Qari Oku Malaysia dinobat juara tilawah Al-Quran antarabangsa, pecah rekod 47 tahun sejak mula diperkenalkan 1947. Matanya tertutup namun hatinya sangat terang. Inilah kelebihan Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, yang malam tadi dinobatkan sebagai johan tilawah kategori masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63, semalam dengan markah 94.96 peratus.
Johan qariah disandang oleh peserta dari Maghribi iaitu Sara Belmamoun yang memperoleh 93.05 peratus, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai, hadiah iringan serta sijil.
Qari OKU Malaysia Dinobat Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa
Menariknya tentang johan qari antarabangsa ini, sejak kecil ibu dan ayahnya sering memperdengarkan kepadanya cakera padat alunan ayat al-Quran hingga hatinya menjadi terang dengan kalimah ini.
”Sejak kecil, Muhammad Qayyim Nizar memiliki minat yang sangat mendalam terhadap Al-Quran sejak kecil bermula dengan mendengar kaset dan cakera padat (CD) yang dibelikan oleh ibunya, Rozan Mohamed dan ayahnya, Sarimi Yusoff.
Bahkan dirinya merupakan Johan Qari Peringkat Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan pada tahun 2017, 2019 dan 2020 tiga tahun lamanya.
Lebih menarik, Qayyim turut memiliki anugerah luar biasa apabila menguasai 7 jenis tarannum iaitu Bayati, Soba, Hijjaz, Nahawand, Rast, Sikah dan Jiharkah.
Ads
Pecah Rekod 47 Tahun
Memiliki ijazah Sarjana Muda Tahfiz dengan Pengurusan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa sultan Ismail Petra (KIAS), anak muda berusia 25 tahun berasal dari Ketereh Kelantan ini menjadikan beliau OKU pertama yang dinobatkan Johan sejak Majlis Tilawah diperkenalkan pada tahun 1947.
Majlis tilawah yang berakhir malam tadi disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan menyampaikan hadiah kategori qari, manakala Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, bagi kategori qariah.
turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar; dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
MTHQA Ke-63 yang bertema ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’, membariskan seramai 20 hakim dari pelbagai negara, termasuk Malaysia, Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Indonesia.
Ads
Sementara bagi kategori hafazan, ia dimenangi oleh Omar Toure yang mewakili Guinea menjuarai kategori hafazan lelaki dengan markah 98.63 peratus, dan Tebani Cheyma Enfal mewakili Algeria pula memenangi kategori hafazan wanita dengan markah 96.32 peratus. Mereka turut menerima hadiah wang tunai, hadiah iringan dan sijil.
Memang seronok bila berpeluang hamil dan memiliki anak kembar. Tak kira lah kembar seiras ke tak seiras ke, rasa comel je kan.Ramai pasangan suami isteri sebenarnya yang impikan rezeki untuk mempunyai anak kembar ni.
Dapat anak kembar memang satu rezeki, namun apabila berpeluang dapat anak kembar buat kali kedua pada kehamilan seterusnya dan bersalin pada tarikh yang sama memang kegembiraan berganda yang tak semua pasangan berpeluang memilikinya.
Tarikh Kelahiran Kembar Sama
Sejarah berulang apabila suami isteri sekali lagi dikurniakan anak kembar menerusi pembedahan kecemasan C-Section.Daily Mail melaporkan, lebih menarik perhatian apabila tarikh kelahiran itu sama dengan anak kembar tak seiras mereka sebelum ini, Lexie dan Lola yang kini berusian 5 tahun yang juga dilahirkan pada sambutan Hari Kekasih iaitu pada 14 Februari.
Anak kembar pertama, Lexie dan Lola
Menurut laporan The Sun, bayi diberi nama itu lahir lapan minggu lebih awal, daripada tarikh dijadualkan iaitu pada 7 April depan.
Ibu bayi kembar itu, Joanna Grogory, 40, berkata, dia tidak sangka gurauannya dengan suami, Chris Lovell, 40, untuk meraikan ulang tahun kelahiran empat anak mereka sempena Hari Kekasih menjadi kenyataan.
Anak kembar kedua Ava dan Ella dilahirkan 8 minggu lebih awal.
Keajaiban Bermakna
Kembar itu terpaksa berpisah buat sementara waktu kerana salah seorangnya, Ella ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di sebuah hospital berikutan berat badannya yang terlalu ringan.
Namun, mereka kembali disatukan hujung minggu lalu selepas beransur stabil dan sedia dibawa pulang ke rumah.
“Kelahiran kali ini amat bermakna, malah seperti satu keajaiban buat saya dan suami.
“Cuma, saya berasa agak sedih kerana tidak dapat mendukung dan memegang mereka selama tiga hari, sebaliknya hanya dapat menatap mereka.
“Ikutkan, saiz Lola dan Lexie kecil ketika dilahirkan tetapi Ella dan Ava lebih ringan daripada mereka berdua,” katanya.
Sementara itu, Chris berkata, dia tidak menyangka akan dikurniakan lagi anak kembar selepas lima tahun dan sangat teruja dengan kelahiran itu.
