anak menantu

Ramai yang bermasalah dengan anak menantu yang buat hal hingga mengganggu gugat keheningan keluarga. Nak campur tangan macam tak kena, tak campur tangan, kita dan anak kita yang merana. Cuba semak hal berikut, siapa tahu ada terkena atau hampir-hampir nak mengena pada kita…

1. Anak menantu perempuan yang tinggal serumah

Memanglah awal perkahwinan kita ajak menantu perempuan tinggal dengan kita. Maklum rumah kita tu banyak bilik daripada orang. Tambah lagi anak lelaki kita tu anak kesayangan. Buah hati kita yang dah jadi buah hati orang. Takut terpisah jauh, kita pun minta anak menantu tinggal dengan kita. Dapat juga bantu-bantu mana patut tentang urusan rumah.

Awal-awal tu cantiklah dia melakukan tugasan umpama isteri mithali; mengemas, memasak dan membasuh serta melipat kain. Lama-lama kita tengok, dah berubah jadi ular sawa. Bangun pukul 10 pagi, muka basi-basi tanya ada sarapan tak. Kita yang bangun jam 6 pagi solat subuh, masak dan menguruskan kerja rumah. Berbulu mata dan telinga tengok dia tersadai depan TV, gelak-gelak dengan anak kita.

Pukul 12 tengah hari, beritahu nak keluar dengan suami dia, anak kitalah… Hah! Cik Jah, balik pukul 10 malam, tengok wayang, bersiar-siar dan pelbagai aktiviti mereka buat, balik terus tidur. Kita ingatkan seminggu dua aja perangai dia. Rupanya tak, tiap-tiap minggu macam itu. Dahlah hari mereka bekerja, kita yang mengurus makan minum mereka. Ini hujung minggu juga kita tak berehat menguruskan rumah tangga.

Ads

Akhirnya kerana dah sakit hati dan sakit mata, kita tegur baik-baik pada anak kita. Minta dia tegur bini dia. Entah macam mana anak kita tegur dia, tut-tut… hah! macam tairu masam muka menantu kita tengok. Dia ingat kita ni hairan dan takut tengok muka dia masam mencuka. Memang tak hairan langsung, nak bagi lagi adalah. Menantu syok sendiri, tak pandai bawa diri dalam keluarga mentua. Sekali kita dan suami cakap ‘focus and straight to the point’ baru dia sedar diri.

2. Jangan mudah mengambil alih tugasan jaga cucu

Biar anak menantu belajar susah senang menjaga anak sendiri. Ini tak, bila cucu lahir saja, kita yang baik hati memanjang ‘offer’ diri.

Ads

“Tak pe, biar mak jaga cucu mak ni, kau orang jangan bimbang. Gi lah kerja ya…”

Hah! mula-mula tu seronok layan cucu. Segalanya kita buat; bangun malam, tukar lampin, susu dan pelbagai tugas. Dalam usia Midi dan Maxi, kudrat sudahlah tidak sekuat dulu digagahkan menjaga cucu. Kesian Cik Ton saya tengok nenek jaga cucu, solat pun pakai celam celum aja. Kadang-kadang tu ambil yang wajib aja, nak zikir lepas sembahyang… jangan harap.

Sempat baca 1 KUL aja, cucu meraung menangis masa tengah solat. Sepatutnya usia Midi adalah usia untuk berehat dan beribadat tapi terpenuh masa menjaga cucu. Bukan tak boleh jaga tapi berpatutanlah. Masa anak menantu pergi kursus ke atau bercuti ke, sekali sekala bolehlah jaga cucu.

Ads

3. Menantu tidak pandai beri perhatian, penghargaan pada mentua

Ini juga menjadikan mentua sakit jiwa. Kalau menantu yang tak tinggal serumah tu, datang rumah kita sekali sekala bukannya pandai nak bawa buah tangan atau apa. Dahlah datang tangan kosong, duduk meja makan, makan dan basuh tangan lepas tu duduk SMS depan TV. Mentua mana tak sakit hati. Kitalah memasak, kitalah mengemas, semua kita. Ada menantu perempuan tak boleh harap. Memang semua orang cakap, sabar….sabar… ingat nama kita Sabariah ke? Sabar pun ada hadnya juga.

4. Menantu mengongkong anak kita

Apa anak kita buat, nak bagi duit pada kita maknya pun dia mengawal, mengintip dan membebel. Kesian anak kita, nak berbakti dengan mak dia pun dicurigai oleh isteri sendiri. Kalau kita ikutkan hati yang panas, hendak aja kita bahasakan menantu yang tak tahu bahasa tu.

“Mak ni yang melahirkan, membesarkan, berkorban peluh air mata, mengahwinkan dia, dengan harapan menantu mak tahu berbudi dengan mentua dan jaga anak mak.

Ini tidak, berkasar bahasa dan tak tau menjaga hati mentua.” Kalau ada hasrat nak cakap begitu pada menantu, cakap. Jangan simpan dalam hati, nanti sakit hati, merajuk hati dan akhirnya mati akal nanti.

Kepada semua mentua, selamat berbahagia bersama anak menantu ya!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI