Rahsia Hilang Kedut Pada Tangan, Jangan Biar Muka Saja Nampak Elok

Share

Ramai wanita yang sibuk menjaga muka sampai terlupa menjaga tangan. Sudahnya muka sahaja yang cantik tapi tangan berkedut dan kering. Ramai wanita yang sibuk menjaga muka sampai terlupa menjaga tangan. Sudahnya muka sahaja yang cantik tapi tangan berkedut dan kering.

Tangan adalah anggota badan yang sering terdedah kepada cahaya matahari dan bahan kimia terutama penggunaan pencuci pinggan. Jika tidak dijaga dengan rapi, tangan akan mengalami penuaan.

Minggu ini, MW kongsikan ramuan rahsia yang membantu tangan tampak muda dan kulit menjadi halus serta cerah. Jom cuba!

Skrub Buang Sel Kulit Mati

Bahan-bahan:

2 sudu besar minyak kelapa1 titis tea tree essential oil2 sudu besar sea salt
Cara membuat:

1. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.2. Kemudian, lakukan urutan bermula dari pergelangan tangan sehingga ke hujung jari.3. Akhir sekali bilas bersih. Selepas itu, oleskan tangan dengan masker telur.

Masker Telur Cerahkan Kulit

Bahan-bahan:

1 biji telur (ambil bahagian kuning sahaja)3 titis jus lemon1 sudu kecil minyak Zaiton

Cara membuat:

1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.2. Oles pada tangan.3. Lakukan urutan, kemudian basuh tangan dengan air suam.4. Lakukan setiap malam, kulit akan kelihatan cerah dan kedutan semakin berkurangan.

Minyak Zaiton + Minyak Zaiton

Bahan-bahan:

Sedikit pudina1 sudu minyak Rosemary1 sudu minyak Zaiton

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan ini ke dalam mangkuk bersama sedikit air suam.2. Gaulkan sebati, kemudian oles pada tangan.3. Biarkan selama lima hingga 10 minit.

Air Mawar + Minyak Bunga Matahari

Bahan-bahan:

1 sudu baking soda2 sudu gula kasar1 sudu air mawar/ ros1 sudu minyak bunga matahari1 sudu vaseline2 sudu minyak zaiton

Cara membuat: 

1. Campurkan semua bahan, gaul sebati.2. Oleskan pada tangan.3. Biarkan selama 10 minit.4. Kemudian, bilas dengan air suam.5. Akhir sekali, oles tangan dengan pelembap atau losen.

Published by
Intan