Puteri Sarah Wanita & Ibu Yang Kuat “Bangkit, Sayangi Diri Sendiri. Tidak Biarkan Diri Dipijak”

Share

Puteri Sarah wanita & ibu yang kuat. Kemelut yang melanda rumah tangga wanita ini sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditempuhi. Bersempena sambutan HARI Wanita Sedunia atau Hari Wanita Antarabangsa yang disambut hari ini, pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana merupakan antara wanita yang bersuara lantang dan kuat menempuh dugaan rumah tangga.

Seperti yang diketahui umum, semalam Puteri Sarah mendakwa pernah dipukul suaminya, Syamsul Yusof. Terbaru menerusi prosiding yang telah berlangsung, Puteri Sarah Liyana mengemukakan bukti baharu mendakwa dirinya pernah dipukul oleh suaminya, Syamsul Yusof pada 2020 hingga menyebabkan dia keluar dari rumah.

Menerusi laporan beberapa portal akhbar, Puteri Sarah menyatakan demikian di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas ketika prosiding tuntutan cerai. Malah bukti itu dikemukakan juga selepas Syamsul enggan melafazkan cerai.

Malah paling menggemparkan peminat sebelum ini juga Syamsul membuat pengakuan melalui video dirinya sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ di Twitter.

Puteri Sarah Wanita & Ibu Yang Kuat

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.

Akui Puteri Sarah setiap langkah yang di diambil tiada sesalan. Kemelut rumah tangga yang sedang dilanda badai itu tidak langsung menggoncang dirinya malah terus membuatkan dia lebih kuat.

Tidak mahu terus bersedih dan meratapi nasib diri, Puteri Sarah hadir dengan buah tangan terbaru untuk peminat. Lagu TERUS yang dilancarkan serentak hari ini merupakan antara manifestasi isi hati ibu kepada dua cahaya mata ini.

Apa yang dirasai dan dilalui diluah di dalam bait-bait lirik TERUS seterusnya dinyanyikan oleh gandingan Sarah Fazny dan Zayani yang mewakili dirinya.

“Lagu ini memang mengisahkan tentang apa yang terjadi kepada diri saya. Apa yang berlaku selama ini saya ceritakan dan diterjemah menjadi sebuah karya. TERUS memang mewakili isi hati saya.

“Saya gembira karya ini akhirnya dapat menemui pendengar hari ini. Setidaknya mereka yang di luar sana yang senasib dengan saya dapat bangkit dan meneruskan kembali hidup seperti dulu,” kata Puteri Sarah.

Jangan Meratapi Apa Yang Berlaku

Menariknya, bait-bait lirik dan melodi indah diterjemah dengan baik oleh Faizal Ulwi yang bertindak selaku komposer untuk TERUS.

Meskipun Faizal merupakan komposer baharu di dalam industri, namun dia sudah berpengalaman luas dalam bidang muzik lebih sedekad yang lalu.

Bagai membawa seluruh emosi, Sarah Fazny dan Zayani juga menterjemah seluruh rasa dengan nyanyian indah mereka. Pastinya seluruh jiwa diletakkan kepada TERUS yang mewakili kisah hidup yang dilalui Puteri Sarah sejak beberapa tahun yang lalu.

“Sehebat mana pun kemelut yang berlaku, jangan sesekali meratapi apa yang berlaku. Saya mahu mereka yang senasib dengan saya bangkit dan teruskan kehidupan.

“Kita ada masalah, ada juga jalan penyelesaian. Jangan sesekali patah semangat,” katanya yang turut terlibat sama dalam pembikinan muzik video bersama Sarah Fazny dan Zayani beberapa minggu lalu.

Hari Wanita Sedunia, Hadiah & Pembakar Semangat Untuk Wanita

Bercerita mengenai pemilihan tanggal 8 Mac untuk melancarkan lagu ini, ia dipilih sempena dengan Hari Wanita Sedunia yang disambut di seluruh dunia.  TERUS juga dijadikan hadiah dan pembakar semangat kepada mereka untuk mencari semula kekuatan.

Tambahnya, dia mahu mengabadikan tarikh tersebut sebagai satu simbol “move on” dan mahu semua wanita harus bangkit daripada segala derita dan mencari kebahagiaan hidup.

“Saya mahu jalan terus dan tidak lagi mempedulikan apa sahaja kemelut yang berlaku. Sebagai wanita dan yang paling penting sebagai seorang ibu, saya harus terus kuat!”

“Saya harus bangkit daripada kesedihan dan meneruskan kehidupan. Bangkit bukan bermakna ingkar, tapi lebih kepada menyayangi diri sendiri dan tidak membiarkan diri dipijak,” tambahnya lagi.

 


“Wanita Hebat. Sekali Melangkah Terus Tak Berpaling” Warganet

Menerusi ruangan komen ramai yang mengkagumi ketabahan Puteri Sarah.

Baca Disini : Puteri Sarah Dakwa Pernah Dipukul Syamsul “Sebelum Ini Berdiam Diri, Masih Menyimpan Rasa Sayang”

Sumber / Sumber Foto : Indigital Music 

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

TEMUI MARSHA LONDOH YANG AKAN HIBURKAN ORANG RAMAI DI DI FIESTA USHA-USHA BISKUT RAYA DI PUSAT BELI BELAH SETIA CITY MALL. ADA 40 VENDOR POPULAR AKAN BERSAMA KAMI DI FIESTA INI MENJUAL BISKUT RAYA. JOMMMSSSS…

Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.

Published by
Norhayati Suboh