Setiap pagi tentu tidak lengkap tanpa minum segelas teh tarik. Kalau minum di kedai, gandingan airnya tentulah roti canai. Rasa lemak berkrim dan kaww itu yang membuatkan kita rasa ketagih nak minum.
Ada sesetengah mak-mak fail bila buat teh tarik. Tidak pekat dan rasanya tidak berlemak seperti yang biasa kita minum di kedai. Ada mak-mak yang lebih suka buat dengan teh uncang berbanding serbuk. Maklum saja, nanti nak kena tapis pula.
Rupanya, ada rahsia nak pastikan teh tarik berlemak dan sedap. Pertama sekali, nak bagi teh pekat kenalah guna teh serbuk dan paling penting kena letak sedikit garam. Barulah berlemak dan padu.
Ingat, jangan letak garam berlebihan pula. Masin pula
Ads
Inilah yang dikongsikan oleh Muhammad Danial Alimin dalam tiktoknya. Nanti bolehlah mak-mak cuba buat di rumah nanti.
Mingguan Wanita : Ada macam-macam cara nak bagi teh tarik sedap. Sesetengahnya rebus dulu tehnya dan kali ini, cara mudah, letak sedikit garam, baru sedap berlemak.
Sumber: Muhammad Danial Alimin (@danialalimin – tiktok)
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Kain buruk mahupun kain lap merupakan benda wajib yang ada di dapur bagi mengelap kotoran, mahupun perkakasan dan pinggan mangkuk. Namun jika selalu digunakan, kain buruk mahupun kain lap tersebut pastinya meninggalkan kotoran dan kesan yang sukar ditanggalkan.
Sebenarnya ada caranya nak basuh kain buruk atau kain lap di dapur yang kotor ini. Barulah kain-kain tersebut, betul-betul bersih, wangi tiada kesan kotoran macam baru beli.
Cara Basuh Kain Buruk
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Zuraidah Ismail ini.
Cara nak basuh kain buruk atau kain lap di dapur yang kotor.
1. Rendam bersama sabun dan clorox selama 2 jam. Clorox biar lebih sikit.
2. Selepas tu basuh dalam mesin basuh putarkan beberapa minit.
3. Selesai basuh terus masuk dalam mesin pengering jangan bilas dengan air bersih dulu.
4. Bila dah kering rendam semula bersama sabun dan clorox putar lagi beberapa minit.
5. Masuk dalam pengering balik.
6. Angkat dan bilas macam biasa.
7. Keringkan dan jemur.
Kak Ida memang cerewet dalam hal-hal kebersihan rumahtangga dan kain buruk untuk meniaga. Ni Kak Ida tunjuk cara basuhnya, sharing is caring. LOVE FROM KAK IDA
Nota: Dulu dah share harini share balik..tip nak basuh kain buruk atau kain lap-lap yang kotor.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi selepas ini, jika nak basuh kain buruk, atau kain lap kembali bersih, wangi dan putih melepak boleh ikut tip yang dikongsikan ini.
Pelaburan yang lestari sudah menjadi ‘trend’ dunia khusus pada pelaburan institusi dan runcit. Malah, semakin ramai pelabur berminat dengan konsep yang menggunakan pelaburan untuk membawa perubahan positif di dunia.
Pelaburan lestari bukan lagi satu pilihan. Ianya bukan hanya dapat menguruskan risiko dengan baik, pelaburan lestari juga mampu memberi kesan positif jangka panjang terhadap masyarakat dan alam sekitar. Pelaburan kini bukan lagi hanya didominasi oleh kaum lelaki malah tidak dinafikan wanita juga berperanan penting dalam pelaburan dan sekaligus sebagai kunci kepada pelaburan yang lestari.
Wanita Adalah Kuasa Ekonomi
Ini kerana wanita juga memegang tampuk kuasa ekonomi. Penglibatan wanita secara keseluruhannya baik yang bujang mahupun sudah berkahwin dilihat berupaya membuka peluang dalam pertumbuhan ekonomi negara menerusi penglibatan diri dalam pelaburan. Walau bagaimanapun, perkara ini sering kurang mendapat perhatian kerana kita masih menghadapi stigma dimana ‘wanita bukan tunggak utama, wanita akhirnya akan ke dapur jua.”
Wanita Berfikiran Lebih Jauh Dalam Merancang Kewangan
Sebenarnya antara kelebihan wanita ialah mempunyai motivasi yang tinggi dalam memikirkan kesan dan pulangan dalam keputusan kewangan mereka. Wanita bijak merancang dan merencana kewangan, berfikiran lebih jauh dalam jangka panjang yang mampu memberikan nilai pulangan yang berbaloi buat mereka.
Wanita juga dilihat lebih cenderung dan bermotivasi dalam melakukan kebaikan daripada pulangan pendapatan mereka. Wanita yang sensitif terhadap persekitaran dan mempunyai empati yang tinggi menjadikan mereka lebih ‘memilih’ dalam jenis pilihan pelaburan yang ditawarkan di pasaran.
Selain dari itu, pelaburan juga boleh menjadi salah satu cara untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan, sebagai contoh – dengan melabur menerusi pelaburan berkonsep wakaf. Ia lebih praktikal dan efektif dalam mengumpul pulangan dari pelaburan yang dilakukan, pada masa yang sama juga dapat memperuntukkan sebahagian pulangan kepada pihak-pihak yang lebih memerlukan. Nilai yang sedemikian boleh membantu meningkatkan semangat wanita untuk melabur dan meningkatkan kekayaan mereka untuk jangka masa panjang, bukan sahaja didunia malah diakhirat juga.
Faktor Wanita Kurang Melabur Namun demikian, terdapat juga faktor yang menyebabkan wanita kurang melakukan pelaburan. Antaranya kerana kurang yakin mengenai cara menguruskan kewangan sendiri dan lebih mengharapkan pasangan sahaja untuk membuat pelaburan. Bahkan, ada juga wanita yang terikat dengan stigma bahawa “pelaburan tidak sesuai dan sangat berisiko untuk wanita, lebih baik duit yang ada disimpan dalam akaun bank”.
Hakikatnya, wanita kini memiliki satu per tiga daripada aset persendirian atau peribadi di seluruh dunia. Wanita perlu berani membuat pelaburan pada zaman ini di mana wanita kini mulai terbuka dan menyedari bahawa pelaburan bukan hanya untuk lelaki. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis pelaburan yang ditawarkan dan yang pasti wanita melabur untuk memperbaiki ekonomi sendiri dan keluarga tanpa mengharapkan 100 peratus daripada pasangan mahupun keluarga.
Hala tuju perjalanan wanita sekarang mampu untuk mengubah semula industri pelaburan sepenuhnya. Wanita juga mempunyai pandangan tentang masa hadapan yang membanggakan iaitu melabur untuk diri sendiri juga bererti melabur demi masa hadapan bersama.
Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. *Penafian: Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik, memupuk kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran, juga melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab dan liabiliti untuk ketetapan, kesempurnaan mahupun kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Full moon’, mungkin tak semua tahu dan terfikir apa kaitannya dengan kesihatan. Atau selama ini kita sendiri pun tak kisah tentang hal ini. Percaya atau tidak?
Namun, dari pandangan saintifik atau mereka yang lebih arif, ‘full moon; turut berkait rapat dengan masalah kesihatan. Begitu juga kalau wanita mengalami ‘period’, sebelum period atau selepas mesti nak ambil makanan manis, sakit senggugut dan belum lagi mood yang tak stabil, ada saja yang tak kena.
Jadi, apa kaitan full moon dengan kesihatan. Perkongsian daripada Raihana Arif boleh dijadikan panduan Mungkin ia secara kebetulan atau ada kaitannya juga dengan masalah kesihatan dan sistem imunisasi badan.
Apa kaitan FULL MOON & kesihatan kita yang mudah goyah & kita mengidam makanan macam-macam terutama yang manis??
Untuk pengetahuan anda, parasit dalam badan kita akan aktif ‘bekerja’ & membiak pada sekitar full moon ni.
Ini kerana ritma Cicardian kita dipengaruhi oleh kitaran bulan purnama/full moon yang menjadikan badan kita menghasilkan lebih banyak serotonin & kurang melatonin. Melatonin ini membantu kita untuk tidur & ia juga penting untuk imuniti badan kita.
Oleh sebab full moon ini & kurang penghasilan melatonin, ia adalah salah 1 faktor kenapa tidur kita terganggu & kita mudah jatuh sakit pada fasa ini.
Mudah Jatuh Sakit
Parasit ini amat menggemari serotonin kerana serotonin merangsang otot mereka & membolehkan mereka bergerak dengan lebih bebas di dalam badan kita. Serotonin juga membantu mereka membiak & menjadikan mereka lebih kuat & ini menyebabkan merka kelaparan! Sebab itu kita mengidam segala makanan yang bukan-bukan.
Parasit ini juga menggunakan serotonin utk berkomunikasi antara satu sama lain & membuat biofilm di dalam badan kita hinggakan mereka dapat menghalang sistem imun kita untuk menyingkirkannya. Sebab itu kita mudah jatuh sakit.
Dan oleh sebab itu pada fasa ini kita digalakkan untuk bantu mantapkan sistem imun kita. Paling mudah, up kan Vit C intake & ambil beberapa supplement lain. Selain daripada itu, untuk umat Islam digalakkan berpuasa pada hari putih. Ini juga salah satu cara membanteras aktiviti kecacingan ini.
Langkah Berjaga-jaga
Sekiranya kita mengalami jangkitan parasit yg berat, kita mungkin merasa tidak sihat sekitar minggu full moon ini. Ambil langkah berjaga-jaga untuk tempoh seminggu sebelum & seminggu selepas full moon ini dengan jaga pemakanan, support immune system kita dan sebagainya.
Sekiranya kita merasa sangat tertekan, cemas, craving gula, tak dapat tidur, mudah rasa kesakitan pada badan, cirit-birit, sembelit atau lemah lesu, ini mungkin disebabkan oleh tahap aktiviti parasit yang tinggi dalam badan anda. Oh No!!
Antara gejala parasit adalah; kembung, keletihan, gejala seperti selesema, fungsi imun yang rendah (sering sakit atau alergi), rasa lapar ygg berlebihan, sembelit, cirit-birit, gatal-gatal, mudah marah, ruam, gangguan tidur, perubahan berat badan, sakit sendi, sakit kepala.
Jaga diri.
Fb: Babyfood Qasira
Mingguan Wanita : Sekadar untuk pengetahuan bersama.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...