Puteri Sarah ajar wanita kena jadi bijak, pasang peguam untuk tutup mulut orang suka menyalak. Pasti ramai tahu kemelut rumahtangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof.
Dua hari lalu ketika perbicaraan kes mereka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, dirinya meminta dilepaskan secara baik selepas mengetahui suaminya mengahwini Ira Kazar namun Syamsul mengambil pendekatan berbeza di mana dirinya enggan menceraikan Sarah.
Dalam pendirian mengenai hal ini, Puteri Sarah menegaskan, memohon agar suaminya itu melepaskannya dengan cara baik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Puteri Sarah Wanita & Ibu Yang Kuat “Bangkit, Sayangi Diri Sendiri. Tidak Biarkan Diri Dipijak”
Menginjak Usia 40an, Noryn Aziz Bertatih Sayangi Diri, Jaga Minda, Tubuh & Jiwa
Jadilah Suami Mithali Dambaan Isteri “Latih Diri Memuji, Menghargai Buatlah Dia Terasa Disayangi”
Katanya, dia tidak melihat adanya lagi harapan dalam perkahwinan mereka.
“Dia (Syamsul) kata masih ada sinar. Sedangkan saya masuk hospital baru-baru ini pun dia tak datang jenguk… sinar apa? Tegasnya.
Kemelut rumah tangga pasangan itu masih belum menemui titik noktah apabila Mahkamah Rendah Syariah hari ini mengarahkan kes mereka dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas memutuskan supaya Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, dan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, melantik wakil masing-masing-masing dalam JKP.
Di sebalik isu ini, timbul dakwaan dari seorang individu yang bahawa Syamsul sebenarnya mahu menceraikan Sarah. Namun tidak berbuat demikian kerana isu harta sepencarian yang bakal timbul. Bahkan dirinya meminta agar Puteri Sarah meneruskan perjuangannya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.