Rahsiakan Menang LOTERI RM143 Juta Dari Anak Isteri, Gigih Pakai Kostum Kartun!

Share

Kebiasaannya setiap perkara baik dan gembira pasti akan dikongsikan bersama keluarga tersayang. Namun sebaliknya yang berlaku pada seorang lelaki di China ini yang merahsiakan kejayaannya memenangi loteri berjumlah 219 juta yuan (RM143 juta) daripada isteri dan anaknya kerana dia bimbang sekiranya mereka menjadi ‘malas’.

Pakai Kostum Kartun Ambil Hadiah

Bagi melindungi identitinya, lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Mr Li’ mengenakan kostum kartun berwarna kuning ketika menuntut hadiah kemenangannya di pejabat loteri, di sini pada minggu lalu.

Mahu Keluarga Hidup Seperti Biasa

Menurut Li, dia berasa seronok dengan kemenangan tersebut dan akan terus merahsiakan perkara itu daripada keluarganya.

“Saya tidak beritahu isteri dan anak kemenangan ini kerana tidak mahu mereka menjadi terlalu malas dan selesa kerana mengetahui kami mempunyai duit yang banyak.

 

“Sebaliknya, saya lebih selesa jika kami hidup seperti biasa dengan anak saya boleh mencari kerja untuk masa depannya,” katanya.

Seminggu Tinggal Hotel

Sebelum menuntut kemenangannya, Li tinggal selama seminggu di sebuah hotel kerana takut kehilangan tiket loteri.Katanya, dia langsung tidak keluar dari bilik dan hanya memesan makanan secara dalam talian.

Selepas membayar cukai, Li turut menyumbangkan sebahagian wang tersebut kepada badan kebajikan.

Mesti Baca:Isteri Kemas Rumah Buang Baju Lama, Padah Suami Sorok Duit, RM45,417 Terbuang!
Baca Lagi Di Sini:Punyalah Nak Sorokkan Daripada Isteri, Padah Duit Rosak Digigit Tikus!
Artikel Menarik:Suami Jangan Sorok Duit, Serah Biar Isteri Urus Kerana Dialah Pintu Rezeki Anda

Mingguan Wanita: Ada logiknya juga alasan yang diberikan. Tapi gigih sungguh iya pakai kostum kartun masa ambil hadiah.

Sumber: Utusan, Daily Mail

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab