. Tinggi mana pun pangkat kita, akhirnya bersara dan jadi orang biasa juga.

“Yang kaya, yang miskin, yang berpangkat, yang cantik dan yang buruk, kita semua sama disisi Allah, yang membezakannya hanyalah hati dan amalan kita…

“Allah tidak melihat pada rupa, pangkat, darjat dan keturunan. Ingat, sombong itu pakaian Kholik. Bukan makhluk,” kongsi Tuan Mohd Ezairol.

Mingguan Wanita: 

Sumber : Facebook Mohd Ezairol Rezan Zainol

Sumber Foto : CANVA

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Pengorbanan Ibu Yang Paling Diingati

Published by
Norhayati Suboh