Rasanya, semua mak memang suka menanam. Maam-macam cara dan baja yang digunakan untuk memastikan pokok atau tanaman subur.

Ada sesetengah tanaman itu memang mudah hidup dan merimbun. Malah, tanaman dan pokok inilah boleh membantu digunakan untuk dijadikan bahan masakan sehari-hari. Cili, daun limau purut, serai, daun pandan dan sebagainya adalah tanaman yang mesti ada kan!

Bagi mak yang jadikan hobi atau sekadar untuk memenuhkan tanah yang ada di hadapan rumah atau menanam dalam pasu, mesti menggunakan baja untuk membantu meyuburkan tanaman.

Malah, tak dinafikan ada baja yang memang kita tak tahu kandungannya sehinggakan tanaman atau pokok sefgar merimbun. Risau ia mengandungi bahan kimia. Bahaya pula nanti.

Perkongsian daripada Ummi Haziq ini boleh membantu untuk mak yang ingin pokok subur, sekaligus bebas kimia yang boleh membahayakan kesihatan keluarga.

“Di sini, saya kongsikan cara nak buat baja semulajadi buat anda yang nak berjinak menjadi ahli kebun sekangkang kera. Apa yang penting bahan yang digunakan bahan organik untuk kita tanam pokok sendiri. Bebas racun dan bahan kimia.”

Bahan-bahan:

1 kg bawang india/bawang merah
1 kg gula merah

 

IKLAN

Baca Artikel Lagi Menarik Di Sini:Petua Campuran Air Bunga Cengkih ATASI ‘Serangan’ Ulat Pada Bayam Brazil

Siram Baja Roti Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!

Caranya:
Cincang bawang merah tersebut.

Letakkan gula merah ke dalam bekas berselang seli dengan bawang dan diakhiri dengan gula merah.

Tutup bekas dengan tisu dapur dan tutup @ boleh juga ikat dengan kain (untuk pengudaraan dan juga elakkan dimasuki lalat)
Tandakan tarikh.

Selepas seminggu boleh ditapis dan diambil cairan sahaja.

*Lebihan bahan tapis boleh buang di sekeliling umbi-umbi pokok dengan jarak sejengkal dari pokok.


Cara Guna

5 ml untuk satu liter air tanpa klorin (untuk elakkan mikroorganisma mati), gunakan air hujan atau air perigi atau sungai, air cuckoo, air coway atau yang seangkatan.

Semburkan pada daun, batang dan media tanaman.

*Untuk baja bawang putih juga gunakan kaedah yang sama.
*Untuk baja bawang merah membantu menggalakkan pertumbuhan akar
*Bagi baja bawang putih untuk kawalan serangga secara organik.

MW: Ada banyak cara nak pastikan tanaman mak-mak ni hidup subur. Mudah sangat. Syok, bila dah subur, main petik je kan untuk memasak.

Sumber: Ummi Haziq