Ada masanya bila masuk bilik air mesti akan bau yang tak sepatutnya. Bukan setakat bau tapi kotoran yang melekat terutamanya mangkuk tandas. Geli pula nak guna kan!
Mungkin dengan hanya meletakkan pewangi tidak cukup sebab ia tidak membersihkan mangkuk tandas dengan kotoran yang ada. Kali ini, boleh cuba tip untuk bersihkan mangkuk tandas dan memastikan bilik air sentiasa bersih.
Tak perlu nak keluarkan belanja yang mahal untuk bersihkan bilik air dan mangkuk tandas. Hanya guna beberapa bahan dapur pun dah cukup untuk hapuskan kotoran dan wangikan bilik air.
Bahan-bahan:
Pewangi pakaian
Botol air
Baking soda
Jus lemon
Air
Caranya:
1. Sediakan satu botol air 500ml.
.
Ads
2. Kemudian, masukkan 150ml pewangi pakaian ke dalam botol air yang kosong itu.
.
3. Selepas itu, campur dengan 1 sudu baking soda.
.
4. Ambil ½ biji jus lemon dan perahkan ke dalamnya.
.
Ads
5. Masukkan 250ml air ke dalam botol tersebut. Pastikan bahan tadi tidak memenuhi botol tersebut.
.
6. Tutup rapat-rapat dan terbalikkan. Buat satu lubang kecil di bahagian bawahnya.
.
7. Selepas itu, terbalik kembali dan masukkan ke dalam ‘flush’ tandas.
Ads
.
8. Boleh lihat hasilnya setiap kali ‘flush’. Bukan saja membersihkan tapi ia membantu menghapuskan bakteria dan kuman. Sekaligus mewangikan tandas.
.
Mingguan Wanita : Kita cuba cara ini pula ye Kalau dah habis boleh top up balik.
Buah Avocado memang banyak khasiatnya. Namun kalau beli, susah nak jumpa yang dah masak ranum, biasanya mesti masih muda dan isinya keras.Kalau salah cara peram, buahnya jadi busuk dan rosak pula. Sayang sungguh, buah ni dah lah agak mahal.
Rupa ada cara tersendiri untuk peram buah avocado ni. Barulah buahnya masak ranum, lembut dan cantik elok isinya.
Boleh ikut petua peram buah avocado yang dikongsikan oleh Puan Ummu Aiman ini.
“Buat yang tertanya macamana cara saya peram buah avocado. Saya kongsi disini ya.”
“Sebelum ni selalu jumpa buah avocado yang keras-keras.Jarang jumpa yang masak ranum.Kalau jumpa pun buruk selalunya.Pernah balik cuba peram sendiri.Biar ja di atas meja tanpa buat apa-apa. Dalam 4, 5 hari lepas tu buah memang masak.Tapi semua buruk, tak dapat makan langsung.”
“Dapat petua ni, saya cuba buat dan alhamdulillah semua masak ranum dan buah pun elok semuanya. Cantik aja warnanya.”
Cara-Caranya:
1. Potong, buang bahagian tangkai dia macamtu. Buang nipis ja ya. Jangan banyak sangat.
2. Balut bahagian yang dah dihiris tu dengan sehelai tisu. Kemudian salotepkan kemas-kemas.
3. Simpan di tempat gelap.Dalam 2 – 3 hari dah lembut dan boleh makan. Ni saya peram dah 3 hari.Alhamdulillah hari kedua dah boleh makan dah.
Info Ekstra!
Buah ni agak tawar-tawar lemak. Saya tak suka makan saja. Saya suka buat jus.Susu segar+avocado+kurma+badam. Nak letak madu sikit pun boleh.
Kena pastikan buah dah masak baru sesuai buat jus.Kalau tak, tak sedap.
Dulu saya tak suka. Tapi bila fikir khasiat dia sangat banyak, jadi cuba cari resepi yang kena dengan tekak.Buah ni kan sangat baik untuk elak penyakit jantung dan rendahkan kolestrol jahat.
MW: Begini rupanya cara nak peram buah avocado. Barulah buahnya masak ranum, warna cantik dan elok lembut. Sesuai dibuat jus, dicampur dalam salad atau dimakan begitu sahaja.Malah banyak khasiatnya.
Wanita memang tak boleh lari daripada benda yang cantik-cantik. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan emas. Rasanya semua wanita suka dengan barang kemas, macam-macam rekaan yang ada kat pasaran sekarang ini.
Sebut saja pulut dakap, biskut tawar atau nama-nama yang memang menjadi tarikan untuk wanita.
Bagi yang gila dengan emas, setiap kali rekaan baru mesti dibelinya. Hebat. Sebab emas sekarang ni jadi buruan wanita. Harganya pun tidak pernah susut dan kiranya semakin tinggi nilainya.
