‘Rahsia Sihat Tun Mahathir’, Rupanya Dr Hamid Arshat Pun Amal 11 Petua Awet Muda Macam PM Kita

Share

Pernah tengokkan video rahsia sihat Tun Dr Mahathir Mohamad ikut petua ibunya, “Berhenti makan bila rasa makanan tu sedap.” Haa.. Pakar Bidan & Sakit Puan, Dr Hamid Arshat pun ada 11 petua awet muda yang diamalkan sejak muda macam apa yang Perdana Menteri ketujuh kita lakukan.

Sebab itulah, walau dalam usia 73 tahun, Dr Hamid Arshat masih sihat dan mampu melakukan pembedahan demi pembedahan untuk pesakit-pesakitnya sama ada kelahiran mahupun rawatan fibroid dan sebagainya.

Hebat bukan.. untuk generasi muda, ambillah tip yang dikongsikan ini sebagai amalan peribadi agar tubuh kita sihat dari sebarang penyakit berbahaya. Sekali gus menjimatkan kos rawatan diri mahupun perubatan di masa hadapan.

11 Petua Awet Muda Dr Hamid Arshat Macam Yang PM Saran

1. Bila umur sudah melebihi 70 tahun risiko penyakit alzheimer 10% atau lebih. Ketika itu penghidap menjadi nyanyuk banyak kehilangan daya ingatan. Fungsi-fungsi otak semakin terganggu sehingga fungsi-fungsi asas saperti buang air ditandas dan seterusnya istinjak pun sudah lupus dari ingatan. Nauzubillah, Ya Allah lindungilah aku dari penyakit tua dan segala keburukkanya.

2. Sebenarnya sel-sel otak iaitu neurons masih tumbuh bercambah serta berfungsi baik walau pun dengan meningkat umur dengan syarat orang berkenaan mengamalkan cara dan gaya hidup yang sihat serta aktif fizikal dan mental (neuroplasticity).

Rangsangan otak dilakukan dengan pembelajaran, maklumat dan aktiviti-aktiviti kemahiran. Walau pun telah wujud jutaan jalur-jalur maklumat dan sambungan-sambungan synapses, masih ada ruang untuk peningkatan. Otak kita saperti otot, menjadi lebih kuat jika kita beri exercise dan latihan.

3. Rajin membaca Al-Quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari. Untuk mengingati ayat-ayat Al-Quran kita perlu baca berulang-ulang tidak kurang dari 40 kali. Ulang baca bila-bila masa, ketika solat atau memandu kereta dan di mana saja kita berada.

Saya hafal beberapa surah di antaranya Al Mulk, Al Sajadah, As Saff, Al Insan, Al Qiyamah, separuh Al Waqiah dan lain-lain. Kena selalu baca untuk terus ingat.

Disamping menghafal Al Quran kanak-kanak perlu dilatih menghafal sifir dan bila buat kira-kira dan hitungan, cuba jangan bergantung kepada calculator atau komputer. Ketika dalam sekolah rendah saya dipaksa hafal sifir satu hingga dua belas. Latihan ini mungkin punca saya dapat markah A dalam matemaik dalam semua peperiksaan.

4. Exercise atau aktiviti fizikal selama 30 minit selain beri menfaat kepada kesihatan tubuh badan, membantu cegah penyakit-penyakit kencing manis dan darah tinggi, ia juga banyak beri kebaikan kepada otak.

Menambah sel-sel neuron, kuatkan sambungan dan cegah kerosakkan neuron. Exercise mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yang meningkatkan fungsi pembelajaran dan meluaskan pusat ingatan di samping melancarkan aliran darah keotak. Jom exercise 30 minit setiap hari.

5. Pelajari sesuatu kemahiran baru. Cari satu hobi yang kita minati dan gembira membuatnya – berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dan lain-lain. Dalam proses membina hobi kita kena timba ilmu dalam bidang yang kita minati dan seterusnya melatih serta mempraktikan kemahiran-kemahiran yang baru. Dengan latihan ini otak kita sentiasa berfungsi.

6. Jauhkan multi tasking atau membuat dua kerja serentak saperti membuat panggilan telefon serta menyusun dan menyimpan barang.

Pasti kita akan lupa di mana kita letak barang tersebut.

 

 

7. Cukup tidur; 5 hingga 7 jam setiap malam. Tidur menguatkan sambungan saraf (synapses) dan seterusnya meningkatkan peroses-proses pembelajaran dan ingatan. Kajian ke atas kanak-kanak selepas tidur siang hari menunjukkan ketajaman otak meningkat. Orang dewasa yang amalkan tidur sekejap siang hari (power nap) meningkat daya fungsi otaknya.

8. Amalan mencatit dalam buku nota kecil setiap perkara yang baru dipelajari dalam bentuk ringkas atau points memang dapat meningkatkan ingatan kita. Saya memang amalkan tabiat ini dan saya dapati orang-orang Jepun dan Korea juga berbuat demikian.

Saperti Imam Shafie bila dengar kuliah dari gurunya sering guna jari tangan kanan untuk menulis nota pada tapak tangan kirinya. Lepas itu dia boleh mengingat semula segala yang dicatitkan di tapak tangan. Satu kajian ke atas kanak-kanak yang bertabiat melukis tentang perkara-perkara yang baru dipelajari didapati berjaya dapat markah tinggi dalam ujian.

9. Makan terbaik untuk otak. Makanan yang berkhasiat dan berzat yang mentah serta segar dari sayur-sayur dan buah-buah sangat penting bagi pertumbuhan sel-sel otak dan myelin sheath. Kurangkan gula, karbohidrat, fast dan junk foods kerana meracuni sel-sel otak.

Khasiat Tumbuhan Alami Untuk Makanan Otak:

√    Kunyit dan kari : dikatakan mencegah timbunan amyloids dalam yang menyebabkan alhzeimer. Membersihkan salur darah dalam otak. Meningkatkan ingatan, meningkatan pertumbuhan sel-sel neuron.
√    Celery, peppers dan carrots : mengandungi luteolin yang mencegah kerosakkan sel-sel neuron.
√    Broccoli dan cauliflour serta kuning telur : mengandungi choline iaitu amino asid yang meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Cegah tindakan racun otak.
√    Kacang walnut, macademia dan almond nuts, ikan makeral dan salmon : mengadungi omega 3/ DHA, phytosterol dan antioxidant. Meningkat fungsi otak dan pemulihan sel-selotak.
√    Pisang, sayur-sayur hijau dan beans : mengandungi magnesium yang berfungsi mempercepat transmisi maklumat2. Magnesium meningkatkan aliran darah ke dalam otak. Kajian ke atas kanak yang diberi makan pisang waktu sarapan kecerdasan otak mereka melonjak.
√    Daging lembu :

adalah sumber B12 yang penting bagi pertumbuhan sel-sel otak.
√    Blue berries : mengandungi antioxidant dan phyto kimia yang meningkatkan pembelajaran pemikiran dan ingatan. Serta mengurangkan kerosakkan sel-sel otak.
√    Extra virgin olive oil, minyak kelapa dara (VCO), fish oil dan krill oil : adalah makanan-makanan otak yang berkesan untuk mencegah penyakit alhzeimer dan nyanyuk.

Makanan tersebut menggalakan pertumbuhan sel-sel otak dan myelin sheaths. Seterusnya meningkatkan fungsi-fungsi otak termasuk ingatan. Saya minum sesudu extra virgin olive oil setiap hari.

 

Brain games yang boleh dilakukan secara online.

 

10. Permainan otak / brain games. Dalam internet terdapat beberapa websites seperti Luminosity. Permainan ini merangsang otak meningkatkan kemahiran untuk membaca, fahaman dan hafalan.

11. Cegah stress dan rawat penyakit-penyakit. Tekanan fizikal, mental dan emosi semakin berluasa pada zaman sekarang dan timbul dari pelbagai punca. Stress meracuni sel-sel otak dan merosakkan jalur-jalur maklumat. Fungsi otak dan ingatan menurun akibat stress.

Penyakit saperti darah tinggi dan kencing manis perlu dirawat dengan sempurna kerana boleh mengganggu aliran darah bekalan makanan dan oksigen ke dalam otak dan seterusnya merosakkan fungsi otak dan ingatan.

Sumber/Foto : Dr Hamid Arshat, Facebook

Published by
Netty Ah Hiyer