Puteri Sarah Fail Tuntutan Balas Nusyuz “Anak Guam Menafikan Tuduhan Dilemparkan Syamsul” Peguam

Share

Puteri Sarah Fail Tuntutan Balas Nusyuz. Pergolakan rumahtangga pasangan sensasi Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof masih belum berakhir.

Terbaru Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan balas nusyuz terhadap Syamsul Yusofdi Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur,.

Puteri Sarah Fail Tuntutan Balas Nusyuz

Ibu kepada dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 itu jugaturut memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz Syamsul terhadap dirinya.

Seperti mana dipetik menerusi portal Berita Harian, Peguam yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir menerangkan Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee Din telah menetapkan 14 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dengan kedua-dua pihak perlu hadir ke mahkamah.

“Kedua-dua pihak tidak hadir hari ini kerana sudah menerima pengecualian dan kami juga sudah diberikan kebenaran.

“Jadi, kami sudah memfailkan pembelaan kepada tuntutan nusyuz dan dalam masa sama, kami juga sudah memasukkan tindakan balas.

“Jadi, mahkamah sudah memberi tarikh baharu untuk memasukkan pembelaan. Seperti Syamsul, Puteri Sarah juga alasannya berkenaan sikap tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

“Kami kena akui masing-masing ada pembelaan dan anak guam kami menafikan terhadap tuduhan dilemparkan oleh Syamsul terhadapnya,” ungkap Datuk Akberdin.

Syamsul Akan Meneliti Tuntutan Balas – Peguam Syamsul

Manakala Peguam Syarie yang mewakili Syamsul Azmi Mohd Rais juga turut mengesahkan perkara berkenaan.

“Syamsul akan meneliti tuntutan balas dan akan memasukkan jawapan serta pembelaan. Dan tarikh seterusnya adalah pada 14 Jun depan. Pada tarikh akan datang mereka perlu hadir.

“Dan untuk pengetahuan, sekiranya tiada penyelesaian global kes ini masih diteruskan,” kongsinya.

Azmi turut menerangkan Puteri Sarah terbabit dalam beberapa tuntutan nusyuz atas beberapa alasan.

“Syamsul sudah memfailkan kes tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah dan kami berusaha mendapatkan kebenaran untuk menyerahkan saman memandangkan Puteri Sarah tinggal di Wilayah Persekutuan.

“Jadi, kami akan serahkan saman kepadanya dalam masa terdekat ini.

“Nusyuz adalah isteri tidak taat dan derhaka, jadi Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz ini kepada Puteri Sarah kerana beberapa alasan yang dinyatakan dalam tuntutan tadi.

“Antaranya, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, keduanya masih menghubungi bekas kekasihnya dan ketiga enggan mematuhi notis nusyuz serta keempat sudah membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul dan tidak memberi nafkah,” jelasnya.

Baca Disini : Tarik Balik Saman Terhadap Keluarga Ira & Diskaun Tuntutan Nafkah Anak, Lafaz Cerai Puteri Sarah Tak Jadi!

Mingguan Wanita: Semoga dipermudahkan segala urusan Puteri Sarah. 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber:  Berita Harian

Sumber Foto : Instagram Puteri Sarah

 

Published by
Norhayati Suboh