Sebagai seorang wanita yang mengutamakan kecantikan dan keanggunan sudah pasti tidak akan lepaskan peluang untuk membeli barangan solekan dan kecantikan trend terkini dengan harga yang berpatutan.
Apatah lagi mereka yang ‘glamming up’, kecantikan dan fesyen sememangnya tidak boleh dipisahkan. Pastinya akan dapat menaikkan seri dan menambah keyakinan diri! Paling utama disini koleksi produk solekan dan fesyen terkini yang perlu ada dalam gerobok pakaian anda.
Tampil Yakin Berseri, Ceria & Menawan
Realiti kehidupan hari ini, kecantikan dan wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan.
Setiap individu punya gaya tersendiri. Ada yang selesa tampil dengan wajah polos dan sederhana, ada yang menawan dengan solekan natural, dan ada juga yang bergaya dengan full make-up, di samping kelainan solekan dan dress code yang bersesuaian dengan majlis.
Apatah lagi wanita yang bekerjaya pastinya mahu tampil ceria, menawan dan sihat. Bukan saja pada para gadis malah wanita yang sudah mendirikan rumah tangga juga amat mementing penampilan. Hakikatnya, masyarakat akan sentiasa memandang tinggi kepada seorang wanita yang bekerjaya kerana di samping menjadi seorang isteri dan ibu di dalam sebuah institusi kekeluargaan.
Walaupun seseorang wanita sibuk dengan kerjaya mahupun sebagai suri rumah namun mereka mampu menceriakan hidup dan memberikan kebahagiaan dengan membeli belah secara online. Tak perlu fikir kesesakan lalu lintas dan kengkangan lain dengan platform LazBeauty.
Ads
Wanita Bijak Seimbangkan Kerjaya, Keluarga dan Kecantikan
Aktres cantik jelita, Nora Danish yang juga merupakan duta Lazada merupakan idola ramai wanita di luar sana. Kejelitaan dan kejayaannya boleh dicontohi ramai wanita. Bukan saja memiliki kulit yang cantik, putih dan mulus malah wanita ini juga cukup bergaya. Walau usianya sudah mencecah 40an namun dia tetap sebagai idola fesyen wanita di luar sana.
Malah figura kesayangan ramai ini bukan saja bergelar pelakon tetapi juga bergelar usahawan. Dek kerana begitu menjaga personaliti dalam kecantikan, Nora juga telah membuka sebuah salun yang diberi nama Karva Salon For Ladies by Nora Danish.
Sebenarnya bukan mudah untuk bergelar seorang wanita yang berjaya. Perlu seimbangkan antara kerjaya dan keluarga di samping menjaga penampilan diri seperti Nora Danish.
Walau sesibuk mana sebagai seorang wanita, anda juga wajib untuk jalankan tanggungjawab untuk diri sendiri. Gunakanlah kata-kata yang positif pada diri sendiri, “Tahniah kerana menjalani hari ini dengan baik. You’re strong, you’re doing good.”
Ads
Bukan itu saja, kita juga boleh buat perkara-perkara yang mendatangkan keseronokan dan memberikan kepuasan dan ganjaran kepada diri sendiri. Paling penting adalah menghargai diri dengan mementingkan penampilan dan kecantikan luar dan dalam diri.
Tingkatkan Gaya Anda dengan LazBeauty
Bukannya susah anda untuk berdandan dan lakukan keajaiban pada diri dengan LazBeauty sebagai teman baik. Sejak Lazada Malaysia perkenalkan LazBeauty Club banyak ganjaran yang boleh diraih. Anda juga boleh nikmati ribuan pilihan menawan produk solekan dan temui trend terkini serta nikmati tawaran eksklusif di LazBeauty.
LazBeauty memberikan akses kepada para wanita mencuba pelbagai produk kecantikan.
Terdapat pelbagai set eksklusif produk solekan dan produk penjagaan kecantikan berjenama popular seperti Maybelline, L’Oreal Paris, Garnier, L’Occitane, Nivea yang boleh didapati di harga yang berpatutan.
Ads
Tambahan pula, jangan lupa join LazLive pada 26 Februari di Fiesta Virtual LazBeauty. Fiesta tersebut akan berlangsung tanpa henti selama 12 jam secara virtual bermula pada jam 12 tengahari hingga 12 pagi dengan lebih 5,000 promosi yang tidak pernah dilihat menampilkan produk popular dari jenama-jenama ikonik.
Di samping tawaran menarik setiap jam, permainan (penonton juga boleh memenangi produk sample atau pouch eksklusif LazBeauty) serta jualan kejutan sepanjang Livestream berlangsung juga menunggu mereka yang melayari fiesta ini.
Terdapat juga aktiviti lain seperti tutorial langsung, demonstrasi produk dan soal jawab bersama selebriti terkenal, mekap artis, pendandan rambut, pakar dermatologi, dan lebih lagi di laman sosial Lazada. Para penonton bolehlah sertai strim langsung LazLive melalui aplikasi Lazada atau laman sosial Lazada di Facebook , Instagram dan Tik Tok
Bagi wanita di luar sana yang mahu secantik Nora Danish anda boleh layari platform LazBeauty. Semuanya serba lengkap! Paling ‘best’, LazBeauty menawarkan pelbagai baucar harian ekslusif dan harga istimewa untuk ahli mereka! Untuk ahli baru LazBeauty anda boleh menikmati tambahan baucar RM5!
Jadi jom mendaftar sebagai ahli Kelab LazBeauty sekarang! Cuma perlu buka saja aplikasi Lazada dan tap di https://lzd.co/LazBeautySpecialMY (LazBeauty). Selepas mendaftar sebagai ahli baharu pengguna akan dapat akses kepada pelbagai jenis produk kecantikan, tawaran, diskaun dan penjimatan terluas di rantau ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Permulaan tahun baharu menyaksikan Samsung memperkenalkan peranti pintar kelas perdana baharu mereka iaitu generasi Galaxy S24 yang dilengkapi dengan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI).
Teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) yang dulunya hanya diimaginasikan dalam filem barat kini sudah pun berada di alam nyata. Malah sejak setahun yang lalu ia semakin diguna pakai untuk memudahkan pelbagai aspek kehidupan.
Peranti untuk kelas Galaxy S24 Ultra dibina menerusi binaan titanium sekali gus menjadikan peranti berkenaan lebih ringan serta tahan lasak.
Pengenalan kefungsian AI berkenaan menjadikan Samsung S24 adalah peranti pintar pertama yang melakukan integrasi penuh untuk AI serta ia memudahkan pengguna sama ada untuk melakukan carian gambar atau terjemahan masa nyata. Menerusi pengenalan generasi baharu berkenaan, siri Galaxy S24 didatangkan dengan tiga variasi iaitu Galaxy S24, S24+ dan S24 Ultra.
Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics, TM Roh berkata, AI memperkasa hampir setiap pengalaman dalam siri Galaxy S24, daripada membolehkan komunikasi tanpa batasan menerusi terjemahan teks dan panggilan secara pintar kepada memaksimumkan kebebasan kreatif dengan kefungsian ProVisual Engine Galaxy dan menetapkan standard baharu untuk carian di atas talian yang akan mengubah cara pengguna Galaxy menjelajahi dunia di sekeliling mereka.
“Siri Galaxy S24 mengubah cara kami berhubung dengan dunia dan menyemarakkan inovasi mudah alih untuk dekad seterusnya.
“Galaxy AI dibina atas warisan inovasi dan pemahaman kami yang mendalam terhadap cara orang menggunakan telefon mereka. Kami bersemangat untuk melihat bagaimana pengguna kami di seluruh dunia memperkasakan kehidupan seharian mereka dengan Galaxy AI untuk mengorak kemungkinan baharu,” katanya.
Menyentuh soal spesifikasi untuk Galaxy S24 Ultra, skrin peranti ini didatangkan dengan saiz skrin 6.8 inci dengan skrin paparan Dynamic LTPO AMOLED 2X bersama kadar segar semula 120Hz serta kecerahan 2600 nits.
Peranti Galaxy S24 Ultra ini masih mengekalkan tetapan empat lensa dengan keupayaan sensor 200 megapiksel (MP) sebagai lensa utama untuk merakam gambar jelas serta terperinci.
Antara ciri-ciri lain Peranti Galaxy S24 Ultra termasuklah:
Lensa kedua berkeupayaan untuk 50MP dengan periskop telefoto bersama-sama dengan 10MP telefoto dan 12MP sudut ultra lebar.
Berkeupayaan untuk merakam video 8K dengan kadar bingkai sesaat (FPS) 24 atau 30 manakala untuk rakaman 4K adalah 30 hingga 120FPS.
Kapasiti bateri pula 5,000mAh dengan pengecas pantas 45W, 15W pengecas tanpa wayar dan 4.5W pengecas tanpa wayar berbalik.
Tanda harga untuk Galaxy S24 Ultra dengan storan 256GB bermula RM6,299, Galaxy S24+ (RM4,899) dan Galaxy S24 berharga RM4,099.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pastinya ibu-ibu pernah melalui saat kesukaran untuk memilih susu terbaik untuk anak mereka. Ditambah pula sekiranya anak-anak kurang menggemari susu tanpa perisa, makin sukar ibu untuk membuat pilihan memastikan anak-anak mendapat bekalan nutrien yang secukupnya untuk menyokong perkembangan otak dan tumbesaran Si Manja.
Ibu-ibu usah bimbang lagi!. Kini, Dugro Madu dengan resipi baharu lebih sedap dan memikat! Dugro Madu mempunyai rasa yang lazat, sesuai dengan cita rasa kanak-kanak. Ini memberi ketenangan kepada ibu bapa apabila Si Manja menikmati susu yang bukan sahaja lazat, tetapi juga berkhasiat.
Dengan aroma Madu yang lebih harum dan formulasi yang lebih berkrim, Dugro madu menjadi pilihan terbaik untuk Si Manja yang cerewet dengan rasa susu, menjadikan waktu makan lebih dinanti-nantikan.
Dugro Madu dengan Zat Besi Aktif
*1/3 kanak-kanak di Malaysia berisiko menghidap Anemia. Kekurangan Zat Besi (IDA) merupakan penyebab anemia yang paling kerap terjadi. Jika ibu bapa perasan anak sentiasa susah fokus atau kerap lesu, dia mungkin kekurangan Zat Besi. Namun kebanyakan kanak-kanak tidak menunjukkan apa-apa simptom IDA pada tahap awal.
Susu Dugro Zat Besi Aktif menyokong 3X Penyerapan Zat besi**, mengandungi DHA DHA dan memberi 21 vitamin & mineral untuk perkembangan 360° Si Manja. ^Berikan 3 gelas Dugro Madu sehari kepada Si Manja dengan Zat Besi Aktif untuk 100% keperluan Zat Besi.
Kombinasi pelbagai nutrien penting ini menjadikan Dugro Madu sebagai pilihan tepat ibu-ibu yang ingin memastikan Si Manja mendapat nutrien penting untuk menyokong perkembangan otak dan fizikal.
Dugro Madu dirumus melalui proses penyelidikan saintifik yang teliti, untuk memastikan setiap gelas susu yang dinikmati anak-anak mengandungi nutrisi terbaik yang menepati piawai antarabangsa.
Cubalah Resipi Dugro Madu Baharu hari ini – gabungan rasa hebat dan khasiat untuk Si Manja anda!
Berminat mendapatkan Dugro Madu Baharu?
Jangan lupa kunjungi Facebook Rasmi Dugro untuk jadual wet sampling Dugro Madu – Kini anda boleh bawa Si Manja mencubanya di kedai-kedai terpilih! Tawaran eksklusif menanti anda di dalam kedai, untuk masa terhad sahaja.
Anda juga boleh mendapatkan Dugro Madu Baharu di laman Shopee Rasmi Dugro –[https://bit.ly/3BieI0x] .
*Jalaludin MY et al. (2023). 38th Nutrition Society of Malaysia Scientific Conference, Kuala Lumpur, Malaysia.
**Dengan kombinasi optimum nisbah Vitamin C:Zat Besi antara 3 dan 4, dalam lingkungan yang disyorkan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan Zat Besi. ^3 gelas susu Dugro Madu 3 memberi 100% pengambilan zat harian Zat Besi (RNI Malaysia 2017) untuk kanak-kanak 1-3 tahun.
Mak mentua dan menantu perempuan sering kali dilanda pelbagai pergolakan dalam perhubungan. Kenapa ye? Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh mencetuskan hubungan dingin menantu-mentua ini.
