Raih Pingat Perak, Azizulhasni Awang Sujud Syukur, Rezeki Berganda Isteri Hamil Anak Ketiga!

Share

Hari ini, Datuk Mohd Azizulhasni Awang meraih dua kemenangan, pingat perak untuk acara Keiri. Dan ketika mendapat berita isterinya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat hamil anak ketiga. Azizulhasni Awang sujud syukur.

Rezeki berganda buat pelumba basikal negara dengan gelaran The Pocket Rocketman yang baru saja membanggakan Malaysia dalam temasya sukan Olimpik Tokyo 2020.

Azizulhasni Awang Sujud Syukur

Di akhir temubual bersama wartawan Astro Arena, Bazli Azmi memaklumkan berita yang sudah lama disimpannya.

Dia tidak dapat memaklumkan kepada Azizulhasni kerana tahu ketika itu pelumba negara ini perlu fokus dengan acara sukan yang disertainya.

Ketika wartawan ini memaklumkan yang isterinya hamil anak ketiga. Azizulhasni terus sujud syukur. “Alhamdulillah.. “ ucapnya berkali.

Kredit : instagram Tyailyana

Sebak mendengar luahan Azizulhasni ini. Betapa hebat pengorbanannya kali ini.

Baca sini : Sabar adik bongsu Azizulhasni Awang, jaga ayah stroke, tersentuh hati dibuatnya.

Ayah  Mild Stroke Di Hospital

Untuk meraih kemenangan ini, Azizulhasni perlu melalui bermacam ujian emosi yang begitu hebat. Di kala dirinya fokus, rupanya ayahnya sedang berada di hospital berdepan dengan ‘mild stroke’.

Namun, adik-beradiknya tidak membenarkan abangnya ini untuk berasa runsing.

Waktu fly ke Tokyo, saya dapat tau ayah pergi hospital. Adik beradik saya cakap, awak fokus pada olimpik saja. Jangan fikir ayah

.” Azizulhasni tiada pilihan selain terpaksa fikirkan tanggungjawabnya untuk negara.

Betapa hebat sokongan ahli keluarga di belakangnya.

Azizulhasni dan isteri, serta dua orang anak perempuannya.

Gambaran Wajah-wajah Kemenangan

Tentunya cabaran ini bukan mudah untuknya. Akuinya, sejak tingkatan tiga dia sudah meninggalkan kampung halaman demi meraih impiannya.

Meninggalkan mak sendirian di kampung. Anak-anak juga kerap kali bertanya, bilakah semua itu akan berakhir.

Semua itulah yang bermain dalam fikiran ketika kayuhannya dalam acara Keirin pada Temasya Olimpik Tokyo. Bayangan wajah ibu, ayah, isteri dan anak-anak mengiringi kejayaan Aizulhasni.

Syukur alhamdulillah, Azizulhasni berjaya mengharumkan nama negara sekaligus membanggakan seluruh rakyat Malaysia di atas usaha kerasnya itu.

Semangatnya tetap menjadi idola anak-anak muda. Seharusnya itulah yang perlu ada dalam diri mereka, tidak pernah kenal putus asa.

Biar pun Azizulhasni merendah diri memohon maaf kerana sudah sehabis daya dan semampunya menyumbang pingat perak untuk negara. Apa yang diberikan itu sudah lebih dari yang terbaik untuk negara ini.

Mingguan Wanita : Kejayaan Azizulhasni Awang ini akan menjadi satu momen indah untuk dikenang rakyat Malaysia di kala pandemik ini.

Sumber/Foto : Azizulhasni Awang, Astro Arena

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer