Pelakon dan model yang membintangi drama bersiri Gerak Khas, Salina Saibi mengakui dia amat selesa memakai bengkung.

“Sememangnya saya selesa memakai bengkung. Dalam mengamalkan pemakaian bengkung saya perlu tahu bengkung yang sesuai dengan saiz badan. Antara tip yang boleh saya amalkan dalam memilih bengkung, kena tahu bengkung yang sesuai dengan saiz badan kita. Jangan sampai terlalu terseksa dan sampai tak bernafas.

Ditanya tentang rahsia dia tampil ramping, Salina menerangkan selain mengamalkan pemakaian bengkung Salina juga mengamalkan aktiviti sihat.

IKLAN

“Bukan sekadar suka pakai korset, untuk tampak kurus dan ramping saya juga menjaga pengambilan makanan dan melakukan aktiviti sihat dengan bersenam,” terang Salina.

Pentingkan Keselesaan 

IKLAN

Salina juga akui dalam pemilihan bengkung dia memilih yang selesa.

IKLAN

“Saya suka pakai bengkung jenis pinggang. Selain itu selesa bergerak agar mudah lakukan kerja harian, riadah dan solat. Paling penting tak senak perut dan tak nampak garis-garis bengkung.

“Paling lama saya memakai bengkung adalah lapan jam dan saya kenakan bengkung kerana mahu berpenampilan menarik dan tampak menawan,” ungkap Salina.

Rahsia Ramping “Jangan Sampai Terseksa & Susah Nak Bernafas” – Salina Saibi
Salina Saibi yang pernah ditemubual menerusi MW Talkshow.
Rahsia Ramping “Jangan Sampai Terseksa & Susah Nak Bernafas” – Salina Saibi
Selesa mengenakan bengkung ke mana-mana.
Rahsia Ramping “Jangan Sampai Terseksa & Susah Nak Bernafas” – Salina Saibi
Salina bijak menjaga penampilannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI