Rahsia Kurus ‘Minum Air Lemonade’, Boleh Kurangkan Selera Makan & Perut Cepat Kempis

Share

Rahsia kurus, tentu ramai yang mencari-cari tip untuk kurus nampak ramping dan paling penting perut kempis. Inilah menjadi idaman setiap wanita.

Tak kurang juga mencuba pelbagai jenis produk semata-mata untuk kurus. Sayangnya, kalau tersilap boleh buat badan naik mencanak-canak. Belum lagi penyakit lain yang tiba-tiba datang.

Jadi, tak perlulah nak cuba ubat kalau kita tidak tahu keberkesanan dengan badan kita. Cuba cara Ibu Azzah ini, rahsia kurus yang dia amalkan adalah dengan minum air lemonade sahaja.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kurus Tanpa Jalan Singkat, Fasha Sandha Dedah Tak Makan Nasi 2 Minggu & Workout

Resipi 2 Dalam 1, Nak Kurus Dan Hilang Sakit Kaki, Memang Menjadi!

Rahsia Kurus, Minum Lemonade

Alhamdulillah perjuangan ibu untuk turunkan berat badan semakin nampak ketara hasilnya. Sedikit lagi nak capai ideal weight. Bukanlah mudah tapi tak susah jika bersungguh nak ubah.

Bayangkan dari 80 kg, sekarang dah capai 60 kg. Bila tengok balik video live dan video-video dalam group kelas PJJ, tak sanggup nak tengok diri sendiri yang bulat, kembang setaman. Paling sedih bila orang teka umur jauh lebih tua dari usia.

Sebab tulah ibu tekad ubah lifestyle. Cara makan dan mula exercise. Amik masa 3 tahun jugaklah nak capai berat sekarang.

Jadi, jangan expect hari ni niat nak kurus cam Ibu Azzah, sebulan nak dapat hasil terus memang taklah. Kena sabar, konsisten dan disiplin. Kelaut tu biasa tapi cepat-cepat naik ke darat.

Cuma yang ibu perasan, dalam seminggu dua ni sejak ibu amal minum hari-hari lemonade dari 2 biji lemon, berat cepat sangat turun. Perut pun kempis lain macam. Suka sangat!

Tapi, yang paling ketara, selera makan jadi berkurang.

Bahan:
2 biji lemon
2 sudu gula kelapa – jenama ococ
2 sudu madu – jenama ococ
750 ml air

Caranya:

1. Perah lemon, tapis dan ambil jus. Ibu guna thermomix. Kisar 2 saat saja dengan air. Dapat banyak jus.

2. Selepas itu, campurkan terus dengan gula kelapa dan madu

3. Masukkan ais.

4. Ulang-ulang minum.

Seronoknya boleh buat perut kempis. Kena cuba.


.

Mingguan Wanita : Wah, seronoknya kalau dapat turun dengan berat ideal. Bonus bila perut pun kempis. Tak adalah orang tengok macam mengandung 4 bulan…sedih.

Sumber: Ibu Azzah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora