Raja Afiq Selamat Bernikah Dengan Anggota Polis, Mula Bibit Perkenalan Menerusi Instagram

Share

Dengan sekali lafaz pelakon drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq, 26, dan pilihan hatinya, anggota polis bergelar penyanyi, Soffwany Yusoff, 31 sah bergelar pasangan suami isteri di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam.

Pasangan sama padan sama cantik ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohamad Yusoff Lebai Hamzah kira kira jam 9 pagi tadi disaksikan 18 orang tetamu. Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000, mas kahwin sebanyak RM1101 beserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang pihak perempuan.

Kita Baca Komen Yang Geram, Maki Hamun Husna, Takpe Teruskan, Sekarang Nak Fokus Pada Baby – Niena Baharun

“Alhamdulillah biarpun perkenalan kami singkat, jodoh itu kuat mendekati kami. Kami berkenalan sejak hujung tahun lalu. Rapat dalam awal tahun ini.

“Cuma selepas mengikat pertunangan sekitar awal Mac lalu, kami sepatutnya merancang pernikahan Ogos lalu. Tapi banyak benda yang tergendala rentetan Perintah Kawalan Pergerakan dan seterusnya.

“Akhirnya dianjak ke bulan ini. Semoga fasa baru kami ini akan terus membahagiakan. InsyaAllah, “ katapelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 itu.

Pasangan sama cantik sama padan

Isteri Memahami & Lemah Lembut

Raja Afiq atau nama penuhnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali berkenalan dengan isterinya menerusi Instagram. Isterinya bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia.

“Isteri seorang yang memahami, lemah lembut dan baik. Pendek kata saya menyenanginya,” katanya.

Afiq ‘Sweet’ – Isteri

Sementara itu, Soffwany berkata, Afiq, seorang yang sangat memahami kepadatan jadual kerjanya membuatkannya jatuh hati dan selesa.

“Sikap Afiq ‘sweet’, selalu mengambil berat dan tidak terlalu memberi tekanan kerana saya sentiasa sibuk dengan tugasan,” katanya.

Seterusnya usai majlis nikah mereka diraikan di sebuah dewan di Plaza Jelutong. Pasangan ini akan berbulan madu di Pulau Langkawi pada 20 September depan.

Mengenai anak, mereka tidak merancang dan menerima rezeki Tuhan bila bila masa. Pasangan ini dijangka mengadakan majlis bersanding pada Januari depan sama ada di KL atau Ipoh.

Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Published by
Norhayati Binti Suboh