Puteri Sarah pertahankan tindakan ibu mertua. Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya Syamsul Yusof mendapat perhatian orang ramai.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Dek kerana terlalu marah dengan anaknya, ibu Syamsul, Datin Fatimah Ismail lantang memberikan komen pedas terhadap anaknya itu.
Ibu mana yang tidak marah apabila anak membuat pengakuan bernikah lagi satu tanpa mendapat restu. Syamsul telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, baru-baru.
Kelantangan ibu Syamsul mendapat kecaman hebat netizen. Puteri Sarah seperti mana dilaporkan Harian Metro mempertahankan tindakan ibu mentuanya yang memberikan komen ‘menusuk hati’ dan pedas terhadap anaknya itu.
“Saya faham perasaan ibu mentua saya ketika ini. Memang dia tak puas hati dan sedih dengan apa yang berlaku.
“Saya juga nak jelaskan di sini, orang luar tidak tahu apa yang terjadi sehingga dia bertindak meluahkan ketidakpuasan hatinya yang mendapat kecaman dan hentaman teruk daripada orang ramai.
“Ada sebab kenapa dia jadi begitu. Hanya saya, pihak di sebelah sana dan Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) saja tahu,” luahnya.
Ibu kepada dua anak ini juga menerangkan jangan sewenang-wenangnya mengecam tindakan yang dilakukan ibu mertuanya dalam menegur Syamsul.
“Tiada orang yang tiba-tiba nak ‘melantun’ (mengamuk) atau ‘meroyan’ tanpa sebab. Mesti ada sebab kenapa dia dan saya jadi begini.
“Jadi sebelum anda kecam, cari dulu punca kenapa kami jadi begini serta kenapa saya berdiri di sini (berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk permohonan tuntutan cerai). Bukan saya suka-suka atau tiba-tiba ke pejabat agama sebelum ini,” sambungnya.
Puteri Sarah sebelum ini telahmemfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Permohonan cerai berkenaan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Sewaktu hadir, Puteri Sarah ditemani adik-beradik selain peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakilinya.
Puteri Sarah juga menyatakan tarikh sebutan kes permohonan cerai terhadap suaminya ditetapkan Mahkamah Syariah di pada 7 Mac depan yang juga jatuh sehari sebelum ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka pada 8 Mac.
Baca Disini:“Perkahwinan Tak Akan Mengugurkan Kes” Ulasan Peguam Tindakan Sivil Puteri Sarah
Puteri Sarah Mahu Kebenaran Sebelum Buat Keputusan Tentang Hati
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Puteri Sarah Liyana