Kalau mak-mak dah tak tahu nak masak apa, mi goreng adalah cara yang cepat dan mudah untuk disediakan buat hidangan keluarga. Dengan syarat bahan asas yang diperlukan kenalah ada.
Walaupun nak masak mi goreng agak senang dan cepat. Tapi, belum tentu ia sedap dan nampak cantik berkilat. Biasanya, kalau cantik berkilat dan ada basah-basah, gerenti sedap punya!
Tak kurang juga yang sampai sekarang masih gagal untuk masak mi goreng yang sedap dan cantik berkilat. Kadang-kadang, dah ikut resipinya tapi masih lagi tak sama dan sesedap seperti yang diimpikan.
Rupanya ada cara nak bagi sedap ye! Ikuti perkongsian Umi Watie, tentang rahsia mi goreng sedap dan cantik berkilat.
Mi goreng kalau kering kejung tu macam tak berselera je menengok nya kan? Kalau nak tahu, mi goreng yang sedap kenalah nampak berkilat cantik dan sedikit berminyak.
Ada petua dan teknik rahsia rupanya. Jangan kedekut bawang merah dan sos cili katanya.
Kena cuba.
1. Nampak gebu, berkilat kan? Rasa dia? Memang lebih sedap. Mi lembut, cukup rasa. Alhamdulillah.
Ads
2. Sekuali mi goreng laku keras buat sarapan. Nampak menggiurkan
3. Mula-mula, kisar 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 5 tangkai cili kering. Kalau nak lagi pedas boleh bubuh lebih ya. Sebelum kisar, rendam cili kering dalam air panas, bagi kembang dulu.
4. Bila bahan kisar kita dah garing elok masukkan sumber protein. Kakchik bubuh sotong, udang dan ayam.
5. Gaulkan semua bagi rata dan masukkan 6 sudu besar sos cili dan 2 sudu besar sos tiram. Pemilihan sos cili yang bagus juga menyumbang rasa mi goreng yang sedap.
Ads
6. Kakchik bubuh air setengah cawan, biarkan merenih sebelum masukkan mi kuning dan sawi. Guna sepeket kecil mi kuning.
Sebelum masak, cuci mi kuning dengan merendam dalam air suam seketika. Nak Kasi mi lembut dan sedikit kembang, baru lah tak nampak kejung mi goreng kita.
7. Sebelum matikan api, rasa dulu. Perasakan dengan garam dan gula. Dah siap pun.
Roti nan memang enak dimakan bersama ayam tandoori. Kalau makan panas-panas memang terbaik. Selama ini ramai yang ingatkan susah nak buat roti nan sedap macam dekat kedai, rupanya mudah sahaja.
Jika anda dan keluarga sukakan hidangan ini, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade guna resipi perkongsian Nor Aini Abd Rahman ini ya!
RESIPI ROTI NAN
Bahan-bahan:
2 cawan tepung high protein
1/2 cawan air masak
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
Cara membuat:
1. Uli semua bahan sehingga membentuk doh tak lekat di tangan, rehatkan 1 jam bagi doh kembang.
2. Bahagikan kepada 3 bahagian, bulatkan doh dan leperkan dengan rolling pin.
3. Bakar atas kuali 5-6 minit sehingga kedua-dua belah keperangan dan angkat.
Sebenarnya Sos Spaghetti juga boleh disejuk bekukan sebagai persediaan untuk Ramadan nanti.Memang mudah dan jimat masa, tinggal tumis dan letak daging cincang je. Menariknya boleh tahan lama 6 bulan hingga 2 tahun.
Ikut resipi dan cara buat Sos Spaghetti Bolognese seperti yang dikongsikan oleh Puan Erni Abu Samah ini.
Sementara ada mood ni kita buatlah sos spaghetti frozen stanby untuk Ramadhan. Biasa dah hujung-hujung tak lalu dah nak makan nasi. Frozen tu boleh tahan 2 tahun tanpa perubahan rasa.
Nak kupas kulit tomato tu yang malas, 6 kilo dapat buat 5 kali makan. Tinggal tumis daging cincang je nanti baru masukkan sos segera. Bahan lain semua dah ada dom sos tu.
Ni kalau retort ni boleh buat bisness ni. Rasa lagi sedap berganda dari brand terkenal dalam botol perasan kejap.
Bahan-Bahan:
7kg tomato merah buang kulit dan biji
5 biji bawang besar didadu
15 biji bawang putih dipecahkan dan didadu
2 sudu besar Oregano *serbuk kering
2 sudu besar parsley *serbuk kering
2 sudu besar basil *serbuk kering
2 susu besar chili flakes
2 sudu besar lada hitam
Bay leaves
2 tin besar tomato puri
2 tin cendawan hiris (optional) taruk masa 1/2 jam terakhir
3 ke 4 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1. Panaskan sedikit minyak jagung.
2. Tumis bawang besar and bawang putih, jangan garing, cukup layu je.
3. Masukkan tomato yang diblender halus
4. Kemudian, masukan tomato puri.
5. Masukkan pula garam dan gula.
6. Masukkan lada hitam dan herbs.
7. Masak atas api kecil dalam 2 jam. Kurang 2 jam sikit pon boleh.
Dah siap masak, simpan dalam freezer boleh tahan 6 bulan. Peket kecik-kecik. Saya biasa boleh simpan 2 tahun kalau masak 2 jam. Rasa lagi sedap.
Notes:
Bila nak makan hanya perlu tumis daging cincang, tambah sos di atas, adjust garam atau tambah meatball.
Boleh jadi sos lasagna atau pizza.
Tak buang kulit dengan biji pun boleh tapi tak sedap sangat.
Nak buang kulit kelar ‘X’ kat tomato. Celur dalam air mengelegak sampai nampak kulit terkoyak. Kupas macam pisang. Jangan lama nanti lembik.
Mingguan Wanita: Wah bolehlah cuba buat sendiri sos spaghetti Bolognese frozen ni dekat rumah.Tinggal tumis daging cincang je nanti. Tahan 6 bulan hingga 2 tahun, jika dimasak selama 2 jam. Memang mudah & jimat masa.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Ini petua masak untuk mak-mak yang suka buat kerja nak cepat dari seorang suri rumah, Suhana Mat Rasu yang mana cara penyimpanan yang diguna berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je…
1.Daun sup
Pokok daun sup perlu di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais
Caranya:
Potong 2 botol minuman, masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja. Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.
Pokok yg disimpan dengan kaedah ini dapat bertahan lebih dari sebulan.
2.Lengkuas dan Serai
Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut.
Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan.
Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya.
3.Cili api dan Lada Merah
Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.
Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar.
Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.
Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama.
Bahan-bahan yang disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...