Siapa sangka diet susu segar dan bayam liar menjadi rahsia panjang umur Johanna Mazibuko yang kini berusia 128 tahun.Wanita Afrika Selatan ini menyambut ulang tahun kelahirannya minggu ini dipercayai menjadi manusia tertua di dunia.

Mengikut kad identitinya, wanita itu dilahirkan pada 1894. Komuniti di negara itu kini berusaha untuk membantu meletakkan nama Johanna di dalam Rekod Dunia Guinness (GWR).

Rahsia Panjang Umur Wanita Usia 128 Tahun, Manusia Tertua Di Dunia!

Artikel Menarik:Hadiah Hari Jadi Usia 100 Tahun, Nenek Nekad Buat Terjunan Udara!

Sempat Hidup Zaman Penjajahan

Warga emas itu juga sempat merasai hidup pada zaman penjajahan British dan era aparteid, selain dua perang dunia.

Johanna menetap di Jouberton, Klerksdorp memaklumkan wartawan dia membesar di sebuah ladang di bandar Ottosdal, dan anak sulung daripada 12 beradik.

“Kami hidup gembira di ladang berkenaan dan tidak menghadapi sebarang masalah,” katanya.

Wanita itu juga berkongsi pengalaman berdepan dengan serangan belalang sehingga keluarganya menemui cara baharu untuk mengawal serangga itu.

Ads

“Ada belalang yang boleh kami tangkap dan makan kerana rasanya seperti daging selepas digoreng,” katanya.

Minum Susu & Bayam Liar

Johanna membesar dengan meminum susu segar bersama bayam liar dan tidak sesekali mencuba masakan moden.

Rahsia Panjang Umur Wanita Usia 128 Tahun, Manusia Tertua Di Dunia!

Pada usia 128 tahun, dia berdepan masalah pendengaran, namun masih mampu mengurus hidupnya sendiri.Dia akan menghabiskan masa mengenang kembali kehidupan masa lalu dengan ada antaranya yang sukar diingati.

“Saya berkahwin dengan seorang lelaki berusia selepas kematian isteri pertamanya. Dia seorang yang berdikari dan mempunyai kuda serta lembu.

“Saya boleh memerah susu lembu segar dan membuat mentega untuk dijual.

Ads

“Dia melayani saya dengan baik sehingga kisah silam kehidupan sebelum berkahwin dapat dilupakan,” katanya.

Rahsia Panjang Umur Wanita Usia 128 Tahun, Manusia Tertua Di Dunia!

Wanita itu memiliki tujuh anak dengan dua masih lagi hidup disamping 50 cucu dan cicit kini dipantau penjaga sejak 2001.

Rahsia Panjang Umur Wanita Usia 128 Tahun, Manusia Tertua Di Dunia!

 Baca Lagi Di Sini:Peluk Isteri 10 Saat Setiap Pagi, Mampu Buat Suami Panjang Umur Lima Tahun!

Ads

Mesti Baca:Rambut Panjang 6 Meter,TAK PERNAH Potong & Cuci Selama 64 Tahun!

Mingguan Wanita: Panjang sungguh usia wanita ini sehingga mampu hidup 128 tahun, dengan amalan minum susu segar dan bayam liar.

Sumber: Hmetro, Mirror.UK

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Betul ke wanita berdikari, ancaman buat lelaki?

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI