Menjadi impian setiap mak ayah inginkan anak cemerlang dalam pelajaran sekaligus dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi demi mengejar cita-cita untuk berjaya dalam kehidupan.
Gara-gara pandemik COVID-19, tak dinafikan ramai yang terkesan dan buntu apabila kehilangan sumber pendapatan. Sedangkan banyak urusan yang perlu dilunaskan termasuklah perbelanjaan harian mahupun yuran pengajian anak untuk sambung belajar di universiti.
Putus Punca Pendapatan
Ibu tunggal yang putus punca pendapatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini buntu memikirkan nasib anaknya yang ditawar melanjutkan pengajian di Universiti Malaya.
Siti Katijah Md Tahir, 38, berkata, dia buntu untuk mencari wang bagi membiayai kos pengajian selain keperluan anaknya, Putri Najiha Azni, 18, yang ditawar mengikuti pengajian Asasi Sains Fizikal di Universiti berkenaan.
Menurutnya, dia memerlukan RM1,950 untuk membolehkan anaknya itu melanjutkan pengajian.
“Saya resah untuk cari wang bagi biayai kos meliputi yuran penggajian, kolej kediaman, serta yuran perkhidmatan berjumlah RM1,950 sebelum tarikh kemasukan ke universiti berkenaan pada 27 Jun depan,” katanya.
Ads
Katanya, dia yang berpisah dengan bekas suami sejak setahun lalu menghidap penyakit lelah.
“Sebab itu saya terpaksa berhenti kerja sebagai pengemas bilik di sebuah motel pada Februari lalu dan mengambil keputusan berniaga sendiri dengan menjual nasi lemak.
“Bagaimanapun, pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lalu menyebabkan dia yang kini menumpang di rumah ibu angkatnya putus punca rezeki dan kini mengambil upah membuat bantal kekabu yang hanya cukup untuk perbelanjaan harian.
“Sebelum berpisah dengan suami lagi kami sekeluarga hidup susah. Ketiga-tiga anak termasuk seorang lagi yang masih bersekolah di bawah jagaan saya manakala anak sulung berusia 21 tahun bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM40 sehari,” katanya.
Ads
Risau Gagal Jelaskan Yuran
Siti Katijah berkata, dia bimbang jika gagal menjelaskan yuran yang dikehendaki, anaknya terlepas peluang menyambung pengajian dalam bidang diminatinya.
“Ini sekali gus membantutkan harapan kami kepadanya bagi mengubah nasib keluarga,” katanya ketika ditemui di kediaman ibu angkatnya di Kampung Basong, di Kuala Kangsar, hari ini.
Peluang Ubah Nasib Keluarga
Sementara itu, Putri Najiha yang memperoleh keputusan 8A 2B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu berkata, guru-guru di sekolahnya turut meletakkan harapan tinggi kepadanya supaya dapat menyambung pelajaran sehingga bergelar jurutera.
Ads
Katanya, RM1,950 yang diperlukan hanya untuk yuran pada semester pertama, belum termasuk perbelanjaan lain seperti keperluan serta kelengkapan harian, makan-minum, caj pemeriksaan kesihatan, komputer riba, dan sebagainya.
“Saya bimbang jika tidak sempat menjelaskan bayaran pada tarikh ditetapkan masa depan saya musnah, tambahan pula ini sebagai suatu peluang untuk saya mengubah nasib keluarga yang selama ini hidup susah.
“Dalam tempoh sesingkat ini, agak susah bagi kami mengumpul wang termasuk mendapatkan bantuan dari mana-mana agensi kerajaan memandangkan perlu melalui proses yang panjang,” katanya yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jana, Kamunting, Taiping.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam 08040020776585.
MW: Ramai yang terkesan kehilangan sumber pendapatan sewaktu PKP ini. Jika berkemampuan, tak banyak walaupun sedikit semoga dapat membantu ibu tunggal dan anaknya yang cemerlang dalam pelajaran untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat lebih tinggi.
Kornea mata suami wanita ini alami kerosakan. Sampai membuatkan dia hilang sebelah penglihatan. Gara-gara penggunaan contact lens. Cerita tentang mata ini bermula dari sebuah status yang dikongsi ibu anak tiga ini dalam sebuah grup masakan glamour, Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Sekeping gambar menu makan malam dengan sebuah catatan caption dari posting Puan Maria Adam ini mengundang sayu di hati.
