Benar media sosial kongsi tempat berkongsi rasa, gambar dan kegemaran. Namun bila membabitkan citarasa orang lain yang tak sama dengan kita, raikan sahaja perbezaan tersebut. Tak suka diam sahaja, tak perlu teruskan membaca atau ‘scroll’ cepat-cepat. ‘Tahan jari’ daripada menulis komen-komen yang menyakitkan hati orang lain yang membaca.
Setuju sangat dengan pandangan dan teguran daripada Puan Husna Adnan ini. Hadam perkongsian ini.
Seorang suami kongsi gambar lauk-pauk yang dimasak oleh isterinya sebelum dibekukan dengan ayat, “Mudah. Nak makan, panaskan saja.”
sekadar gambar hiasan
Netizen 1: Suami saya kalau dah disejukkan, tak lalu dah dia. Jenis masak hari ini, makan hari ini. Netizen 2: Tekak saya mengada-ngada. Tak boleh makan makanan yang dipanaskan semula, rasa macam dah tak segar. Netizen 3: Memanglah senang buat macam ni, sekali masak. Tapi masalahnya suami dan anak-anak saya tak suka makanan dah sejuk. Netizen 4: Tak bagus, dah tak berkhasiat.
Okey. Fuh.
Pertama, kita semua ada citarasa dan kemampuan masing-masing.
Golongan yang tidak suka ulang lauk sama setiap kali tiba waktu makan adalah citarasa. Tak salah pun, itu hanya pilihan yang mencabar keluarga dan diri anda sendiri.
Tak suka ulang, masak baru. Boleh sangat. Sebab yang masak dan kena cari menu baru itu adalah anda, suami / isteri anda, atau mak anda atau sesiapa sahaja yang hidup dengan anda.
Masak banyak-banyak, bekukan lauk, boleh makan menu berulang, juga adalah citarasa.
Dan yang lebih penting, mereka mampu menelan apa sahaja rezeki yang ada.
Jika saya netizen yang guna akaun palsu:
Ads
Netizen 1: Suami saya kalau dah disejukkan, tak lalu dah dia. Jenis masak hari ini, makan hari ini. Saya: Ada sesiapa tanya pasal suami puan ke?
Netizen 2: Tekak saya mengada-ngada. Tak boleh makan makanan yang dipanaskan semula, rasa macam dah tak segar. Saya: Mujur suami yang kongsi gambar ini tidak mengada-mengada seperti puan.
Netizen 3: Memanglah senang buat macam ni, sekali masak. Tapi masalahnya suami dan anak-anak saya tak suka makanan dah sejuk. Saya: Penting ke untuk kami tahu info ini?
Netizen 4: Tak bagus, dah tak berkhasiat. Saya: Kau sekolah tak? SRP lulus tak?
TETAPI TIDAK, YA.
Ads
‘Tahan Jari’ Menulis Komen Menyakitkan Hati
Inilah yang kita panggil tahan mulut.Zaman medsos ini kita panggil tahan jari.
Menulis komen menyakitkan hati atau lebih dikenali sebagai bitter, amat mudah. Tidak perlu fikir perasaan orang yang membaca. Hanya fokus kepada diri sendiri dan apa yang kita suka semata-mata. Kitalah terpaling penting.
Namun tidak semua orang menuliskannya kerana mahu menjaga silaturrahim, meraikan perbezaan, mengelak dosa menyakiti sesama insan, dan mungkin juga sejenis hati yang baik hati Cinderella tentu disayang eeemak. Ola oli~
Pilihan Kita Ada
Dengan itu, kita ada pilihan.Sekiranya terbaca post yang membabitkan citarasa, raikan kesukaan mereka. Jika tidak sama dengan kebiasaan kita atau tidak suka, diam saja. Scroll away. Jika nak ulas, ulas di wall sendiri. Jika nak dabik dada, dabik di wall sendiri atau post sendiri. Tunjuk semua masakan panas yang awak buat untuk keluarga awak sebab awak terpaling handal.Tidak perlu kondem hal orang.
Inilah yang saya benci perihal manusia yang hebat memasak. Sebahagiannya rasa diri superior. Rasa diri sempurna dan terpaling ratu hingga perlu dijulang ke langit ketujuh.
Ads
Berbeza cara masak, kondem.
Berbeza resipi, kondem.
Berbeza bentuk dan warna, kondem.
Sedangkan dah cukup baik orang itu memasak. Lainlah dia minta komen. Maka komenlah yang membina, yang membantu dia masak lebih baik.
Ini semudah letak gambar, terus dihakimi.
Para wanita pula hakimnya.
Tahukah kita?
Bukan mudah menjadi seorang perempuan.
Bukan mudah menjadi seorang isteri.
Bukan mudah menjadi seorang ibu.
Apatah lagi memikul segala tanggungjawab sambil menjana ekonomi, menggapai cita-cita, membantu suami dan keluarga supaya tidak meminta-minta. Kerana perempuan, belajar tinggi mana pun disinonimkan dengan dapur sedangkan lelaki juga ke dapur. Kucing juga ke dapur.
Bayangkan pula sambil perlu menjaga ahli keluarga yang sakit.
Sukar, tuan puan.
Cara hidup kita berbeza. Kekangan berbeza. Kemampuan berbeza. Fokus hidup berbeza.
Maka raikan perbezaan.
Kamu pandai masak, bagus.
Kamu pandai urus keluarga, bagus.
Kamu pandai serba-serbi, bagus.
Yang tak bagus apabila rasa diri sempurna hingga layak mengata citarasa dan pilihan orang.
Lihat.
Inilah sebab saya jarang membaca media sosial. Terlalu banyak orang tidak menggunakan otak, hati, dan naluri sebagai manusia.
Tertulis panjang pagi ini.
Kbai.
#HusnaAdnan,
Tahu masak tapi jarang ambil gambar dan video kenangan bersama lauk atas pilihan peribadi.
MW: Memang ada benarnya. Raikan setiap perbezaan citarasa orang lain. Tak perlu kondem dan mudah menghukum. Paling penting ‘tahan jari’ menulis komen menyakitkan hati.
Kena tanya empunya diri, barulah kita tak bersangka-sangka. Dan inilah yang terjadi pada Mohamad Feroz Zaini yang bertemu dan berbual dengan seorang makcik warga emas.
Cerita Makcik Warga Emas Dan Bas Ekspres
Di sebuah rumah terbuka, saya menikmati juadah yang disediakan.
Banyak juga yang tidak boleh dijamah, maklumlah, orang tua dan uzur seperti saya, terpaksa berpantang.
Walaupun juadah memenuhi hampir tiga meja panjang.
Tidak mengapa. Nasib baik boleh makan. Ada orang langsung tak boleh makan apa-apa.
Selepas mengambil sedikit makanan, saya mengambil tempat di satu ruang dalam rumah.
Sedang enak menikmati juadah. Datang seorang wanita warga emas, berjalan perlahan melintas depan saya.
Tuan rumah dan sanak saudara menyambut wanita itu dengan penuh kemesraan.
Patutlah Berani Naik Bas Ekspres Sendirian
”Makcik datang dengan apa?” tanya salah seorang tetamu.
“Datang dengan bas ekspress.” jawab makcik itu bersahaja sambil duduk atas kerusi yang diberikan kepadanya.
“Datang dengan bas ekspress? semata-mata untuk datang ke sini?” tanya seorang wanita lain.
Kali ini makcik itu ketawa.
Kami tertanya-tanya sesama sendiri. Hebat makcik ni. Datang ke rumah terbuka dengan menaiki bas ekspress. Seorang diri pula.
Segelas air sirap diberikan kepadanya oleh ahli keluarga tuan rumah.
“Alah, yang bawa bas tu anak bongsu saya.” barulah makcik itu menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran kami.
“Syarikat bas ekspress tu milik suami makcik ni ..” jawab tuan rumah, mencelah.
Sekali lagi makcik itu ketawa.
Sewaktu dia meneguk air kali kedua baru saya perasan sesuatu.
.
Arni Nazira Luah Syukur, Anak Tamat Pengajian Cemerlang Raih ‘Anugerah Akademik’. Tiada yang lebih membahagiakan bagi mak ayah apabila anak-anak berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang.
Penyanyi dan pelakon era 90-an, Arni Nazira Anuar,44 ada memuat naik hantaran di media sosial meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya Putri Aleeya Antasha, 22 telah selamat menamatkan pengajian baru-baru ini.
Berjaya Raih ‘Anugerah Akademik’
Mewarisi kecantikan Arni yang sememangnya terkenal dengan kecantikan asli serta raut wajah lembut, pelakon filem Bara dan Nafas Cinta itu memuat naik gambar konvokesyen anak sulungnya yang digelar sebagai Kakak sekaligus meraikan kejayaan anak tersayang.
Lebih istimewa, ia disusuli dengan kejayaan cemerlang apabila anaknya turut berjaya meraih ‘Anugerah Akademik’ bagi Diploma Pengurusan Acara.
“Alhamdulillah & tahniah Kakak Putri atas Konvokesyen tempohari.”
“Syukur pada Yang Esa berkat usaha & ketekunan, Kakak berjaya beroleh ‘Anugerah Akademik’ bagi Diploma in Event Management,” ujarnya.
Doa Kejayaan Anak Berterusan
Disamping itu, penyanyi lagu Cinta Antara Benua ini juga turut menitipkan doa agar anak-anaknya terus berjaya dalam pelajaran dan bidang yang diceburi di dunia dan akhirat.
“Mummy & daddy doakan moga Kakak & semua adik-adik terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi.Mudah-mudahan Kakak & semua adik-adik terus cemerlang di dunia & akhirat.”
“Insya Allah, Allah sentiasa pelihara & limpahi rahmatNYA buat Kakak & semua anak-anak mummy.Syukur Ya-Allah di atas segala kurnia,” ujar Arni.
Ramai yang turut mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai Putri Aleeya Antasha. Tidak kurang juga memuji keayuan dan kelembutan wajah seiras dua beranak ini.
Terdahulu, Arni mendirikan rumahtangga dengan penyanyi rock dan pelakon terkenal, Datuk Awie pada 10 Disember 1998 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha, 20. Bagaimanapun jodoh tidak berkekalan dan mereka berpisah pada tahun 2006.
Bertemu jodoh kali kedua pada tahun 2009, Arni kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hadzrie Wan Mokhtar. Rumah tangganya kini diserikan tiga orang permata hati, Wan Muhammad Muadz, 12, Wan Ayesha Maserra,10, dan Wan Muhammad Mushrief, 6.
Kejadian yang berlaku di Bukit Mertajam ini, seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didera majikannya sebelum diselamatkan polis kelmarin, meninggal dunia petang semalam. Ketika ditemui mangsa mengalami kecederaan dengan kesan lebam pada kepala dan muka selain luka dan bernanah pada tangan serta kedua-dua kaki akibat didera majikannya di Taman Kota Permai. Mangsa juga dipercayai dipaksa majikannya tidur di luar rumah hanya beralaskan tikar dan ditemani anjing.
Mangsa yang dikenali sebagai Adelina, 21, daripada Medan, Indonesia dikatakan bekerja di negara ini hampir dua tahun, sebelum ini dirawat di Hospital Bukit Mertajam susulan kecederaannya yang agak serius.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid yang mengesahkan perkara tersebut berkata mangsa meninggal dunia jam 4.30 petang semalam di Hospital Bukit Mertajam.
Dua Beradik Ditahan
Susulan kejadian itu, dua beradik ditahan reman selama empat hari, masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 39 dan 36 tahun bagi membantu siasatan kejadian berkenaan.
Sementara itu, dalam laporan sebelum ini, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah,Asisten Komisoner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejadian itu terbongkar apabila orang awam menghubungi pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam bagi memaklumkan mengenai nasib malang menimpa pembantu rumah berkenaan.
“Selepas menerima maklumat itu, pengadu pergi ke rumah berkenaan untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati pembantu rumah berkenaan sedang duduk di kawasan pagar luar rumah.
“Pengadu cuba berinteraksi dengan pembantu rumah itu tetapi dia dilihat dalam keadaan takut dan hanya mengangguk kepala apabila ditanya,” katanya.
Nik Ros Azhan berkata,lelaki itu berjumpa dengan seorang wanita berusia 60-an dan bertanyakan mengenai perkara itu namun wanita itu mengingatkan supaya dia tidak masuk campur dalam urusan berkenaan.
Kes Disiasat Seksyen 324 Kanun Keseksaan
Katanya, tidak lama kemudian anak wanita berkenaan datang ke rumah dan membawa keluar mangsa.
“Pengadu telah menghubungi majikannya memaklumkan kejadian berkenaan sebelum mereka membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut.
“Kita cuba mengambil keterangan daripada mangsa namun wanita terbabit masih lagi dalam keadaan takut dan enggan untuk berikan keterangan,” katanya.
Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Buat para majikan yang mempunyai pembantu rumah, perlu ingat iya mereka juga merupakan seorang manusia.Janganlah melakukan perkara diluar batasan sehingga mampu mengakibatkan kecederaan secara fizikal sehingga membawa kematian.