Bawang kisar atau bawang mesin biasanya tidak tahan lama. Lebih buruk lagi apabila bawang yang dikisar bertukar menjadi warna ungu. Mak-mak buat bawang mesin untuk memudahkan kerja memasak di dapur, tetapi lain pula jadinya.
Bawang kisar merupakan bahan dapur yang memudahkan kerja-kerja memasak. Nak buat kuah, tumis, atau masak apa-apa pun, bawang kisar ini adalah penyelamat. Senang nak dapatkan aroma dan rasa yang sedap. Sebab itulah stok bawang
kisar mesti selalu ada di dapur.Baca artikel lain di sini: 3 Bahan Dapur Ini Boleh Jadikan Baja 2 In 1 Untuk Orkid ‘Malas’ Berbunga
Terlangkupkan Periuk Atas Dapur, PETUA Orang Dulu-Dulu Elak Nasi Cepat Basi!
Jom kita ikuti tip seperti yang dikongsi oleh Zahiruddin Al Amin Zainuddin ini. Menurutnya, bawang mesin yang dibuat mengikut tip ini boleh bertahan sehingga 1-2 bulan dan boleh juga diletakkan dalam freezer untuk lebih lama tahan.
Oh ya, ibu-ibu jangan risau. Bawang mesin ini warna dia tetap bersinar-sinar.
Bahan-bahan:
1. Bawang holland
2. Minyak masak
*selepas kisar, masukkan dalam bekas dan tambah lagi minyak masak secukupnya.
Jangan pakai air biasa, nanti bawang akan bertukar warna dan tidak boleh tahan lama.
Kredit petua: Zahiruddin Al Amin Zainuddin via FB MAHN