Bila dah berusia, mulalah nampak kedut-kedutnya. Bagi yang menjaga penampilan wajah dah tentu akan fikirkan cara untuk kekal muda. Jalan mudah, cucuk sana dan cucuk sini. Tapi, berapa lama untuk lakukan cara ini.
Mungkin setengah orang nampak cantik dengan cara begini dan untuk nampak muda kenalah buat secara rutin. Belum lagi kos untuk setiap rawatan yang digunakan. Masing-masing ada cara tersendiri.
Tak perlu nak membazir, masih ada cara semulajadi untuk kekal muda, sekaligus membantu untuk naikkan seri wajah kita. Ini antara perkongsian daripada Kak Jue yang hanya menggunakan limau purut saja.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Dah 3 Tapi Macam Anak Dara, Amalkan Minum Susu Kunyit Untuk Awet Muda & Tubuh Kekal Ramping!
Nak AWET MUDA & Hilangkan Kedut, Minum Jus Limau Kasturi, Modal Murah Sangat!
Seperti yang kita ketahui, limau purut ini banyak khasiatnya. Bukan setakat untuk dijadikan bahan perasa untuk makanan, ia turut digunakan bagi rawatan tradisional dan juga untuk kecantikan, dengan menaikkan seri wajah seseorang.
Tak perlu berhabisan duit untuk kekal muda dan cantik, hanya guna lipau purut dah cukup untuk membantu naikkan seri wajah, hilangkan masalah jeragat, jerawat dan paling
penting kekal muda. Inilah cara yang digunakan oleh Kak Jue untuk naikkan seri wajah dan kekal muda walaupun berusia 60 tahun.
Caranya:
Potong limau purut dan tenyehkan di bahagian muka berulang kali.
Boleh picitkan sedikit untuk keluarkan jusnya sebelum menggosok ke bahagian muka.
.
Manfaatnya:
Naikkan seri wajah, buang aura negatif dan tambah keserian wajah.
Hasilnya kulit muda, nampak bersih dan berseri.
Tip: Jika ada rasa pedih pada bahagian kulit muka ketika menggosok, kena cepat-cepat basuh muka.
Info: Bagi yang ada masalah kulit sensitif, elakkan daripada menggunakan bahan ini.
Mingguan Wanita : Kalau kat rumah banyak pokok limau purut, bolehlah cuba cara ini. Jimat.
Sumber: jueeusope (tiktok)
@jueeusope serikan aura wajah dengan limau purut #tipskulit #tipskecantikan #seriwajah #wajahcantik #petuakulit #petuakulitcantik #kulitglow #kulitlicin #kulitcerah #kakjuekongsi #tipsawetmuda ♬ original sound – Jue Eusope
.
.