Rahsia Cantik Terkandung Dalam Surah Al Mukminun Ayat 12 Hingga 14, Ini Penjelasannya

Share

-Bercerita perihal cantik ini buat mak-mak teruja sama. Rupanya dalam surah Al Mukminun ayat 12 hingga 14 ada penjelasan berkaitan penciptaan manusia.

Nak cantik luar dan dalam, ada cara macam mana mak mak nak dapatkannya. Ini penjelasan dari Rafiza Idayu.

Rahsia Surah Al Mukminum Ayat 12-14

Hari ini nak share ilmu dalam surah Al Mukminun ayat 12 hingga 14. Seronok nak explore apabila kita kaitkan dengan sains.

Ayat 12 : Kami cipta manusia dari saripati berasal dari TANAH.
Ayat 13 : Kemudian jadikan saripati itu air mani yang disimpan di tempat yang kukuh iaitu RAHIM.
Ayat 14 : Kemudian air mani itu menjadi segumpal darah.
Segumpal darah itu menjadi segumpal daging.
Segumpal daging itu menjadi tulang belulang.
Tulang belulang itu kemudiannya disaluti daging.
Kemudia jadilah MAKHLUK.
Maha Suci Allah. Pencipta yang paling baik.

 

Penjelasannya Dari Kajian Perubatan Ibn Sina

Ada seorang doktor yang saya ikuti perkongsian beliau membantu saya memahami dan merungkai rahsia kalam Allah ini.

Inilah yang dirungkai juga dalam perubatan Ibn Sina. Kajian selama 20 tahun oleh Ibn Sina.

Semua kita maklum bahawa :
Kesemua elemen dalam tubuh kita adalah SEL.
Rambut kita sel.
Darah kita sel.
Mata kita sel.
Kuku kita sel.
Jantung kita sel.
Saluran darah pun sel juga.
Otak pun adalah sel.
Jadi, semuanya berasal dari SEL.

Dia ada proses SEL REGENERATION. Ada sel baru dan bersilih ganti dengan sel yang mati.
Sel Kulit kita selnya bertukar ganti dalam masa 28 hari.
Sel Darah kita selnya bertukar ganti dalam masa 120 hari.

Jadi, kesihatan asas tubuh badan manusia adalah memastikan SEL YANG HIDUP MESTILAH SEL YANG SIHAT, BERKUALITI TINGGI & TERBAIK.
Persoalannya? Macamana nak dapatkan sel berkualiti tinggi?
Jawapannya ada dalam ayat 12 iaitu SARIPATI BERASAL DARI TANAH.

Nanti ada yang tanya? Kena makan tanah ke nak dapatkan sel yang sihat?

Cara Nak Dapatkan Sel Yang Sihat

Inilah rahsianya.
Untuk bantu anda faham, sains hari ini menggelar air mani adalah SEL juga.
Sperma juga adalah sel.
Ovum juga adalah sel.
Dua sel ini bercantum berkembang biak sama sifatnya dengan sel yang akan multiple multiple dan membesar mengikut programming Allah Taala. Sebab Allah yang mencipta. Ini program Allah.

Asasnya adalah SEL yang sihat berkualiti tinggi mendapat sumber makanannya juga dari TANAH.

Bagaimana?

Melalui sayur yang kita makan. Buah yang kita makan. Buah sayur hidup di atas tanah.
Lembu yang makan rumput. Rumput yang ditanam atas tanah.
Ayam makan jagung. Nasi. Semua ini tanaman yang ditanam atas tanah.

Ingat tak dahulu kita belajar sains tentang PRINSIP KEABADIAN TENAGA? Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Tenaga hanya boleh dipindahkan.

Tanah ada sumber galian ==> diserap masuk nutrien dalam sayur yang ditanam atas tanah ==> manusia makan sayur dan serap nutrisi dari sayuran
Jagung ambil tenaga dari tanah ==> ayam makan jagung ==> manusia makan ayam

Kita semua tahu keperluan kita makan adalah untuk menghasilkan sel yang baru.

Manusia terdiri dari trilion sel. Sel dapat tenaga daripada apa yang kita makan. Jika kita makan makanan berkuliti tinggi, sel dapat nutrien berkualiti, badan sihat! Badan power! Badan cantik! Kulit berseri!

Jika kita makan junk food. Sendiri dah boleh faham kan.

 

Bila Badan Sakit, Ini Yang Patut Dibuat

Lagi seronok uols belajar tentang komponen dalam sel! Kita ada DNA, ada mitocondria! Ada telomere!

Siapa Janakuasa TNB tubuh badan kita? Dia ini bekalkan tenaga. Dialah MITOCONDRIA. Dalam satu sel, dianggarkan ada 10 000 mitocondria. Jika mitochondria ini lebih banyak yang mati daripada yang hidup, kita tak ada tenaga. Cepat penat.

Apa pula fungsi telomere… Ini kita sambung bab lain ye.
Jadi! Kata kuncinya ILMU. Carilah ilmu kerana kuasa ilmu itu akan buat kita jadi hebat. Jangan percaya saya tulis, gali dan buat research.

Seronok apabila kita dapat tadabur Al Quran. Ini kalam Allah. Dia macam kita baca novel, apa sebenarnya yang penulis nak sampaikan kepada pembaca. Siapa kaji dia dapat! Kalam Allah ini agak tricky untuk kita kaji dibimbangi salah enterprestasi. Semoaga kita dibukakan mata hati untuk faham kata kata daripada Maha Pencipta kita.

Al Quran adalah manual penciptaan manusia. Umpama macam Manual Kereta Honda untuk pengguna Honda. Kita tak rujuk manual kereta Merc untuk kereta Honda.

Jadi, apabila kereta Honda rosak, kita hantar ke bengkel kereta Honda. Sama juga dengan tubuh badan kita, apabila kita rosak (sakit) pertamanya kena rujuk kepada pencipta kita. Nanti dia berilah petunjuk siapa patut kita pergi. Apabila kita sakit,

Pertama solatlah taubat. Nangislah…Pencipta kita rindukan tangisan kita. Kemudian mintalah petunjuk supaya diberikan jalan keluar.

Semoga nukilan ini jadi panduan untuk mereka yang memerlukan.

Sumber/Foto : Rafiza Idayu

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer