Teruja betul bila tengok kulit wajah gadis Korea. Licin, lembut dan glowing sangat. Jarang lah nampak kulit wajah mereka berjerawat atau jeragat. Apa rahsia penjagaan kulit wajah mereka.
Mungkin ada yang kata penggunaan produk tertentu. Rupanya nak cantik macam gadis Korea ni tak perlu mahal-mahal, hanya guna dua bahan yang memang sentiasa ada kat rumah.
Antara perkongsian menarik dalam video tiktok Zuriaty Musa tentang cara nak cantik macam gadis Korea
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Harga bawang semakin mahal ni, memang kena berjimat dalam menggunakannya. Terutamanya jika mak-mak jenis yang selalu masak, masak hari-hari di rumah boleh ikut cara yang dikongsikan ini. Boleh kawal banyak mana bawang yang diperlukan, malah memudahkan dan menjimatkan masa memasak. Jadi tak perlulah nak kupas kulit bawang hari-hari, kisar je semua dengan minyak, boleh tahan 2 minggu dan tak mudah rosak mahupun berkulat.
“Cara menjimatkan penggunaan bawang yang kian mahal harganya, blend kasar siap-siap nak masak tinggal guna je. 1 blend tu boleh dapat sebekas penuh ni. Ni dah dekat 2 minggu kot hari-hari guna.”
Kredit Gambar : Shanishaiza Sabdin
Bahan Diperlukan:
3 labu bawang putih
3 biji bawang besar
minyak masak agak-agak
Cara Membuat:
Kisar kasar bawang putih dan bawang besar dengan minyak masak.
Info Ekstra!
*Boleh adjust sukatan dia kalau rasa tak cukup.
* Campur minyak sampai bawang tenggelam. Agak-agak blender tu boleh pusing.Kalau tak boleh pusing tambah air sikit-sikit.
*Bila nak guna waktu masak jangan letak minyak banyak sangat dalam kuali sebab kita dah letak minyak waktu blender benda ni kan lepas tu sudu yang nak guna ambil bawang ni seeloknya kering.
*Cara begini jimat bekas dan ruang boleh tahan 2 minggu setakat ni.
*Zaman-zaman gawat ni isteri-isteri kena pandai berjimat cermat kan. Kalau buat camni in shaa allah kurang la beli bawang dan menjimatkan duit poket suami anda.
MW: Semoga perkongsian tip dapur ini bermanfaat. Bila buat macam ni, bolehlah berjimat sebab kita boleh kawal banyak mana bawang yang di perlukan dan paling penting memudahkan waktu memasak.
Sebagai seorang pelakon menghafal setiap baris skrip bagaikan satu kemestian dalam melengkapkan watak yang dibawa. Atas ‘keazaman’ mampu menghafal setiap skrip yang diberikan, pelakon Amar Baharin,35 menyahut cabaran #AlMulkChallenge dengan menghafal surah ini sebagai pencapaian peribadi dan seorang Muslim.
“Skrip 30 episod boleh hafal takkan Al Mulk 30 ayat tak boleh.Come on Amar, u can do it. Dengan izin Allah.”
“Maaf kalau ada tersalah atau tersilap dalam sebutan atau tajwid. Sila tegur ye. Al-Mulk ayat 1-15.” ujar pelakon ini dalam posting di Instagramnya.
Sebagai seorang peminat Sheikh Mishari, lenggok bacaan hafazan Surah Almulk pelakon tersebut seperti Qari tersebut. Amar juga ada berkongsi tip cara dia tersendiri agar mudah ingat dan hafal surah Al-Mulk ini dengan membaca 5 ayat berulang dalam kereta setiap pagi.
“Saya suka mendengar hafal Surah Al Mulk di Youtube. 5 ayat berulang kali. Biasanya waktu tengah driving nak pergi shooting setiap pagi dalam kereta. Lama-lama melekat. Malam lepas maghrib semak balik kat Al Quran,” ujarnya yang berazam menghafal Surah Al-Kahfi 1-10 pula nanti.
Memang terbaik usaha suami kepada pelakon Amyra Rosli,29 ini dalam usaha memperbaiki diri dengan menghafaz ayat-ayat suci Alquran. Antara kelebihan bagi mereka yang menjadikan Surah Al-Mulk sebagai bacaan harian, di kubur kelak ia akan menjadi penghalang pengamalnya daripada diseksa.
Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli ini baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat pada 11 November lepas. Mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata Aqeef Anaqi,3 dan Ayra Arissa 9 bulan.
MW: Tahniah Amar atas usaha menghafaz Surah Al Mulk ini. Tersalah dan tersilap itu lumrah dalam belajar, yang penting usaha dalam memperbaiki sebutan, tajwid dan hafazan. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain untuk menghafaz kita suci AlQuran ini, tak mengira peringkat usia.
Pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah merupakan salah satu pengeluaran yang dibenarkan meskipun belum mencapai usia 50 tahun. Ia boleh digunakan untuk tujuan modal tambahan deposit rumah ataupun sekadar pengeluaran untuk menampung kos renovasi dan lain lain tujuan.
Namun jika ingin memohon pengeluaran ini, ia mempunyai syarat kelayakan tertentu, jumlah yang boleh dikeluarkan, dokumen yang perlu disediakan dan waktu sesuai untuk memohon.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian daripada Ahmad Humaizi Ibrahim ini sebagai panduan;
CARA PENGELUARAN KWSP UNTUK BELI RUMAH PERTAMA
“Tuan..saya nak beli rumah tapi deposit tak cukup, boleh tak nak keluarkan KWSP saya”
“Tuan..berapa banyak saya boleh keluarkan dalam KWSP akaun 2”
“Tuan jika saya takde KWSP tapi husband ade, boleh guna tak KWSP husband”
Antara persoalan yang kerap ditanya terutama dalam kalangan pembeli rumah pertama.
Beberapa kes melibatkan pengeluaran KWSP sama ada bagi tujuan modal tambahan deposit rumah ataupun sekadar pengeluaran untuk menampung kos renovasi dan lain lain tujuan.
Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah
Kebetulan hari ni, topik yang menarik dibincangkan dalam group hartanah saya adalah berkaitan dengan pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah.
Jom tengok sedikit info berkenaan pengeluaran KWSP untuk tujuan membeli rumah.
• SYARAT LAYAK MEMOHON:
– Permohonan dibuat sebelum umur 55 tahun.
– Belum pernah membuat pengeluaran bagi tujuan sama.
– Baki simpanan akaun 2 tidak kurang rm500.
– Surat Perjanjian Jual Beli (SPA)/ pembinaan telah ditandatangani tidak lebih 3 tahun daripada tarikh mohon.
– Telah lulus atau mendapat pembiayaan perumahan dari mana mana bank/ bayaran 20% telah dibuat bagi rumah bina rumah/ belian secara tunai.
– Rumah pertama telah dilupuskan -dijual, dilelong, ditukar nama kepada ahli keluarga lain atau lain lain cara jika memohon pengeluaran untuk rumah kedua.
– Kaedah bayaran secara “kredit terus” ke Akaun bank pencarum, Cek Jurubank atau makluman bayaran terus.
• JUMLAH BOLEH DIKELUARKAN
1) Pinjaman biasa (80% – 90%) Perbezaan Harga rumah dengan jumlah pinjaman yang diperoleh dan tambahan 10% dari harga rumah atau semua simpanan dalam akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah (tidak kurang rm500)
Contoh pengiraan:
Harga rumah = RM400,000
Jumlah pembiayaan = RM320,000 (80% loan)
10% harga rumah = RM40,000
Amaun kelayakan = RM400,000 – RM320,000 + RM40,000 = RM120,000
(Tak termasuk insuran / lawyer fee yang dimasukkan dalam loan)
2) Pinjaman 100% – 10% daripada harga rumah atau semua simpanan akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah (tidak kurang rm500).
3) Belian Tunai – Pengeluaran mengikut harga rumah dan tambahan 10% dari harga rumah atau semua.
• DOKUMEN DIPERLUKAN
1) Belian melalui Pemaju/ Rumah baru/ undercon
~Jika membeli secara pinjaman:
-Sale & Purchase Aggrement (SPA)
-Letter of offer housing loan
-Geran
~Jika membeli secara tunai:
–Sale & Purchase Aggrement (SPA)
-Surat pengesahan belian tunai dari pemaju.
-Geran,
-Cf
2) Belian melalui Lelongan Awam
~Jika membeli secara pinjaman:
-Surat pengistiharan jualan lelong
-Letter of offer housing loan
-Geran.
~Jika membeli secara tunai.
-Surat pengistiharan jualan lelong
-Surat pengesahan belian tunai dari Bank/ peguam bank pelelong
-Geran
3) Belian melalui Individu/ Subsale
~Jika membeli secara pinjaman:
-Sale & Purchase Aggrement (SPA)
-Geran/ Strata atas nama penjual
-Surat kebenaran dpd PBT jika hartanah ada sekatan
-Letter of offer housing loan
-jika master title, perlu pengesahan dpd pemaju mengenai butiran rumah.
~Jika membeli secara tunai.
– Sale & Purchase Aggrement (SPA)
-Surat pengesahan belian tunai dari Peguam.
-Bukti bayaran 20% dpd harga rumah.
-Geran
• BILA BOLEH MOHON
Bagi hartanah berstatus freehold, permohonan boleh dibuat sebaik SPA ditandatangani dan dimatikan setem.
~Bagi hartanah yang ada sekatan seperti rumah berstatus “leashold” permohonan hanya boleh dibuat selepas anda mendapat surat kelulusan pindahmilik daripada pihak berkuasa tempatan. Anggaran 3 bulan selepas SPA ditandatangani.
P/s: Untuk urusan dokumen yang perlu diserahkan kepada KWSP, biasanya peguam yang dilantik untuk menguruskan jual beli rumah anda akan menyiapkan kesemuanya dan anda hanya perlu datang cawangan KWSP terdekat untuk urusan selanjutnya.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan panduan, terutama bagi yang nak beli rumah pertama. Boleh bayar deposit tambahan atau tampung kos renovasi rumah pertama dengan buat pengeluaran KWSP.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.