“Suami saya anak orang susah, besar dengan ikan goreng dan telur. Telur tu kadang dia kata dia orang guna minyak buat kuah.
Tambahnya lagi, “Saya dari family agak ada-ada. Makanan memang muai dari saya kecil sampailah sekarang. Bila kahwin dengan suami, dia selalu pelik dengan makanan saya, penuh satu meja.
“Dia kata U masak telur mata dah. I makan dengan kicap. Kita ni jadi isteri tak sampai hati.”
Lebih sayu bila beliau sambung dengan kisah ini, “Hari ini satu hari keluar berjalan makan macam-macam. Dia drop saya kat rumah dan ambil kereta kat workshop.”
“Masuk pagar hari jadi sayu sebab next week, dia akan buat cornea surgery. Last year dah buat tapi fail. So he lost one eye. Tahun ini dia nak buat lagi sekali. Next week dia masuk surgery.”
Saya call tanya, “Nak makan tak malam ni?” Kata dia nak. Tapi nak ikan goreng garing dengan kicap macam makwe boleh tak?
Makwe tu arwah nenek yang bela dia.
I said yes, terus meleleh air mata.
Ini kita panggil lauk untuk kekasih hati. Hari dia masuk operation 23hb. Tarikh 27hb tu wedding anniversary kami yang ke-25. Doakan suami saya get his sight back dan dia sihat semula ya.
Sebelum Pakai Contact Lens Kena Alert 3 Perkara Ini
Mingguan Wanita menghubungi Puan Maria untuk mengetahui lanjut tentang keadaan suami yang kehilangan sebelah penglihatan.
“Kornea mata dia rosak. Doktor suspek dari penggunaan contact lens ataupun kuman habuk. Bila dimasukkan ubat dan antibiotik, kuman tak nak respons”
Kata doktor, kuman ganas.
Sebab itulah Maria menasihatkan anda yang memakai contact lens berjaga-jaga dengan 3 perkara ini:
1. Jangan beli contact lens yang kat tepi jalan. 2. Elakkan pakai contact lens lebih 8 jam. 3. Kena jaga mata dari persekitaran yang berhabuk.
Jadi tahun lepas dia orang beli kornea dari USA. Dan gantikan kornea. Tapi kornea itu, badannya tak boleh terima. Dah setahun dia hilang sebelah penglihatan.
Tahun ini, bulan ini sekali lagi suaminya akan menjalani pembedahan menukar kornea yang baru.
“Sementara tunggu setahun untuk urat sarafnya kuat, dah naik katarak pula. Kali ini kena buat surgeri katarak dan lepas tu tukar kornea baru.
Anak yang belajar di Sydney. Anak sulung tu lah harapan esok-esok kalau Maria tak ada boleh tengokkan adik dia yang OKU.
Anak yang Sindrom Down umur 15 tahun. Penyebab Maria jual online untuk cari rezeki dari 2004
Anak bongsu masih dalam darjah 3.
Anak Kedua Sindrom Down Dan Sakit Jantung
Buat masa ini suaminya masih bekerja di bank. Cuma tak lagi boleh buat kerja-kerja luar atau berat macam dulu. Setakat kerja-kerja pejabat yang tak berikan beban.
Tahun 2004, wanita ini berjualan online. Anak kedua mereka pula disahkan sindrom down dan sakit jantung. Kini sudah 15 tahun usianya. Bersekolah di sekolah khas.
“Niaga online tu nak cari duit poket.” Anak sulungnya sudah pun berusia 22 tahun dan yang bongsu, dalam darjah tiga. Bersekolah di belakang rumah mereka saja.
Dekat 13 tahun berjualan online, wanita ini pernah dijemput oleh pihak universiti di Amerika Syarikat untuk berkongsi ilmu jualan online bersama Top USA Internet Marketer yang lainnya.
Sumber/Foto : Maria Adam
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Comel sungguh tengok gelagat lucu Tya Arifin dengan adiknya, Siti Aafiyah Mohd Jiwa ini. Sampaikan ibunya, Datuk Siti Nurhaliza sendiri pun rasa terhibur sama. Menantu Datuk Siti, Tya ini pun sejak kisahnya menyelamatkan anaknya, Arif Jiwa makin terserlah sifat keibuan dalam dirinya.
Lagi-lagi bila buat memek wajah lucu dengan adik kecilnya ini, Siti Aafiyah. Makin bertambah sifat manis ibu muda ini. Mujurlah Arif Jiwa itu lelaki Tya, kalau tidak mahu disolek habis anak kecilnya itu. Sama macam apa yang dikongsikan dalam instagramnya itu yang tak sabar menanti adiknya membesar.
“Hahahahaha.. apalah kakak Tya dah buat tu?” Seloroh Datuk Siti yang lucu dengan gelagat adik-kakak ini. Macam-macam aksi muka yang Tya buat. Habis diikut gaya si comel pipi merah, Aafiyah.
Kalau Tya dapat anak perempuan bayanglah apa yang jadi. Sebab dengan Aafiyah pun dia dah tak sabar nak hias adik secantik puteri. Impiannya, kelak Tya mahu merakam lagi gambar yang lucu semacam ini. Tapi waktu itu, wajah Aafiyah makin ‘gegirl’ kakak Tya cantik-cantikkan.
“Kamu tunggu ya udah besar dikit, mukanya kak tya makeup, rambutnya di roll, curly -in pake ribbon, terus kita selfie gini lagi ya… ihhh sekarang aja gemes apalagi nanti.”
Moga Allah Kurniakan ‘Aafiyah’ Buat Anak Ibu Sayang – Siti Nurhaliza
Diam tak diam, dah masuk 3 bulan rupanya si comel pipi merah, Siti Aafiyah ini. Terasa baru semalam saja berkongsi kisah kelahiran anak penyanyi tersohor kesayangan rakyat Malaysia ini.
Doa ibunya, “Alhamdullillah, hari ni Aafiyah 3 bulan. Semoga Allah SWT kurniakan ‘aafiyah’ buat anak ibu sayang.. love u sayang ibu.”
Siti Aafiyah pun semakin membesar dan cantik. Persis wajah ibu dan ayahnya. Moga Aafiyah membesar jadi anak soleh kebanggaan ayah dan ibu serta dapat berbakti kepada negara.
Pelakon Amira Othman berkongsi cerita perjalanan haji bersama penyanyi santun, Wany Hasrita di Tanah Suci Makkah. Panggilan haji yang diterima pada saat akhir itu tetap dilunaskan dengan segera persiapannya oleh kedua pasangan selebriti ini.
“Alhamdulillah, selesai perjalanan haji saya. Di luar fikiran saya dapat menunaikan haji di usia 26 tahun ini. Tapi semua Allah atur. Banyak saya belajar sepanjang perjalanan haji ini.
Akhirnya yang kita bawa hanyalah amalan, sedekah juga doa anak-anak yang soleh. Di dunia pangkat harta atau nama semuanya pinjaman dan akhirnya semuanya adalah sama di sisi Allah.
Doakan saya memperolehi haji mabrur!
Moga Allah angkat semua doa saya juga doa anda semua.
Thank you @wanyhasrita terus call kita tak fikir nama orang lain terus fikir nama kita.
Memang ajaib tapi Allah dah tulis semua ini. Moga ada rezeki ke sini lagi.. Tempat paling tenang yang tak akan saya lupa sampai bila-bila.”
Sebak Baca Doa Orang Lain Ketika Wukuf
Dalam hantarannya sebelum ini, Amira juga berasa sebak ketika memasuki waktu wukuf di padang Arafah. Katanya, dia menerima banyak sangat DM yang meminta untuk didoakan.
“Ada yang saya sebak baca. MasyaAllah lain orang lain lah dugaannya. InsyaAllah akan saya sampaikan satu persatu. Moga Allah kabulkan doa semua yang tidak henti-henti berdoa.” Maklumnya ketika itu.
Wany Hasrita dan Amira Othman menunaikan haji tahun ini atas undangan kerajaan Arab Saudi.
MW : Mendoakan agar Amira Othman dan Wany Hasrita mendapat haji yang mabrur. Amin
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...