Puteri Sarah Beritahu Syamsul Yusof, Dia Nak Tolong Intan “Siapa Lagi Nak Faham Kalau Bukan Kaum Wanita Sendiri”

Share

Sekali pandang, wajah Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dengan Intan Liana Saleh, 33 nampak seiras bak adik beradik. Bukan saja wajah mereka nampak sama, tapi rupanya Puteri Sarah pun ada sedikit persamaan nama dan satu perasaan yang dekat dengan Intan yang lebih mesra dipanggil Bonda ini.

Projek video klip abaya cantik antara Puteri Sarah bersama Intan ini rupanya ada cerita di sebaliknya. Dalam status instagram Puteri Sarah, beliau berkongsi kembali cerita niatnya yang mahu membantu Intan. Ketika itu, niatnya telah dikongsikan dengan suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof.

First time jumpa Intan pemalu orangnya. Intan pun segan-segan dengan Sarah. But Sarah kata jangan segan, I nampak je garang.”

Tambah Sarah lagi, “Masa mula-mula tahu pasal Intan, Sarah beritahu husband, “Sayang, kesian Intan. I nak shoot videoclip. Nak panggil Intan.”

“Dan I nak tolong dia, siapa lagi nak faham kalau bukan kaum wanita sendiri.”

Dari situlah, Puteri Sarah mula minta tolong temannya, Ena untuk mencari juga nombor telefon Intan. Kerana dia mahu jalankan sesi photoshoot dengan Intan. Akhirnya nombor telefon yang dikehendaki sangat itu berjumpa juga.

“Dah jumpa, Intan pun macam Sarah. Sentiasa bawa anak ke mana-mana saja. Kesian tengok Ariq melekat dengan Bonda dia.

Pastu kejap-kejap menangis sejak kes tu terjadi. Syaikhul (Syaikhul Islam, 10 bulan) nak kawan. Tapi abang tak pandai kawan lagi.” luah Puteri Sarah prihatin.

 

 

Di sebalik projek video klip Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Intan Liana Saleh

Intan Kena Berdikari, In Sha Allah Ada Rezeki Untuk Intan

Dalam pada itu Puteri Sarah sempat memberikan nasihat yang baik untuk Intan, ibu kepada dua orang anak, Arish Muqri, 4 dan Ariq Muqri, 1.

Intan you are very strong woman. Kami semua yang panggil photoshoot ini are just your stepping stones. But you must be independent yourself in order for you to move forward.”

In sha Allah ada rezeki tu untuk Intan. Let this be a lesson to all you women out there, sedikit sebanyak kita kena juga be independent strong woman. We need to start acting like ladies again.”

Sememangnya para follower Intan pasti perasan dengan perubahan Intan yang makin kuat dan kental. Intan juga dari sehari ke sehari semakin berseri-seri wajahnya. Sememangnya Intan kuat dan anda-andalah juga penyumbang semangat Intan kekal kuat.

Sumber/Foto : Puteri Sarah

Published by
Netty Ah Hiyer