Puteri Sarah terkedu, Syaikhul tanya “Mama Betul Ke Ayah Kahwin Lain?”. Allahu sebagai seorang ibu sememangnya soalan itu sangatlah sukar untuk dijawab apatah lagi yang bertanya merupakan anak yang baru berusia enam tahun.
Ternyata bila ibu dan ayah mengalami kemelut rumah tangga sudah pasti anak-anak akan terkena tempias.
Sememangnya mana-mana wanita yang mengalami situasi seperti Puteri Sarah Liyana akan terkedu dengan soalan anak sebegitu. Namun ibu ini seperti mana yang kita ketahui mengalami konflik rumah tangga dengan suaminya, Syamsul Yusof dimana suaminya membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.
Susulan daripada pendedahan itu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai pada pada 16 Januari lalu.
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.
Puteri Sarah Terkedu
Ibu kepada Syaikhul dan Sumayyah ini terkedu apabila anak lelakinya seperti mana dikongsi menerusi Instagram Stories mengajukan soalan tentang bapanya, Syamsul Yusof sudah berkahwin lain serta punca mengapa pengarah berkenaan sudah lama tidak pulang ke rumah.
Malah Puteri Sarah turut meluahkan bagaimana untuk menjawab soalan Syaikhul yang baharu berusia enam tahun itu.
“Baru balik daripada photoshoot. Sampai-sampai rumah, Syaikhul tanya saya ‘Mama betul ke ayah kahwin lain?’
Syaikhul sudah mula bertanya tentang status ayahnya.
“Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain? Macam mana nak jawab soalan budak umur enam tahun? Saya terkedu,” katanya.
“Hanya Fikir Tentang Nafsu, Ikut Kepala Kamu Sahaja.”
Puteri Sarah juga bertanya kepada Syamsul bagaimana dia mahu menjawab soalan anak mereka yang masih tidak tahu apa-apa.
Soal Puteri Sarah, adakah Syamsul pernah terfikir jawapan yang mahu diberikan kepada anak-anak mereka sekiranya perkara itu dibangkitkan suatu hari nanti.
“Jadi kepada lelaki-lelaki yang pentingkan diri sendiri tu, isteri nak kena jawab apa dekat anak kecil ni?
“Pernah tak kamu terfikir satu hari nanti nak jawab apa dekat anak? Tidak! Kamu hanya fikir tentang nafsu, ikut kepala kamu sahaja.
“Ada terfikir tak kahwin lari dekat Siam tu nanti anak tanya nak jawab apa?,” ujarnya.
Kesan Poligami
Puteri Sarah turut berpesan kepada kaum lelaki yang memperjuangkan poligami untuk belajar semula agama Islam untuk memikirkan kesan dan akibatnya.
“Lelaki-lelaki di luar sana, sebelum nak perjuangkan konon poligami itu sunnah, belajar balik agama Islam ya dan fikir apa akibatnya,” katanya.
View this post on Instagram
Baca Disini : Keluarga Puteri Sarah ‘Kunci Mulut’ Tapi Sentiasa Menyokong, Ada Kelas Tersendiri & Profesional!
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sumber / Sumber Foto : Insatgram Puteri Sarah
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI