Rahsia Cergas! Amal Jamu Tradisi Orang Jawa Dari Zaman Anak Dara

Share

Jamu mempunyai khasiat tersendiri bagi wanita untuk kekal awet muda,cergas,sihat dan bertenaga. Ia amalan tradisi yang diwarisi sejak turun temurun, malah ada yang mula mengamalkannya sejak dari zaman anak dara untuk kesihatan dalaman.

Jika badan mulai rasa lesu, lemah dan tak bertenaga, boleh cuba amalkan jamu tradisi orang amalan Orang Jawa yang dikongsikan oleh Puan Suhaili Ellie Mohamed Tauhid ini sebagai panduan. Menurut wanita ini, amalan tradisi minum jamu sejak zaman anak dara ini, membuatkan badan kekal cergas, kuat dan bertenaga.

Berikut perkongsian cara buat jamu yang wanita ini amalkan;

“Ni la rahsia kalau nak badan cergas. Amalan tradisi kami orang Jawa sejak dari zaman anak dara. Biasanya bila orang jumpa saya, orang tanya saya, jamu apa yang saya makan sampai “kuat” walau buat pelbagai jenis kerja dalam satu masa.”

“Ni la jamu yang mak saya ajar buat dan minum dan dari arwah nenek juga mak saya belajar. Boleh diamalkan tapi jangan selalu ya.”

Bahan Asas:

Untuk 3-5 kali minuman

2-3 biji lempuyang (yang nie wajib ada sebenarnya, tapi susah nak dapat)
2-3 ketul kunyit hidup
1 biji manjakani
3 inci Halia
1 sudu besar gula melaka
2-3 sudu asam Jawa
3 gelas air masak

Cara Membuat:

  1. Lempuyang, Halia, Kunyit Hidup tu dibersihkan dan dikisar halus dan dicampur dengan sedikit air.

2. Manakala manjakani pula dibersihkan dan dikisar kering.

3. Tapiskan kesemuanya dan masukkan ke dalam periuk.

4. Masukkan serbuk manjakani yang dah dikisar tadi, gula melaka dan asam jawa dan tambahkan air masak.

5. Masak sehingga lebih kurang 30 minit hingga 1 jam. Tapis dan sejukkan.

Sedia diminum.

*Boleh diminum bila-bila masa saja. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Tambahan:

  • Tak perlu la minum jamu ni hari-hari. Bila rasa badan tak sedap, boleh la buat dan minum. Sebulan sekali dua pun ok.
  • Saya sendiri bila rasa badan tak sedap, baru buat dan minum.
  • Bagi yang baru bersalin, elakkan dulu minum. Kalau nak minum tunggu baby dah bebas jaundis atau dah nak habis pantang atau selepas berpantang.
  • Ni amalan saya dari zaman anak dara (sejak berumur 13 tahun sehingga sekarang dah hampir nak ke 40an).

Ada orang mungkin tak serasi. Ikut keserasian badan juga ya.

Baca Lagi Disini: Cara Buat Sendiri Jamu Buang Angin, Lawaskan Perut,Atasi Keputihan, Kecutkan Peranakan & Awet Muda

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak dan wanita yang ingin menjaga kesihatan dalaman serta badan kekal cergas boleh cuba buat sendiri jamu yang dikongsikan ini.

Sumber:Suhaili Ellie Mohamed Tauhid

Published by
Suhaidah Abd Wahab