Isi Kandungan
ToggleBawang kisar atau bawang mesin biasanya tidak tahan lama. Lebih buruk lagi apabila bawang yang dikisar bertukar menjadi warna ungu. Mak-mak buat bawang mesin untuk memudahkan kerja memasak di dapur, tetapi lain pula jadinya.
Bawang kisar merupakan bahan dapur yang memudahkan kerja-kerja memasak. Nak buat kuah, tumis, atau masak apa-apa pun, bawang kisar ini adalah penyelamat. Senang nak dapatkan aroma dan rasa yang sedap. Sebab itulah stok bawang kisar mesti selalu ada di dapur.
Baca artikel lain di sini: 3 Bahan Dapur Ini Boleh Jadikan Baja 2 In 1 Untuk Orkid ‘Malas’ Berbunga
Terlangkupkan Periuk Atas Dapur, PETUA Orang Dulu-Dulu Elak Nasi Cepat Basi!
Rahsia Bawang Kisar Tahan Lama Hingga 2 Bulan
Jom kita ikuti tip seperti yang dikongsi oleh Zahiruddin Al Amin Zainuddin ini. Menurutnya, bawang mesin yang dibuat mengikut tip ini boleh bertahan sehingga 1-2 bulan dan boleh juga diletakkan dalam freezer untuk lebih lama tahan.
Oh ya, ibu-ibu jangan risau. Bawang mesin ini warna dia tetap bersinar-sinar.
Ini Tip Yang Boleh Dipraktikkan
Bahan-bahan:
1. Bawang holland
2. Minyak masak
*selepas kisar, masukkan dalam bekas dan tambah lagi minyak masak secukupnya.
Jangan pakai air biasa, nanti bawang akan bertukar warna dan tidak boleh tahan lama.
Kredit petua: Zahiruddin Al Amin Zainuddin via FB MAHN
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi ‘ROTI BOY’ Senang Guna Sukatan Cawan, Aroma Kopi Rasa Lemak Manis!
Isi Kandungan
ToggleJika suka makan ‘Roti Boy’ mak-mak boleh buat sendiri di rumah. Memang sedap semerbak bau kopi dan rasanya pula lemak-lemak manis. Nak buat pun mudah, guna sukatan cawan je, tak perlu nak timbang guna alat penimbang. Sesuai buat untuk minum petang untuk keluarga.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Ida Zaida
Biasanya kalau pergi ke mall, mesti akan beli roti ni. Maklumlah dari jauh lagi memang dah hidu bau semerbak aroma kopi yang wangi sungguh. Kali ni cuba buat sendiri, memang gebu, guna sukatan cawan je senang.
Resepi Roti Boy
Bahan-Bahan:
Bahan A:
1/4 cawan Air sejuk
2 sudu yis
1 sudu gula
1 sudu susu pekat (saya guna susu tepung anak je 2 sudu)
2 cawan tepung
1 biji telur kuning
1 sudu butter
Bahan-Bahan Nescafe (Topping):
Bahan B:
1 sudu butter
4 sudu gula perang (bergantung nak banyak mana)
1 biji telur
Air bancuhan nescafe(saya guna 3in1)
2 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
Cara Membuat (Doh Roti):
1. Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk. Uli sampai sebati. Saya uli dengan mixer sekejap je dah gebu) nak uli dengan tangan pun boleh.
2. Bentukkan doh bulat-bulat, bubuh sedikit potongan butter berserta sedikit gula (bagi rasa lemak-lemak manis).
3. Bila doh dah mengembang elok. Letak topping barulah dibakar.
4. Bakar suhu 170 selama 20 minit hingga masak (mengikut oven masing-masing.
(Bahagian topping)
Satukan semua bahan B bersama air bancuhan nescafe (2 sudu nescafe+2 sudu air panas) kalau guna nescafe 3in1 1 paket,tanpa perlu dibancuh dengan air, masukkan je terus. Kacau rata sampai sebati dan boleh letak atas roti dan bakar.
Siap! Selamat Mencuba.
Mesti Baca:DONUT,CAKOI,PAU, Resipi Mudah Satu Adunan Dapat 3 Jenis Kuih!
Baca Lagi Di Sini:Resipi ROTI SIRO KELATE Simple, Letak Dalam Peti Sejuk Lagi Sedap!
Artikel Menarik:Datuk Azizulhasni Kongsi Cara Mudah Buat ‘ROTI PAUNG Sekganu’
Mingguan Wanita:Menarik resipi Roti Boy ni. Memang semerbak bau kopi, rasanya pula lemak-lemak manis. Boleh cuba buat sendiri di rumah. Sedap makan panas-panas, roti baru lepas dibakar.
Sumber: Ida Zaida
Follow kami
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Idea Masak-Masak Hujung Minggu
Tengah hari, cuti hari minggu. Bagi ibu-ibu yang berkarier inilah masanya untuk memasak meal istimewa untuk keluarga dan anak-anak. Sebelum tiba hari minggu, Jumaat tu pastinya hari merancang apa menu yang nak dimasak yang pastinya menarik untuk anak-anak dan suami makan. MW ada beberapa cadangan menu yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk membeli bahan-bahannya.
Ikan Patin Masak Tempoyak
Bahan-bahan :
- Seekor ikan patin bersaiz sederhana } dipotong
- Sebatang lada besar } dikisar
- 19 biji cili api (bergantung kepada saiz dan tahap kepedasan, dikisar)
- 2 inci kunyit hidup } dikisar
- sebatang bunga kantan } belah dua
- 4 tangkai daun kesum
- 2 biji terung hijau } potong empat
- 2 keping asam keping
- 2 sudu besar tempoyak
- garam kasar secukupnya
- air secukupnya
Cara membuatnya :
- Gaulkan semua bahan kisar bersama tempoyak
- Lumurkan ke badan ikan.
- Dalam periuk, masukkan air, asam keping, garam kasar, terung, bunga kantan dan daun kesum.
- Masak di atas api sederhana sehingga kuah menggelegak. Masukkan ikan dan masak seketika, angkat. Sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.
Sotong Masak Kalio
Bahan-bahannya :
- 5 ekor sotong – bersihkan
- 9 biji bawang merah – dikisar
- 3 ulas bawang putih – dikisar
- 1/2 inci halia – dikisar
- 1/2 inci lengkuas – dikisar
- sebatang cili merah – dikisar
- 2 batang serai } diketuk
- 2 sudu besar cili kisar
- sebiji buah keras } tumbuk lumat
- 3 helai daun limau purut
- sehelai daun kunyit
- sekeping asam keping
- 1 kiub ayam
- secawan santan pekat
- garam dan gula secukupnya
Cara-caranya :
- Masak bahan yang dikisar di atas api yang perlahan sehingga kering.
- Masukkan sedikit air dan kacau supaya bahan kisar betul-betul masak.
- Masukkan santan, garam, gula, asam keping, daun kunyit, daun limau purut dan kiub ayam.
- Masukkan sotong dan kacau buat seketika. Keluarkan sotong setelah separuh masak, keringkan kuah sehingga pecah minyak.
- Masukkan semula sotong, keringkan sedikit dan tutup api.
Sambal Udang Petai
Bahan-bahannya :
- Udang bersaiz sederhana sekitar 20 ekor
- sebiji bawang merah besar, dihiris kasar
- dua papan petai (diambil isinya, bersihkan kemudian celur sekitar 10 minit)
- secawan cili kisar
- 1/4 cawan jus asam jawa
- garam dan gula secukupnya
- sedikit air
Bahan-bahan dikisar :
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci belacan
Cara-cara membuatnya :
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar terlebih dahulu diikuti dengan cili kisar. Pastikan cili kisar dimasak sehingga pecah minyak dan gunakan api kecil.
- Masukkan air asam jawa, kacau rata diikuti air secukupnya.
- Kemudian masukkan petai yang telah dicelur. Seterusnya masukkan udang, bawang besar, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan seketika. Tutup api, siap untuk dihidangkan.
Sambal Tempoyak Bilis Petai
Bahan-bahannya :
- 2 genggam ikan bilis yang dibersihkan
- sehelai daun kunyit
- 3 sudu besar tempoyak
- Sebatang serai yang diketuk
- sesudu kecil cili kisar
- seinci kunyit hidup dikisar
- petai secukupnya
- garam secukupnya
Cara penyediaannya :
- Masukkan tempoyak, kunyit yang dikisar, cili kisar, garam, petai, ikan bilis di dalam kuali.
- Dengan api yang perlahan masak kesemua bahan tadi sehingga naik bau.Sebelum tutup api, masukkan daun kunyit yang diracik halus ke dalamnya. Siap untuk dinikmati bersama nasi putih dan lauk tambahan lain.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi CREPES Mudah Makan Sekeping Tak Cukup, Kacau Guna Whisk Sahaja!
Isi Kandungan
ToggleCrepes memang sedap, apatah lagi kulitnya yang garing di saluti pelbagai topping. Nak beli memang agak mahal, selalunya memang tak cukup makan sekeping je. Nak puas hati dan jimat berbaloi, boleh buat sendiri je di rumah. Sesuai dihidangkan untuk minum petang, anak-anak pun mesti suka.
Boleh cuba resipi Crepes mudah yang dikongsikan oleh Puan Umi Watie ini sebagai rujukan;
Dulu kalau ke pasaraya mesti singgah stall Hot and Rolls. Rangup-rangup dengan aneka filling. Memang syok oi. Krup krap krup krap gituh. Sekeping tak cukup, rasa nak berkeping-keping. Buat sendiri lebih jimat.
Hari ini kakchik nak share resepi crepes. Nak buat pun tak susah mana, anak-anak mesti suka. Anak kakchik makan sekeping tak cukup. Masing-masing nak crepes filling pilihan sendiri.
Jom kita start
Bahan-Bahan:
1 sdm tepung gandum
2 sdm tepung jagung
4 sdm tepung beras
2 sdm gula
1 biji telur
250 ml susu cair
1 sdt baking powder
½ sdt esen vanila
Secubit garam
Filling ikut citarasa/ pilihan
Keju parut
Coklat urai
Sos spagetti
Oreo
Cara Membuat:
1.Gunakan sudu metrik ya.
2.Semua masukkan dalam bekas kecuali susu cair.
3.Kemudian, masukkan esen vanila dan susu cair ye.
4.Kacau guna whisk sahaja. Mudahkan? Perap selama 30 minit macam itu.
5. Kakchik gunakan kuali anti lekat. Bubuh sesenduk kecil, lenggangkan kuali sampai rata.
6.Bila nampak bahagian tepi garing, bubuh filling kegemaran. Yang ini kakchik bubuh cheese dan coklat urai.
7.Ini kakchik bubuh inti oreo dan cheese.
8.Ini inti kegemaran semua. Kakchik bubuh sos spageti dan taburkan cheese. Macam makan pizza uiii.
9.Yang ini inti nestum, cheese dan chocolate rice.
10.Lipat segi tiga bila semua bahagian crepe garing.
Pakat berebut adik kakak uiii. Jimat duit mak uiii. Rangup, mudah, sedap ishhh puas hati betul.
Puas hati uiii. Seorang boleh makan berkeping keping. Mudah dan jimat. Esok boleh buat lagi.
Minum petang yang krup krap krup krap. Mantul habis. Makan sambil menonton movie pun layan. Jajan mudah dari dapur umi untuk anak-anak.
Ok last gambar. Dari berkeping-keping. Ini saja yang sempat ambil gambar. Ok lah kan? Jom kita minum dulu.
Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
First Time Buat Waffle Sendiri Dekat Rumah, Rupanya Mudah Je!
Diana Amir Kongsi Resipi Pancake Simple Tapi Sedap! Dah Jadi Menu Breakfast Wajib Setiap Hari
MW: Mudah rupanya nak buat resipi Crepes ni kacau guna whisk je, dan memang sedap tak cukup makan sekeping. Boleh letak macam-macam topping, memang puas hati buat sendiri di rumah. Jimat berbaloi.
Sumber: Umi Watie
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI