Putih Gebu, Alahai Comelnya Bilal “Terkilan, Sebagai Ibu Mahu Berkongsi Sendiri Wajah Anak Saya” begitulah luahan pelakon dan usahawan terkenal Neelofa apabila ada pengguna laman sosial yang mendedahkan wajah sebenar anak sulungnya, Muhammad Bilal.
Perbuatan tersebut ternyata tidak menghormati Neelofa sebagai ibu yang melahirkan Bilal.
Selebriti wanita itu juga begitu terkilan dengan tindakan individu yang didakwa menyebarkan wajah anaknya menerusi aplikasi TikTok.
Sebelum ini Neelofa dan suami masih belum bersedia memperkenalkan wajah penuh Bilal.
“Sebagai ibu, semestinya perbuatan menyebarkan gambar itu menyinggung perasaan. Kalau terserempak atau terjumpa Bilal di luar, saya tak halang dan tidak akan sorok mukanya.
“Namun, apabila ada pihak yang memuat naik dan sebar dalam media sosial, ia seolah-olah tidak menghormati kami sebagai ibu dan ayah Bilal. Melangkaui kami pula.
“Saya terkilan. Seharusnya, mereka beri saya kesempatan sebagai ibu yang melahirkan untuk berkongsi sendiri wajah anak saya,” kongsi Neelofa menerusi portal Berita Harian.
Rancang Perkenalkan Bilal
Pada masa yang sama Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail juga sudah merancang untuk memperkenalkan anak sulung mereka.
“Memang akan sampai waktu itu. Saya dan suami sudah merancang masa yang sesuai untuk berbuat sedemikian.
“Tetapi, kenapa ada yang tetap mahu menjadi orang pertama?
“Saya akan bercuti dan melancong dalam tempoh terdekat. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan kongsi kepada semua,” katanya yang tidak mahu isu membabitkan Bilal dipanjangkan.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bayi sumbing adalah kelainan dan ketidaksempurnaan pada struktur bibir atau bahagian lelangit di mulut si comel. Ada ramai mak ayah terlepas pandang bila tengok anak yang dianugerahkan Allah itu tidak sempurna. Kadang bukan sengaja tetapi terlepas pandang.
Jadi untuk bagi semangat pada bayi sumbing ini daripada peringkat awal, baca perkongsian daripada Pakar Perunding Maternal Fetal Medicine, Imelda Balchin ini…
Minggu lepas saya bertemu dengan ibubapa janin yang ada sumbing di bahagian mulut dan langit-langit.
Tidak ramai bayi dilahirkan sumbing, lebih kurang 2 bayi dalam 1000.
Sumbing boleh dilihat oleh imbasan ultrasound. Bila didapati janin mempunyai kecacatan ini, yang penting sekali ialah rujukan ke pakar Fetal Medicine untuk memastikan tidak ada kecacatan yang lain.
Kami selalunya memberi kaunseling kepada ibubapa, jika tidak ada kecacatan yang lain, ia boleh dibetulkan secara pembedahan dan anak-anak akan diberikan bantuan pertuturan, pendengaran, pergigian dan psychology supaya membesar dan mencapai gaya hidup yang sama dengan kanak-kanak yang lain. Kami juga memberi nasihat kaedah menyusukan bayi yang baru dilahirkan. Walaupun mungkin terpaksa menggunakan botol yang diubahsuaikan bagi bayi yang tidak dapat menyedut susu secara biasa, kami masih menggalakkan susu badan ibu daripada susu formula.
Bayi yang sumbing lebih senang mendapat jangkitan kuman di dalam telinga (otitis media) tetapi kajian perubatan menunjukkan yang risiko ini boleh dikurangkan bila ibu memberikan susu ibu bila dibandingkan dengan susu formula.
Ada satu nasihat peribadi yang saya selalu bagi kepada ibubapa yang bimbang:
Iaitu, janganlah malu bergambar dengan bayi anda selepas bersalin. Ambil lah gambar sekeluarga dengan bayi yang baru dilahirkan seperti biasa. Jangan sesekali menunjukkan perasaan kecewa. Kanak-kanak ini boleh menjadi sensitif dan mendapat masalah emosi jika tidak ada gambar selepas kelahirannya seperti adik-beradiknya yang lain.
Tunjukkan lah kepada anak ini, anda bangga, kerana kecantikan di dalam adalah lebih penting daripada kecantikan di luar badan. Tunjukkan lah kepada anak ini, jika kecantikan di luar badan boleh dibetulkan dan kecacatan boleh diubah menjadi sempurna, apa lagi kemuliaan hati kita, kejujuran, kekuatan minda dan semangat. Semoga menjadi ihsan yang mulia dan berjaya dunia dan akhirat.
Prof Imelda, Pakar Perunding Maternal Fetal Medicine, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pramugari MAS meninggal di Tokyo, adik kongsi arwah risaukan kesihatan mak tapi Allah lebih sayang. Pemergian mengejut seorang pramugari Syarikat Penerbangan Malasysia (MAS) ketika transit di Tokyo amat mengejutkan.
Pramugari dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah dilaporkan sedang bertugas di Tokyo Narita dan dijadualkan mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur sebelum dilaporkan terjatuh lalu meninggal dunia.
Pramugari MAS Meninggal Di Tokyo
Syarikat penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) mengesahkan seorang pramugarinya meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo, Jepun.
Dalam pada itu di insta stories adik kepada arwah, Norzarita Hanum Hamzah berkongsi kesedihan berikutan kehilangan kakak kesayangannya. Malah dirinya turut berkongsi ucapan takziah dari rakan-rakan yang mengenali arwah yang turut mendoakan arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Adik Kongsi Arwah Risaukan Kesihatan Mak Tapi Allah Lebih Sayang
Dari satu perkongsian, Norzarita turut memaklumkan perbualan akhir arwah kakaknya bersama seorang rakan di mana mata arwah amat berkaca tatkala berbicara tentang emak mereka. Namun di saat kebimbangannya tentang kesihatan emaknya, Allah terlebih dahulu menjemputnya.
Memetik laporan The Star, syarikat penerbangan tersebut memaklumkan anak kapal kabin itu dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah.
“Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini.
“Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana,” katanya pada Isnin.
Sebelum itu, laman Facebook yang didedikasikan untuk kru kabin di seluruh negara memaklumkan Norzana meninggal dunia sebelum tiba di Malaysia.
“Dengan rasa sedih kami melaporkan kehilangan tragis seorang kru kabin Malaysia Airlines pagi ini.
“Anggota kru Norzana Hanim Hamzah sedang singgah di Tokyo dan meninggal dunia di hotel kru sebelum mengambil penerbangan pulang ke Malaysia, menurut sumber rangkaian kami.
“Punca kematian masih belum disahkan tetapi laporan yang belum disahkan daripada komuniti kru MH tidak menolak kemungkinan dia terjatuh ketika sedang bersiap sedia untuk penerbangan pulang (ke Malaysia),” katanya.
Laman media sosial itu dalam masa sama turut meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat keluarga dan sahabat anak kapal tersebut.
Keinginan untuk merasai pengalaman seorang ibu pastinya menjadi impian bagi setiap wanita. Namun bukan semua wanita ‘bertuah’ berpeluang melalui. Pelbagai ujian terpaksa dilalui malah ada yang bertahun-tahun lamanya menjalani rawatan kesuburan untuk merasai ‘nikmat’ ini. Siapa sangka usaha tanpa berputus asa akhirnya dikurniakan rezeki zuriat kembar yang comel pada usia 50 tahun.
11 Tahun Cuba Hamil
Seorang wanita melahirkan sepasang bayi kembar perempuan pada usia 50 tahun setelah hampir 11 tahun mencuba untuk hamil dengan membelanjakan lebih £40,000 (RM 225,242) bagi rawatan kesuburannya, lapor laman berita Mail Online.
Manda Epton yang menetap di Sydney mula cuba untuk hamil pada usia 39 tahun sebagai ibu tunggal selepas hubungan jangka panjangnya renggang.
Jalani 23 Rawatan Kesuburan In-vitro (IVF)
Pereka Fesyen itu menjalani 23 rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dan tiga kali keguguran sebelum melahirkan bayi kembarnya pada 2018, Chloe dan Freya, yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum ini, Epton pernah menjalani tiga ujian IVF dengan satu daripadanya dibatalkan disebabkan mengalami hiperstimulasi ovari, satu tindak balas berlebihan terhadap hormon.
Dia mempunyai enam embrio yang dimasukkan dengan dua kehamilan yang berlangsung selama lapan minggu.
Pusingan terakhir rawatan kesuburannya di sebuah klinik di Cape Town dengan pemindahan embrio penderma berganda menyebabkan kehamilan kembarnya berjaya.
Mingguan Wanita: Usaha tanpa henti dan tidak pernah berputus asa, akhirnya rezeki wanita ini dikurniakan anak kembar meskipun pada usia 50 tahun. Tahniah! atas kelahiran cahayamata, semoga menjadi inspirasi buat pasangan yang sedang menanti zuriat.