Qari OKU Malaysia Dinobat Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa, Pecah Rekod 47 Tahun

Share

Qari Oku Malaysia dinobat juara tilawah Al-Quran antarabangsa, pecah rekod 47 tahun sejak mula diperkenalkan 1947. Matanya tertutup namun hatinya sangat terang. Inilah kelebihan Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, yang malam tadi dinobatkan sebagai johan tilawah kategori masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63, semalam dengan markah 94.96 peratus.

Johan qariah disandang oleh peserta dari  Maghribi iaitu  Sara Belmamoun yang memperoleh 93.05 peratus, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai, hadiah iringan serta sijil.

Qari OKU Malaysia Dinobat Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa

Menariknya tentang johan qari antarabangsa ini, sejak kecil ibu dan ayahnya sering memperdengarkan kepadanya cakera padat alunan ayat al-Quran hingga hatinya menjadi terang dengan kalimah ini.

”Sejak kecil, Muhammad Qayyim Nizar memiliki minat yang sangat mendalam terhadap Al-Quran sejak kecil bermula dengan mendengar kaset dan cakera padat (CD) yang dibelikan oleh ibunya, Rozan Mohamed dan ayahnya, Sarimi Yusoff.

Bahkan dirinya merupakan Johan Qari Peringkat Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan pada tahun 2017, 2019 dan 2020 tiga tahun lamanya.

Lebih menarik, Qayyim turut memiliki anugerah luar biasa apabila  menguasai 7 jenis tarannum iaitu Bayati, Soba, Hijjaz, Nahawand, Rast, Sikah dan Jiharkah.

Pecah Rekod 47 Tahun

Memiliki ijazah  Sarjana Muda Tahfiz dengan Pengurusan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa sultan Ismail Petra (KIAS), anak muda berusia 25 tahun berasal dari Ketereh Kelantan ini menjadikan beliau OKU pertama yang dinobatkan Johan sejak Majlis Tilawah diperkenalkan pada tahun 1947.

Majlis tilawah yang berakhir malam tadi disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan menyampaikan hadiah kategori qari, manakala Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, bagi kategori qariah.

turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar; dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

MTHQA Ke-63 yang bertema ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’, membariskan seramai 20 hakim dari pelbagai negara, termasuk Malaysia, Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Indonesia.

Sementara bagi kategori hafazan, ia dimenangi oleh Omar Toure yang mewakili Guinea menjuarai kategori hafazan lelaki dengan markah 98.63 peratus, dan Tebani Cheyma Enfal mewakili Algeria pula memenangi kategori hafazan wanita dengan markah 96.32 peratus. Mereka turut menerima hadiah wang tunai, hadiah iringan dan sijil.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Qariah Termuda (MTHQA) Nor Farhatul Fairuzah Nak Bawa Ibu Tunai Umrah

Pertama Kali Alunan Merdu Ayat Al-Quran Berkumandang Ketika Upacara Pembukaan PIALA DUNIA

Mengaji Marathon 2023 Buktikan Bahawa Golongan Muda Mencintai Al-Quran

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

23 Tahun Kahwin, Baru Merasa Rezeki Dapat Anak Pertama
Eksklusif: Lepas 23 tahun kahwin baharu dapat anak. Temubual dengan pasangan suami isteri yang diberi rezeki anak pertama selepas 23 tahun berkahwin.
“Jangan salahkan pasangan dan cari orang lain hanya kerana tiada anak. Mungkin, bila ada anak, masalah lain pula timbul.”

.

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros