Hiburan

Puteri Sarah Tulis Coretan Khas Untuk Bella, “Dulu Saya Sangat Takut Untuk Melepaskan…

Share

Puteri Sarah tulis coretan khas untuk Bella, “dulu saya sangat takut untuk melepaskan…”. Sekian lama menahan sabar, akhirnya Bella Astillah nekad dengan keputusan iaitu mengakhiri perkahwinannya dengan perceraian.

Tidak mudah membuat keputusan yang melukakan hati banyak pihak tetapi itu mungkin jalan akhir difikirkan demi menjaga hati sendiri.

Puteri Sarah Tulis Coretan Khas Untuk Bella

Di sebalik kemelut rumahtangga Bella Astillah dan Aliff Aziz yang telah pun memfailkan penceraian terhadap suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu banyak rakan artis memberikan sokongan padu buat Bella. Antaranya Puteri Sarah Liyana yang pernah melalui kemelut rumahtangga satu ketika dahulu bersama Syamsul Yusoff.

Dan bila mana rakan baiknya diuji, dirinya berkongsi coretan pengalaman lama pernah dilaluinya ketika membuat keputusan bercerai dengan Syamsul selepas dimadukan.

“Dulu Saya Sangat Takut Untuk Melepaskan…

Menulis di insta storiesnya, Puteri Sarah mengakui tidak mudah membuat satu keputusan dalam hidup tetapi mempercayai sesuatu yang terjadi mempuyai sebab tersendiri.

“Dulu saya sangat takut untuk melepaskan. Dulu saya benci perpisahan. Dulu saya benci mengakhiri sesuatu.

“Dulu saya sangat takut betapa sakitnya hati saya ketika mereka tidak ada lagi dalam hidup saya.

“Saya memiliki banyak pertanyaan bagaimana, jika dan apa yang bisa terjadi kemudian dan di situlah kesalahan saya selama ni takut akan segalanya, tulisnya.

Jelas ibu kepada dua anak ini, Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun, mempercayai apa yang terjadi adalah qada dan qadar dari Allah yang sudah tertulis.

“Kamu tahu melepaskan itu indah. Terkadang, itu sulit. Tapi selalu ingatkan dirimu bahawa setiap yang berlaku atas izin- Nya. Lepaskanlah hal-hal yang telah menyakitimu.

“Bersabarlah dalam prosesnya. Kerana setelah setiap kesabaran, ada hal yang indah yang menantimu, titipnya lagi.

Bella, 30, atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah semalam memaklumkan, dirinya nekad untuk bercerai dan menganggap perpisahan adalah jalan terbaik untuk dirinya dan Aliff.

Jika sebelum ini Aliff bersetuju untuk pengesahan cerai tetapi sebaliknya pelakon ini tidak hadir ke mahkamah kerana mempunyai  komitmen penggambaran.

“Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar. Pada anak-anak saya selalu kata “Daddy work” dan  Ayden sekolah Cina, jadi berita sebegitu tidak diketahui” kata Bella.

Sementara itu, peguam yang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata, hari ini (Rabu) adalah tarikh sebutan pertama perceraian.

“Pihak kami failkan cerai kelmarin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.

“Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Isteri Paling Gembira Aliff Juara GV8 “Bangga Keberanian, Ketenangan. Berbaloi Penat Lelah Awak”

Aliff Aziz Berdepan Sakit Mistik, Bella Sedia Terima Kembali Bekas Suami

Bella Astillah Hamil Anak Kedua, Sudah Rujuk Dengan Aliff Waktu Dalam Eddah

Saman Puteri Sarah Terhadap Bekas Madu Berakhir, Kes Diselesaikan Secara Damai Di Luar Mahkamah

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjak usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros