Bagi peminat telur dadar, boleh cuba kelainan dengan buat Telur Dadar Crispy pula. Sangat sedap, rangup dan garing, boleh dimakan begitu sahaja cicah dengan sos. Tapi nak buat telur dadar begini ada caranya yang tersendiri.Tak sama macam buat telur dadar biasa. Paling penting kena campur ais atau air sejuk dan pastikan bancuhan telur betul-betul sejuk.

Nak cuba buat telur dadar crispy sendiri boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Hafizul Hakim ini;

“Ini haa resepi telur dadar crispy!”

Telur dadar idaman ramai orang. Rasa yang rangup dan garing, sedap,lazat, krup.. bunyi masa kunyah. Rupanya ada rahsia terselit untuk buat telur dadar seperti itu. Bukan macam goreng telur dadar biasa.

Bahan-Bahan :

4 biji telur,
1 sudu besar tepung, boleh guna tepung gandum, beras atau jagung,
4 sudu air sejuk atau 2 ketul ais,
Garam/cukup rasa.

Cara Membuat:

1. Kacau telur dan semua bahan sampai sebati. Yang penting, pastikan telur ini sejuk, jangan lupa tuang 4 sudu air sejuk.

2. Panaskan minyak sampai betul-betul panas.

3. Tuang telur daripada jarak yang tinggi.

IKLAN

4. Satu bancuhan telur untuk 3-4 kali goreng sebab tidak boleh goreng sekaligus, nanti tidak jadi gebu macam dalam gambar.

Kalau saya, Thai Sos jadi pilihan untuk cicah. Perghhh!

#Nota : Kalau tak ada air sejuk dan ais, masukkan saja bancuhan telur dalam peti ais beku dalam 5 minit bagi dia betul-betul sejuk sebelum digoreng.

Sebahagian orang mesti ada yang rasa tak percaya dengan resepi ini. Tapi sebagai pencinta hidangan telur dadar maka anda patut cuba resepi ini. Itu aja, selamat mencuba!

Hafizul Hakim

Baca Lagi Di Sini: Resipi Telur Mata Sambal Hijau, Makan Confirm Ngencess Sekali!

Rupanya Begini Goreng Telur ‘Gedik’, Rangup Kat Luar Cair Di Tengah

MW: Ohh begini rupanya nak buat telur dadar crispy.Kena campur dengan air sejuk atau ais dulu. Jadi jika nak buat kelainan telur dadar, boleh ikut cara yang dikongsikan ni.

Sumber: Hafizul Hakim