Putri Ariani terpilih ke akhir AGT 2023, Simon Cowell puji suara sangat indah. Di sebalik kekurangan dialaminya, Allah mengurniakan kelebihan lain. Suaranya berjaya memukau jutaan ramai saat tampil sebagai peserta di pertandingan America’s Got Talent 2023.
Dan tuah menyebelahinya apabila komposer popular, Simon Cowell memberinya golden buzzer sehingga memberi laluan mudah untuknya ke peringkat separuh akhir AGT 2023 semalam.
Takdir telah tertulis buatnya dalam pertandingan separuh akhir semalam, Putri Ariani membuktikan bakat yang ada di sebalik kekurangan dialaminya apabila layak ke pertandingan berprestij mencungkil bakat baru ini apabila layak ke akhir America’s Got Talent 2023.
Membawakan lagu U2 berjudul I Still Haven’t Found What I’m Looking For, Putri Arini datang dengan versi tersendiri sambil duduk bermain piano.
Dan sekali lagi, Simon Cowell Kembali mengagumi dirinya apabila kehilangan kata-kata selepas menyaksikan persembahan dari gadis berbakat ini.
“Saya sebenarnya agak kehilangan kata-kata sekarang. Sungguh indah suara kamu. Versi yang cukup indah. Dan sejujurnya Putri, disebabkan inilah saya masih buat pekerjaan ini.
“Seikhlasnya untuk momen-momen seperti ini. Ia (persembahan) sangat indah,” katanya.
Ads
Tiga juri lain iaitu Sofia Vergara, Heidi Klum, dan Howie Mandel juga sangat bersetuju persembahan berkenaan antara yang terbaik pernah mereka saksikan.
Dan khabar berita dirinya berjaya ke peringkat akhir diumumkan oleh pihak produksi AGT di media sosial rasmi mereka.
“@arianinismaputripunya sesuatu untuk membuatnya tersenyum. Dia menuju Finale #AGT!” ungkap AGT.
Selain Putri Ariani, lima lagi peserta mengiringinya iaitu Mzansi Youth Choir, Lavender Darcangelo, Adrian Stoica and Hurricane, Ahren Belisle, dan Murmuration.
Ads
Pusingan akhir AGT 2023 ini akan berlangsung pada 26 September akan datang.
Teruk sangat dah nie. Hari ini saja ada 3 laporan dari ibu bapa berbeza mengenai guru yang menampar dan suka mencubit murid. Ikuti temubual eksklusif MW jam 8.30 malam ini bersama Puan Zanariah Mohd Zabidi, berkaitan isu anak ditampar di muka oleh guru.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap orang pasti ada keistimewaan dan keunikan yang tersendiri yang dianugerahkan sama ada bentuk fizikal atau rupa paras. Sama ada kita kita menganggap kelebihan atau kekurangan terserah kepada diri masing-masing.
Seperti mana gadis ini, dia menganggap ketinggian sebagai satu keistimewaan, jadi dia terus positif dan wanita kaki terpanjang ini sering berkongsi inspirasi dan pernah malu.
Anggap Ketinggian Sebagai Satu Keistimewaan
Gadis dari Texas, Amerika Syarikat mencipta dua rekod sekaligus dalam Guiness World Record apabila diiktiraf menjadi wanita dan remaja yang memiliki kaki terpanjang.
CNN memetik kenyataan Guiness World Record, Maci Currin, 17, memiliki kaki kiri sepanjang 135 sentimeter (cm) manakala 134 cm pada sebelah kanan.
“Diharap semua wanita yang tinggi menganggap ketinggian dimiliki mereka sebagai satu keistimewaan.
“Kamu tidak seharusnya malu tetapi perlu berbangga dengan apa yang dimiliki.
“Saya sendiri tidak ambil peduli apa yang orang sekeliling fikir tentang saya,” katanya.
Menerusi satu perkongsian video di Youtube, ibu Currin memberitahu dia menyedari anaknya itu lebih tinggi daripada mereka seusia dengannya sejak kecil lagi.
“Mungkin ada gen yang menyebabkannya mempunyai ketinggian luar biasa,” katanya.
Keunikan Currin menjadikannya terkenal di laman sosial dan sehingga kini memiliki 1.7 juta pengikut di TikTok manakala 50,000 di Instagram (IG).
Memberi Inspirasi Tak Perlu Malu
Menerus platform itu, Currin berkongsi pelbagai video untuk memberi inspirasi dan meyakinkan pengikutnya untuk yakin dengan bentuk badan mereka.
Malah, setiap video dimuat naiknya di TikTok meraih jutaan tontonan.
Difahamkan ,Currin memiliki ketinggian 208 cm, bapanya 196 cm, abangnya 193 cm manakala ibunya 170 cm.
MW: Bila kita hargai setiap kelebihan atau anugerah yang diberikan pasti hidup bertambah bahagia dan positif. Malah setiap dugaan yang datang dapat dilalui dengan mudah.
Baru-baru ini syarikat penerbangan AirAsia buat tawaran harga tak masuk akal tiket penerbangan ke Korea dan Jepun. Walau bagaimanapun, dua negara berkenaan mencatat jumlah kes COVID-19 yang tinggi.
Ibu ini, Rosmarlina Binti Abd Ghani menetap lama di Jepun. Dan beliau tetap meletakkan kebimbangan pada traveller yang berhajat ke negara tempatnya menetap, Jepun.
Sungguhpun demikian, beliau berkongsi panduan selamat untuk traveller yang meneruskan perjalanan ke Jepun.
Katanya, “US letakkan Jepun Level 2, bg amaran pada traveller ke Jepun.”
“Pada yang cancel ke Jepun sebab bawa anak kecil dan warga tua… Anda memang sangat berfikiran jauh dan satu keputusan yang tepat walaupun berat.”
“Pada yang meneruskan perjalanan… ke Jepun dalam masa terdekat, tawakal dan berusaha sehabis baik untuk jaga kesihatan anda dan semua ahli rambongan.”
“Jangan ambil ringan dan sentiasa beringat, ketahuilah virus ini boleh bertahan selama 9 hari di tempat-tempat yang disentuh oleh pembawanya.”
Panduan Untuk Traveller Jepun
Kalau boleh jangan skip pakai mask bila di luar, elak pegang tepi eskulator tu, tekan butang lif pun kalau boleh berlapik.
Dalam train pun kalau boleh elak lah pegang ring pemegang tangan tu,
nampak orang batuk batuk dalam train jangan dok dekat.
Nampak ja ada kat mana-mana hand sanitizer tu guna, selalu ada kat pintu depan supermarket besar-besar. Free ja pun.
Gi public toilet nampak ada sabun buih untuk basuh tangan tu, apa lagi basuh tangan dengan kerap ya. Pastu lap betul-betul tangan tu sampai kering.
Balik dari jalan-jalan tu sila kumur mulut anda paling kurang 3 kali.
Kalau rasa tak perlu bersesak-sesak ke tempat ramai orang, sila elakkan ya.
Kalau rasa tak sihat tu jangan gagahkan diri keluar hotel/ apartment, rehat ja dalam rumah, takut lagi senang dapat kuman bila badan tak sihat tu.
Group yang senang dijangkiti virus adalah, warga tua, anak-anak kecil dan wanita hamil.
Osaka masih 1
Namun di tempat tinggal saya di Osaka Bay, kami sudah dapat surat dari sekolah dan tempat jagaan kanak-kanak supaya memantau suhu anak-anak setiap hari dan jika suhu 37.5c tidak dibenarkan ke sekolah.
Info tambahan kes
South Korea 833 kes
Jepun 138 kes
Saya doakan semoga semua rakyat Malaysia yang melancong dan yang bermastautin di Jepun, selamat dari dijangkiti Virus ini, amin.
Wanita Pakistan bersalin bayi lelaki waktu wukuf di Padang Arafah. Seorang wanita Pakistan melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat di Padang Arafah semasa kemuncak ibadah haji Sabtu lalu, lapor sebuah laman berita.
Wanita Pakistan Bersalin Bayi Lelaki Waktu Wukuf Di Padang Arafah
Bayi baru lahir itu memiliki berat 3.04 kilogram. Bayi berkenaan diberi nama Arafah sebagai penghormatan kepada lokasi di mana kemuncak ibadat haji berlaku.
Ketika kejadian, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu sedang hamil minggu ke-37. Dia melahirkan anaknya di tengah lautan jemaah haji yang berkumpul di padang tersebut.
“KELAHIRAN SEORANG ANAK ADALAH SATU RAHMAT. NAMUN, MENYAKSIKAN KELAHIRAN BERLAKU SEMASA IBADAT HAJI SANGAT ISTIMEWA,” KATA DR. AMINA AL SHEIKH.
Beliau mengetuai pasukan perubatan yang menyambut kelahiran bayi itu. Ibu dan bayi itu dilaporkan stabil dan berada dalam pemerhatian lanjut.