Nah, resepi poket doraemon ini menu petang paling sesuai untuk anak-anak. Apa yang best, mak-mak boleh tukar intinya ikut apa yang anak suka.
Tetapi kalau nak ikut resepi Puan Yatie Yatie Su Yatie ini pun boleh, guna ayam dan letak sos. Fuh, merecik! Nak jual pun laku ni…
Ini resepi poket doraemon
2 keping roti di gelek nipis
Potong roti tersebut ikut saiz penutup balang saiz kecil
Celupkan roti ke dalam telur dan lumurkan dengan serbuk roti
Goreng roti dengan minyak panas
Gunting 2 roti tadi
Letakkan inti yang di sukai
Siapppp!
Mula-mula gelek 2 keping roti tu bagi nipis. Setelah tu, roti tersebut di potong ikut saiz penutup balang saiz kecil. Ianya akan jadi bentuk bulat seperti dalam gambar.
Selepas itu celupkan roti tadi dengan telor, lumurkan dengan serbuk roti. Automatik roti akan melekat dengan sendiri. Sebab kita dah salut dengan telor.
Roti tu akan menggelembung semasa digoreng. Lepas di goreng, gunting 2 roti tersebut seperti dalam gambar.
Inti:
Isi ayam, ubi kentang, lobak, bawang besar holland, gula, garam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan di tumis kesemuanya.
Nota:
Tak perlu di klim sebab kita dah celup dengan telor, ia akan melekat dengan sendirinya. Sebab kita dah gelek nipis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kanak-kanak yang baru berusia tiga tahun manalah dia tahu ular itu berbisa atau tidak. Hendak mengadu pun belum pandai. Tetapi itulah yang berlaku pada Nur Safia Sumayyah Muhammad Firdaus
Pada awalnya dia hanya mengadu jatuh dan ibunya ingatkan anaknya terseliuh. Rupanya kaki anak bengkak kerana dipatuk ular ketika berbasikal sendirian. Mujurlah cepat di bawa ke hospital dan anak ini selamat.
Mengadu Jatuh, Ingatkan Terseliuh
Aktiviti berbasikal menjadi mimpi ngeri buat seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Kampung Pulai Mutiara, Gelang Patah di sini, apabila kaki kanannya dipatuk ular yang melingkar di rantai basikal.
Ibu kanak-kanak itu, Aida Dalila Damia Zulkipli, 31, berkata, kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi semalam ketika Nur Safia Sumayyah Muhammad Firdaus, 3, bermain sendirian di pekarangan rumah.
Menurutnya, dia tidak mengetahui anaknya dipatuk ular sehinggalah melihat kaki anak kedua itu bengkak dan menelefon suami untuk pulang serta membawa Nur Safia ke hospital.
“Sebelum itu Nur Safia minta nak main basikal dan tak lama kemudian masuk ke dalam rumah serta cakap dia terjatuh, tetapi dia main macam biasa dengan kakaknya di dalam rumah.
“Cuma selepas itu, dia mengadu kaki sakit dan minta disapukan minyak. Saya pula tidak syak apa-apa dan menyuruhnya mandi dahulu. Selesai mandi, dia masih bermain dengan kakaknya sebelum datang kepada saya untuk menyapu ubat.
“Ketika itulah saya melihat kakinya sudah bengkak tetapi tidak fikir lain, sebaliknya bimbang dia terseliuh atau patah. Saya menelefon suami yang bekerja supaya pulang dan kami ke hospital,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terkejut Kepala Ular Di Bahagian Rantai Basikal
Aida Dalila berkata, semasa menyapukan minyak pada kaki anaknya, dia melihat ada kesan gigitan dan bertanya berulang kali sama ada Nur Safia benar-benar jatuh atau sebaliknya.
Katanya, dia kemudian terkejut apabila terlihat kepala ular di bahagian rantai basikal anaknya yang diletakkan di hadapan pintu rumah.
Menurutnya, suaminya yang pulang segera memukul ular itu dengan dengan kayu dan mereka membawa Nur Safia ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Gigitan Ular Tidak Kena Abdomen
“Alhamdulillah Nur Safia dalam keadaan baik dan pemantauan 24 jam dilakukan doktor mendapati darahnya baik (tiada bisa) dan gigitan ular tidak mengena abdomen.
“Lebam yang sehingga lutut itu juga sudah berkurangan, cuma kakinya masih bengkak. Dia masih dalam pemantauan,” katanya yang memberitahu rumah sewa didiami empat bulan itu berdekatan kawasan paya.
Dia juga memberitahu pakar ular yang hadir memaklumkan ular menggigit Nur Safia berkemungkinan spesis ular kapak bakau.
MW: Semoga Nur Safia kembali sihat dan sembuh seperti biasa. Biar pun mak, ayah rasakan anak selamat bermain sendirian tetapi jangan ambil mudah kerana malang tak berbau. Harapnya kisah ini menjadi iktibar buat kita semua.