Hiburan

Puteri Sarah Berang Komen Hinaan Dikatakan “Barang 2nd Hand”, “Banyak Jantan Sakit Mental…”

Share

Puteri Sarah berang komen hinaan  dikatakan “barang 2nd hand, “banyak jantan sakit mental…”. Baru saja kita meraikan Syawal hari kemenangan dan bermaaf-maafan, sudah ada peminat yang tidak sensitif dan menulis komen hinaan di media sosial.

Terkini di platform X, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin bertindak berkongsi satu hinaan pengikutnya @afiqazni yang menulis kata-kata hinaan “geng secondhand ke ni” selepas dirinya memuat naik video lagu Alamak Raya baru ini.

Puteri Sarah Berang Komen Hinaan Dikatakan “Barang 2nd Hand”

Tidak berdiam diri dengan komen hinaan tersebut, Puteri Liyana pantas membalasnya “Ya, @smafiq pondan macam dia ni lah masa memondan  kat IG orang lain.

“Banyak Jantan Sakit Mental…”

Tidak terhenti setakat itu saja, pelakon berbakat ini turut menempelak kaum lelaki yang di sifatkannnya sebagai sakit mental kerana hanya berani menulis sesuatu yang menyakitkan hati di media sosial tetapi tidak berani bila berhadapan.

“Bukan main kau komen hina aku dengan Bella. Dekat sini pengecut pula, sebenarnya banyak sahaja jantan sakit mental penuh dekat komen IG tu,” tulisnya.

Benar bagai dikata Puteri Liyana, sebaik dirinya menulis komen tersebut,  individu yang juga pemilik akaun @smafiq yang menghinanya dan Bella di IG itu sudah menyekatnya di media sosial.


 Katanya, dia menyifatkan pemilik akaun berkenaan sebagai pengecut kerana hanya berani meninggalkan komen penghinaan itu di media sosial.

“Ehh? Pengecut rupanya ‘block’ (sekat) kita. Ingat hebat sangat. Komen dekat IG macam bagus.

“Bukan main kau komen IG aku. Dah letak muka tiba-tiba ‘profile’ semua hilang. Bila tweet bukan main nampak baik tapi munafik. Sudahlah komen kurang ajar,” tulisnya.

Sebaik memuat naik perkongsian ini, ramai peminat menyuruhnya membuat laporan ke SKMM termasuk ada yang menyebarkan wajah lelaki tersebut. Apa pun, jangan jadi toksid di media sosial orang lain kerana ianya milik peribadi. Tak suka boleh ignore, bukan mencurah api.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Puteri Sarah Tulis Coretan Khas Untuk Bella, “Dulu Saya Sangat Takut Untuk Melepaskan…

Puteri Sarah Wanita & Ibu Yang Kuat “Bangkit, Sayangi Diri Sendiri. Tidak Biarkan Diri Dipijak”

Dua Dekad Jadi Anak Seni, LIZA HANIM Hadiahkan Konsert Untuk Para Peminat

“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros