Rakyat Palestin ditanam & dikubur hidup-hidup di hospital, zionis guna jentolak glilis mangsa. Zionis terus mengganas di saat kemusnahan teruk sudah di pihak mereka. Angka kematian yang banyak, malu yang tidak tertanggung kerana masih gagal menewaskan Hamas hingga hari ini.
Untuk “membuktikan” mereka masih kuat, tentera Zionis sekali lagi menjadikan orang awam sebagai sasaran mereka. Kali ini lebih kejam di mana mereka menjadikan Hospital Kamal Adwan yang terletak di Utara Gaza sebagai mangsa tetapi dengan lebih kejam di mana mereka menggunakan jentolak untuk menolak orang awam yang sakit ke dalam lubang secara hidup-hidup.
Satu video perkongsian dari wartawan Al Jazeera, Anas Al Sharif dan disiarkan di New Arab memperlihatkan kegilaan tentera Zionis menggunakan bulldozer menolak orang awam yang sakit ke dalam lubang besar.
“Puluhan orang sakit, terluka dan berlindung berdekatan hospital di kubur hidup-hidup,”kata Al Sharif dalam videonya.
Dalam rakaman itu memperlihatkan banyak jentolak digunakan Zionis sebelum terlihat warga Palestin cuba melarikan diri.
“Tapi jentolak terus menggilis sebahagian mereka hingga ada yang putus anggota,” katanya yang berkongsi suasana di sekitar Hospital Kamal Adwan jadi tidak terkawal, tanah dan runtuhan batu serta mayat yang terkubur di bawah runtuhan.
Wartawan Al Jazeera ini kemudiannya mengarahkan kameranya ke sesuatu yang kelihatan seperti anggota tubuh yang terpotong.
Dirinya kemudian menyebut, potongan itu merupakan sebahagian anggota tubuh pesakit yang terluka dan berada di rumah sakit.
“Bullozer Israel menggilisnya. Kami tidak boleh mengambarkan situasi hura hara di sini. Puluhan mayat digilis begitu saja oleh jentolak,” katanya yang terusan membuat rakaman dan berkongsi bahagian-bahagian tubuh manusia yang hancur.
Menurut saksi, ada ramai mangsa di bawah runtuhan itu ketika Zionis menyerang. Dalam vidoenya Al Sharif tidak menyebut berapa ramai mangsa yang terkorban tetapi ia jelas insiden tidak berperikemanusiaan. Dirinya berkongsi video ini untuk memperlihatkan kepada dunia betapa kejamnya Zionis.
Sementara itu memetik laporan Astro Awani, Menteri Kesihatan Palestin, Mai al-Kaila menggesa siasatan segera dilakukan susulan serbuan maut Israel ke atas hospital-hospital di Gaza.
Menurut Mai, siasatan perlu dilakukan susulan kegilaan tentera Israel menyerang warga Palestin dengan menggunakan jentolak (bulldozer) di hadapan hospital Kamal Adwan di utara Gaza.
Pada Sabtu, doktor dan saksi lain berkata, tentera Israel membedil khemah yang menempatkan pelarian Palestin yang tinggal berhampiran hospital.
Hospital Kamal Adwan merupakan salah satu daripada 11 hospital yang masih berfungsi di dalam Gaza sejak Israel melancarkan serangan tenteranya pada 7 Oktober.
Justeru, saksi-saksi berpendapat, kesemua mereka yang melakukan jenayah ini harus dibawa ke muka pengadilan dan dibawa ke mahkamah jenayah antarabangsa.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Bella Hadid Bukan Lagi Duta Dior, Dipecat Kerana Lantang Bersuara Isu Palestin
Pempengaruh Syamimia Hilang Lebih 100,000 Pengikut Dalam Masa Sehari, Gara-Gara Isu Palestin
Kaka Azraff Tak Patah Semangat Sokong Palestin, Jihad Tahu Di Pihak Yang Benar
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.