Tapi, kedua belah pihak kena sentiasa berlapang dada. Misalnya mak mentua kena terima apa juga kekurangan menantu dan bimbing mereka. Menantu kena hormat mak mentua umpama ibu sendiri dan sentiasa cuba ambil hati mentua.
Mak Mentua Sendiri Kena Baik Memang kita mahukan menantu yang baik tetapi apa halnya kalau kita sendiri pun tak baik. Bagaimana hendak dikatakan baik kalau sikap kejam terhadap menantu itu bermula sejak hari pertama dia masuk ke rumah kita lagi?
Hari-hari kita menilai dia, kesalahan yang sedikit sengaja kita besar-besarkan, kebaikan yang dilakukan kita pejam mata pula. Seorang ibu mentua yang tidak baik sememangnya tidak layak mendapat anak menantu yang baik.
Terikut Sikap Mak Mentua Sebenarnya anak menantu itu sudah baik tetapi disebabkan mentuanya tidak baik, akhirnya dia menjadi tidak baik sama. Asalnya sangat menghormati orang tua, bersikap lembut dan taat, sekarang jadi kurang ajar pula. Dari mana datangnya sikap-sikap begitu? Kadang-kadang daripada emak mentua sendiri.
Dalam hendak menilai seseorang, jangan aspect seratus peratus terbaik, sebab mana ada manusia yang sempurna. Sesetengah orang hanya perlukan tunjuk ajar untuk dia faham sesuatu pada permulaannya. Apabila dia faham akan kehendak dan citarasa mentua dia akan penuhi pada hari-hari seterusnya.
Bimbing Bukan Sindiran Pedas Misalkan begini, hari pertama menantu tinggal di rumah mentua, sudah tentu dia tidak biasa dengan semua perkara yang menjadi kebiasaan di rumah mentuanya itu. Dia akan melakukan banyak kesalahan seandainya tidak diberitahu terlebih awal.
Adalah menjadi kebiasaan mengelap dahulu pinggan mangkuk selepas dibasuh sebelum menyusunnya di para. Menantu yang tidak diberitahu terlebih dahulu akan hal ini mungkin akan menyusun sahaja pinggan mangkuk itu ke para sejurus dibasuh.“Ei, emak engkau tak ajar ke lap dulu pinggan mangkuk sebelum susun?”
Kata-Kata Berbekas Di Hati Kata yang begini pasti meninggalkan kesan yang tidak enak. Lain jika anak menantu itu memang jenis tebal jiwa, dikata apapun dia tetap tersengih dan sambut dengan gurau senda. Dari situ dia belajar. Tetapi anak menantu yang sensitif akan berasa kecil hati, sedih dan juga malu, dia boleh jadi merajuk hingga takut hendak berbuat apa-apa lagi selepas itu.
Di sinilah hal yang kecil-kecil menjadi permulaan barah yang kronik beberapa bulan kemudian. Salah siapakah? Mungkin menantu bersalah sebab terlalu mudah berkecil hati tetapi mentua juga bersalah kerana mengharapkan menantu perempuan mesti serba tahu kesemuanya.
Ingat Ini! Setiap mentua sekurang-kurangnya letakkanlah tiga faktor ini dalam hendak memilih sikap terhadap menantu; i. Itu adalah jodoh anak. Apa yang tidak kita ketahui berada dalam pengetahuan ALLAH sentiasa. Jodoh seseorang bukankah sudah ditentukan? ii. Dia yang berkahwin dan itu pilihannya. Hormatilah pilihan anak supaya kehidupannya harmoni selepas itu. Jika kita terlalu menampakkan rasa benci, takut-takut bukan setakat menantu yang hilang hormat, anak sendiri pun turut pergi. iii. Hidup bukan terlalu lama. Oleh kerana tidak terlalu lama itu, bertimbang rasalah. Setiap manusia ada lebih dan kurangnya. Kita juga serupa. Barangkali orang cukup bersabar dengan sikap-sikap buruk kita selama ini, kita saja yang tidak tahu. Oleh itu, berikan restu, ia lebih baik dari menjadikan seseorang seteru (musuh).
Oleh: HM TUAH ISKANDAR al-Haj www.drtuah.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...