Namun, rasanya tidak semua wanita suka dan gila dengan barang kemas. Kalau ada pun hanya seutas dua, mungkin hadiah masa perkahwinan dulu yang masih tersimpan rapi. Boleh dikiralah berapa yang ada. Itu pun disimpan elok dalam almari.
Jarang pakai atau kerap pakai, kadang-kadang ia boleh nampak kusam dan tidak bersinar. Nak pakai nanti takut orang cakap emas palsu pulak. Jadi, ambillah masa 10 minit untuk bersihkan supaya berkilau dan berkilat seperti baru.
Kalau upah kat kedai untuk bersihkan mungkin agak mahal. Jadi, perkongsian daripada Hani Mynis ini boleh membantu mak-mak untuk bersih dan cuci sendiri barang kemas. Ambil masa 10 minit sahaja dah kembali berkilau macam beli baru kat kedai.
Hani sebenarnya tak suka pakai barang kemas lagi-lagi yang diperbuat dari emas.
Tapi dah namanya perempuan, paling tidak koman-koman mesti ada walaupun satu utas/ bentuk. Tak kira lah sebentuk cincin atau seutas gelang tangan kan.
Jadi, Hani buat deep cleaning barang kemas yang ada. Ini sahaja koleksi yang ada, seutas gelang tangan, seutas rantai dan dua bentuk cincin. Sekarang kan ada amacam-macam rekaan.
Deep cleaning ini selalu buat setahun sekali setiap kali nak raya je sebenarnya. Tapi, alang-alang cuti bolehlah buat. Senang sangat dan semua bahan ada kat rumah. Ambil masa lebih kurang 10 minit je. Dah buat ni barulah berkilau-kilau balik barang kemas yang kita ada.
Semoga bermanfaat .
MW: Mana-mana mak yang ada barang kemas banyak, tak payah nak Membazir duit, boleh cuci sendiri kat rumah.
Mak-mak cukup pantang, kalau tengok periuk berkerak dan hitam di bahagian bawahnya. Sampaikan bila dah terlalu tebal, nak bersihkan memang sangat susah.
Kadang-kadang sental dengan sabun saja tidak cukup untuk hilangkan periuk berkerak. Ada pelbagai cara yang digunakan untuk nampak berkilat dan seperti beli baru. Mungkin, cara tertentu inilah, baru berhasil dan menenangkan hati mak-mak.
Salah satu perkongsian daripada Mariyah Ghazali yang dia gunakan untuk nampak periuk berkerak jadi berkilat adalah menggunakan sabun mandian.
Rasa-rasanya, sabun ini cukup popular masa dulu dan boleh dikatakan sabun legend. Bukan setakat untuk pembersih badan tapi boleh gunakan untuk kilatkan periuk. Nanti, mak-mak bolehlah cuba di rumah.
“Alhamdulillah dari dulu saya memng setia dengan sabun ini saja bertahun-tahun. Malah, periuk yang saya gunakan kebanyakannya sudah lebih 8 tahun untuk memasak. Nampak macam baru sebab saya guna sabun ini.
Petua Lain Untuk Kilatkan Periuk
Asam Keping
1. Rebus 8 asam keping di dalam periuk yang besar (supaya senang nak rendam kuali atau periuk).
2. Didihkan air asam keping sampai mendidih.
3. Masukkan kuali atau periuk di dalam air asam, rendam selama 4-5 minit.
4. Angkat kuali atau periuk, sejukkan. Lepas itu sental guna sabun dan berus dawai.
5. Masa sental, kurangkan mengunakan air.
Kulit Nanas
Rebus kulit nanas. Masa rebus kulit nanas itu biar lebih pada tanda hitam. Ambil kulit nanas itu guna senduk, gosok-gosok. Kemudian sental seperti biasa. Boleh kilat semula.
Soda Bikarbonat
Bahan bahan:
Soda bikarbonat secukupnya
Berus dawai
Sedikit air
Caranya:
1. Basahkan kuali dan tabur soda bikarbonat dengan anggaran 2 sudu makan.
2. Ambil berus besi dan gosok kuali anda. Elakkan daripada menggunakan air yang banyak, agak-agak basah sahaja.
3. Teruskan menggosok sehingga kesan jelaga hitam hilang.
4. Basuh dan bilas dengan air. Hasilnya pasti menakjubkan.
Selamat mencuba!
MW: Ada macam cara nak bagi periuk berkilat, tapi boleh cuba cara ini dengan guna sabun legend.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Doktor dedah rahsia pewarna merah pada kek & makanan, sebenarnya kita telan parasit. Siapa tidak terliur melihat warna kemerahan pada kek red valvet. Begitu...