Puteri Sarah dakwa pernah dipukul Syamsul. Pagi ini cukup hangat apabila pasangan terkenal dengan kemelut rumah tangga mereka, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah berada di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Terbaru menerusi prosiding yang telah berlangsung, Puteri Sarah Liyana mengemukakan bukti baharu mendakwa dirinya pernah dipukul oleh suaminya, Syamsul Yusof pada 2020 hingga menyebabkan dia keluar dari rumah.
Menerusi laporan beberapa portal akhbar, Puteri Sarah menyatakan demikian di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas ketika prosiding tuntutan cerai.
Malah bukti itu dikemukakan juga selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadapnya hari ini.
“Sebolehnya saya tak mahu buka cerita mengenai kejadian itu, tapi disebabkan Syamsul tidak mahu melepaskan saya maka saya dedahkan kepada mahkamah.
“Sebelum ini saya bertindak berdiam diri kerana masih menyimpan rasa sayang.
“Tambah pula, bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu.
“Namun yang selamatkan saya ketika itu ialah ibu mentua saya.
“Dia yang keluarkan saya daripada rumah dua tahun lalu. Malah Syamsul pun tahu kenapa (keluar rumah),” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
“Syamsul Menuduh Sarah Bertindak Keluar Dari Rumah (Nusyuz)” Peguam Datuk Akberdin
Menurut peguam yang diwakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, insiden dipukul itu adalah salah satu fakta anak guamnya keluar dari rumah selepas didakwa nusyuz oleh Syamsul.
“Kejadian dipukul antara fakta mengapa Sarah membuat keputusan keluar rumah.
“Kami kemukakan fakta ini selepas Syamsul menuduh anak guam saya bertindak keluar dari rumah (nusyuz).
“Pihak kami perlu memberikan penerangan kepada mahkamah apa yang sebenarnya berlaku. Namun begitu, mengenangkan hubungan baik dengan keluarga mentua dia kembali semula ke rumah.
“Jadi andaian anak guam saya keluar ke rumah tanpa izin adalah tidak betul sebab anak guam saya ada alasan kukuh,” kongsinya.
Baca Disini : “Saya Berharap Hari Ini Akan Bermula Buku Baharu Dalam Hidup,” Puteri Sarah
Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Sumber : Harian Metro Sinar Harian
Sumber Foto : Sinar Harian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.