Rahsia Cantik Dan Sihat Dengan Minuman Detoks

Share

Rahsia nak cantik sebenarnya banyak, kena cari dan amalkan. Antaranya dengan minuman detoks.

Minuman detoks diperlukan bagi anda yang ingin pembersihan toksin dalam tubuh. Minuman detoks juga berfungsi untuk membersihkan organ-organ penting di dalam tubuh dan dikatakan dapat membantu membersihkan darah.

Rahsia Diet Dengan Minuman Detoks

Selain itu, proses detoksifikasi juga penting bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Proses diet ini tidak memerlukan waktu lama, hanya sekitar sebulan, yang bertujuan untuk kesihatan diri.

Proses ini, selain untuk menurunkan berat badan, tujuan lainnya adalah memperbaiki sistem tubuh menjadi lebih baik. Minuman detoks ini boleh anda buat sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur anda.

Boleh Guna Resipi ‘Rahsia’ Sendiri

Selain itu, anda boleh olah sendiri buah-buahan dan sayuran yang anda ingin campurkan. Percayalah, selain kaya khasiat, minuman detoks juga sangat sedap jika kena caranya.

Ha…apa kata cuba dua resipi minuman detoks yang MW kongsikan ini. Selamat mencuba! Moga kalian semua lebih sihat selepas ni ye!

Detoks Beri

Bahan-bahan:

6 biji strawberi
1 biji pear – potong
1 biji epal hijau- potong
500 gram blueberi segar


25 gram kranberi segar
Sedikit air
Ais jika suka

Cara Membuat:

  1. Masukkan pear, epal hijau, strawberi dan kranberi ke dalam pengisar dan kisar hingga lumat.
  2. Tambahkan air jika terlalu pekat. Kacau sebati. Sedia diminum dan boleh tambah ais jika mahu.
  3. Minuman detoks ini tidak hanya enak, tapi memiliki efek pembersihan yang baik pada tubuh. Beri mengandung serat, mineral, vitamin dan antioksidan penyembuhan yang bermanfaat bagi kesihatan keseluruhan dari tubuh.

Minuman Detoks Pear dan Betik

Bahan-bahan:

2 biji pear hijau – potong

1 biji epal hijau – poton

1 biji lemon – perah ambil jus

75 gram betik – cencang

Ais jika suka

Cara Membuat:

  1. Kisar buah pir dan epal dan ketepikan.
  2. Perah jus lemon dan tambahkan ke dalam jus tadi. Kacau rata. Boleh tambah ais jika suka. Sedia dinikmati.
  3. Betik membantu dalam detoksifikasi tubuh kerana membantu dalam proses pencernaan dan mengubati sembelit. Anda juga boleh memasukkan buah-buahan segar lainnya dalam resipi untuk membuat minuman yang sesuai dengan selera anda.
Published by
Nurul Azwa