Puteri Sarah dapat kebenaran mulakan prosiding hina mahkamah terhadap madunya ira, kakak & Kazar. Akhirnya pelakon Puteri Sarah yang juga isteri pertama kepada Syamsul Syusof memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap madunya Ira Kazar, kakak, serta bapa mereka yang juga pelakon veteran, Kazaruddin Saisi.
Pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin seperti mana yang dilaporkan Sinar Harian, Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili ibu kepada dua anak itu memberitahu pemberita bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Norakhmar Mohd Sani memberi kebenaran itu ketika pengurusan kes secara dalam talian.
Menurut Akberdin, pihaknya akan menyerahkan salinan permohonan komital itu kepada Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini, kakaknya iaitu Yasmin dan bapa mereka.
“Selepas penyampaian disempurnakan, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk mereka menjawab terhadap permohonan kami. Pada masa ini, tiada sebarang tarikh ditetapkan,” kata peguam itu.
Puteri Sarah memfailkan notis permohonan komital itu secara ex-parte (sebelah pihak) pada 31 Jan lepas terhadap ketiga-tiga individu itu atas dakwaan dengan sengaja menentang atau mengingkari perintah injunksi yang diperoleh Puteri Sarah pada 4 Julai 2022.
Puteri Sarah memohon perintah injunksi tersebut dalam kes saman difailkannya terhadap Ira yang didakwa mengganggu dan mengugutnya menerusi media sosial.
Menurut rekod, pada 4 Julai 2022, Puteri Sarah berjaya memperoleh perintah injunksi daripada mahkamah antara lain bagi menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada mengganggu dan menjejaskan ketenteraman serta kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentua termasuk suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof.
Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah dan keluarganya atau rakan serta orang gaji kepada isteri pertama Syamsul itu.
Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah, 38, memfailkan permohonan cerai dengan Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, di Mahkamah Rendah Syariah di sini dan sebutan kes ditetapkan pada 7 Mac ini di hadapan Hakim Syarie Akmalludin Ilyas.
Manakala pada 6 Jan lepas, Syamsul mendedahkan beliau sudah bernikah dengan Ira di Thailand dalam video yang dikongsi menerusi Instagram.
Baca Disini : Ira Kazar Dipanggil JAWI, Puteri Sarah Lega Perjuangkan Untuk Diri & Anak-Anak “Syukurlah Usaha Keras Terus Berjalan”
Menerusi ruangan komen ramai warganet yang menyokong Puteri Sarah.
Sumber : Sinar Harian
Sumber Foto :
Instagram Puteri Sarah LiyanaFollow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.