Rai Ulang Tahun Perkahwinan PERTAMA, Eizlan Yusof Gembira Isteri Hamil 5 Bulan

Share

Pelakon terkenal Datuk Seri Eizlan Yusof mengumumkan berita gembira kehamilan isterinya, Datin Seri Natasha Rosa pada sambutan hari ulang tahun perkahwinan pertama mereka 12 Disember lalu.

Kiriman doa dikongsikan buat isterinya itu yang kini hamil lima bulan. Malah, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka.

Pelakon berusia 49 tahun ini juga berkongsi pengalaman mengandung isterinya. Ternyata di awal kehamilan, alami morning sickness yang teruk.

Alhamdulillah dah stabil. Dalam tempoh dua tiga bulan pertama agaka huru hara. Tasha tak selera makan dan muntah semula lepas makan. Morning sicknessnya teruk.”

Selepas melalui fasa pertama itu, isterinya semakin berselera makan malah berat badan pun bertambah. “Alhamdulillah, tiada permintaan makan yang bukan-bukan. Yang penting, dia dan anak dalam kandungan sihat.”

Sepanjang kehamilan isterinya itu, Eizlan sudah pun membawa isteri menjalani pemeriksaan kehamilan untuk beberapa kali. Dan isterinya berada dalam keadaan baik.

Beza 19 tahun, Eizlan Yusof tamatkan zaman duda pilih gadis serani.

Anak-anak Pun Sama Teruja Nak Terima Adik Baru – Eizlan Yusof

Bukan saja dirinya gembira, malah anak-anak dari perkahwinan terdahulu, Vie Zaara, 12, Zareef Yusof, 10 dan Vie Zaalia, 7 sama teruja menerima kehadiran adik baru mereka kelak.

Akui bapa ini, anak-anaknya yang lain memang sukakan adik. Kerap kali bertanyakan pada mama Tasha nya bila mereka boleh dapt adik.

Bila saja tahu yang mama nya mengandung, lebih teruja anak-anak ini. Anak-anak pun sama macam ayah mereka, tak kisah jantina adik baru mereka kelak. Yang penting, lahirnya sihat dan selamat.

Sumber/Foto : Eizlan Yusof, Mstar

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer