Mi celup ini salah satu menu glamour di negeri Pantai Timur, nak dapat yang sedap meletop pun kena pergi sana.
Haa… baru anda boleh beza sendiri apa yang dari segi rasanya. Tetapi kalau nak cuba buat, anda boleh godek resepi kuah mi celup dari Puan Ieyla Adriana.
Resepi Kuah Mi Celup
Resepi untuk kuah, ini boleh dimakan dengan bihun, mee kuning, kuetiaw, maggi, nasi air.
Ads
Rebus daging (sebesar tapak tangan atau setengah kilo) atau ayam (saya guna sebelah saja ayam yang dipotong dua), rebus hingga betul-betul lembut dan masak.
Air rebusan mesti lah tenggelamkan ayam dan daging.
Setelah ayam daging masak, angkat, tos kan dan letak dalam mangkuk atau pinggan. Kalau rasa kuah nampak sedikit, boleh lah tambah air.
Kemudian masukkan 2 sup bunjut, sedikit halia, lengkuas, 1 biji bawang besar yang dibelah 4, akar daun bawang dan daun sup yang dibasuh bersih, then biarkan mendidih.
Ads
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan 4 ulas bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, setelah naik bau, masukkan dalam kuah tadi (masukkan bersama-sama minyak yang menumis tadi).
Masukkan satu atau dua sudu perencah sup (optional), masukkan garam, gula (optional), serbuk perasa, kicap.
Ads
Ini resepi cara saya, maaf andai banyak yang terkurang, saya tak ada kedai. Buat makan untuk family saja.
Nota:
Lebih sedap makan bersama ikan bilis goreng, bawang goreng, cili besar yg di jeruk, sayur tauge dan kangkung, cili kering yang di blend kering, cili kecil yang di blend or yang ditumbuk dan kacang tanah yang ditumbuk.
Untuk yang mahu makan kuah ini bersama Maggi dan perencah Maggi, saya sarankan buat kuah sedikit tawar untuk elakkan rasa masin bila makan nanti. Sebab perencah Maggi agak masin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Yatie Kitchen merupakan antara instafamous yang hebat dalam bidang masakan serta mempunyai hampir 253 000 pengikut didalam instagram. Kerap memuat pelbagai jenis resipi, tip-tip serta hasil masakan didalam postingnya. Malah ramai selebriti pernah merasa air tangan Yatie Kitchen ini, seperti Anzalna Nasir, Shiela Rusly, Ozlyn, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya.
Semalam, Yatie Kitchen ada berkongsi tip dan video resipi bagi menghasilkan Nasi Goreng Kampong yang sedap. Rupanya rahsia bagi menjadikan Nasi Goreng Kampong bertambah sedap adalah tidak menggunakan bawang merah seperti kebiasaan yang ramai mak-mak buat.
Berikut antara perkongsiannya;
“Setiap orang ada cara yang tersendiri masak nasi goreng kampong, tapi nie cara saya masak “Nasi Goreng Kampong “, ianya sangat simple tapi sangattt sedap (sapa nak puji lagi hahahhaha lol ) Selamat Mencuba ! #carasaya ( saya tak letak bawang merah sebab bila letak bawang merah dia punya rasa macam tak kick , tapi bila tak letak , omg !! Sesuatu Nasi Goreng Kampong ni !!”
Lebih istimewa, perkongsian resipi Nasi Goreng Kampung oleh Yatie Kitchen, mendapat perhatian Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tarudin untuk mencubanya sendiri. Ibu kepada Siti Aafiyah ini, telah repost perkongsian resipi tersebut dan menyediakan Nasi Goreng Kampung ini untuk hidangan sahur buat suami tersayang, Dato’Sri Khalid Mohamad Jiwa, pagi tadi. Malah, penyanyi lagu Si Comel Pipi Merah ini turut mengakui kesedapan resipi yang dikongsikan oleh Yatie Kitchen.
“Memang sedap, kita pun baru masakkan nasi goreng ni untuk sahur suami tersayang, bagi yang takde idea nak sahur apa? Inilah jawabnya.”
Berikut antara bahan-bahan dan cara nak buat Nasi Goreng Kampung Yatie Kitchen ini:
Bahan-Bahan:
Cili padi
Bawang Putih
Ikan Bilis
2 biji telur
Serbuk Lada Sulah
Serbuk Cendawan
Garam
Nasi Putih
Daun Sup
Cara Membuat:
1.Goreng 2 biji telur dan letak tepi kuali.
2.Tumis cili padi, bawang putih dan ikan bilis yang telah ditumbuk, biarkan sehingga sederhana garing.
3.Masukkan garam dan kacau kemudian masukkan pula nasi putih.
4.Masukkan daun sup dan serbuk lada sulah.
Siap! Selamat Mencuba!
Cukup mudah kan! Jadi mak-mak boleh lah cuba resipi Nasi Goreng Kampung ikut resipi ini.Boleh buat untuk hidangan berbuka puasa ataupun untuk menu bersahur nanti.
Bila pergi pasar malam, memang tak sah kalau tak beli jagung cawan. Inilah yang selalu anak-anak minta dan suka makan. Sangat sedap.
Sebenarnya, boleh saja nak buat di rumah tapi rasa jagung cawan di pasar malam tak sama dengan apa yang kita buat pula. Tak tahulah apakah resipi rahsia yang digunakan.
Kali ini Aishah Al Humaira berkonngsi resipi jagung cawan ala pasar malam. Dengan kelainan iaitu tidak kukus sebaliknya masak terus menjadikan ia lagi sedap daripada pasar malam. Mungkin?
Jagung cawan lemak manis ala pasar malam tanpa Kukus.
Jagung yang digunakan pun dari sweet corn daily fresh sebab rasa segar berbiji dan tak kering.
Bahan-bahan:
1 paket jagung frozen jenama Dailly fresh
1 tin krimer pekat manis SAJI
3 sudu besar marjerin (lebihkan lagi sedap)
sedikit air dan garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Masukkan jagung dalam kuali dan masuk sedikit air sukatan anggaran setengah dari jagung.
2. Tutup kuali dan biarkan hingga jagung empuk/masak.
3. Jika air kering boleh tambah lagi airnya.
4. Akhir sekali masuk susu pekat, sukatan mengikut manis yang disukai.
5. Masukkan juga garam dan marjerin secukup rasa. Suka Cheese boleh parut cheddar cheese atasnya
6. Siap.
Mingguan Wanita : Bila tambah keju cheddar mungkin ia akan rasa lagi sedap dan berkrim. Selamat mencuba.
Negeri-negeri sebelah utara seperti Penang, Kedah, Perlis memang terkenal dengan masakan kuah kari yang pekat, lemak dan mempunyai rasa yang tersendiri.Sampaikan bila makan, baunya karinya masih melekat di tangan!
Nak buat kuah kari yang sedap cara negeri belah utara ada caranya. Mak-mak boleh tambah ilmu masakan dan cuba masak sendiri tips yang dikongsikan oleh Puan Ieda Zairiyang juga merupakan salah seorang moderator di page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
“Tips masak KARI.. Selalunya negeri belah utara masak kari memang sedap.. (negeri lain saya tak pasti sebab tak pernah rasa) jangan marah ye..”
1.Santan saya tak letak.
✔ Gantikan dengan beras yang disangai & ditumbuk untuk dapatkan rasa lemak.
Kari yang sedap, minyak mesti berlinang kat atas permukaan. Itu tanda kari telah ditumis hingga rempah betul-betul masak.
Tips untuk menyediakan Kari Yang sedap.
▶Rempah Kari Kering
▶Rempah ditumis kering dan dikacau dengan dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api.
▶Lepas terbit minyak baru masukkan daun kari.
▶Kuantiti Minyak
Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
▶Hirisan Bawang
Bawang merah & bawang putih lebih sedap jika dihiris dan ditumis.
▶Halba Campur
Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan dalam masakan kari.. kari anda akan lebih beraroma..
▶Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta beras sangai. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
▶Asam Jawa
Lepas pecah minyak baru masuk asam jawa & boleh jugak kalau nak masukkan asam keping.Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain.
Rasa garam juga harus seimbang Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘power’.
Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa pada kuah.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak boleh cuba tips masak kari ni. Walaupun kita memang dah pakar masak kari, tapi jika sesekali ingin tukar selera, boleh masak dengan cara yang berbeza seperti tips diatas ini.
Semoga bermanfaat.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...