Pada 9 Mac baru-baru ini, Puteri Aishah bersama pengarah krew produksi dan pelakon lain drama Demi terbang ke Inverness, Scotland. Mereka kemudiannya memulakan sesi penggambaran sehari selepas tiba disana.

Menurut pengarah drama Demi, seperti yang dilaporkan dalam akhbar Harian Metro memaklumkan dia bersama kru seramai 18 orang termasuk pelakon berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu iaitu sebelum peningkatan kes Covid-19 kes dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Rahila juga terpaksa menghentikan penggambaran dan pulang selepas diarahkan berbuat sedemikian.

Puteri Aishah Positif Covid-19
Semoga Puteri Aishah segera pulih

Iman Tang, pengurus kepada Puteri Aishah memuat naik posting mengenai artisnya itu di instagram rasminya @imantang75.

“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakathu..Salam Maghrib. Dia (Puteri Aishah) telah disahkan positif Covid-19 sejam yang lalu. Mohon doakan dia kembali sembuh,”…

IKLAN

MW kemudian menghubungi Iman Tang dan bertanyakan status terkini Puteri Aishah.

“Puteri Aishah terbang ke Scotland pada 9 Mac lalu sebelum Malaysia menguatkuasakan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Dia ke sana bersama pengarah, krew produksi termasuk pelakon lain  yang terlibat dalam drama Demi. Keesokkan harinya mereka memulakan sesi penggambaran.

“Mereka tak shoot outdoor, dan tukar lokasi shoot indoor. Sekitar 25 Mac, salah seorang jurukamera dilaporkan sudah empat hari demam. Pengarah juga muntah-muntah dan pelakon Puteri Rayyana Rayqa pun demam dua hari.

IKLAN

“Masing-masing risau dengan keadaan itu. Team produksi dan pelakon lain balik ke Malaysia dan tiba pada 31 Mac baru-baru ini. Sebaik tiba di Malaysia, mereka diminta untuk self-quarantine dan jangan balik ke rumah keluarga.

“Puteri Aishah tinggal sendirian dan menjalani tempoh kuarantin itu. Tetapi sebaik jurukamera dan empat krew produksi telah disahkan positif, saya nasihatkan Puteri segera melakukan ujian saringan Covid-19 drive thru di Hospital Pantai Cheras, Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang, 6 April kelmarin. Jam 5.30 petang tadi, result dah keluar dan dia disahkan positif… Kami masih menunggu makluman lanjut dari KKM untuk langkah seterusnya. Doakan Puteri diberikan kesembuhan hendaknya,”terang Iman Tang ketika dihubungi sebentar tadi. 

IKLAN

Selain Puteri Aishah, pelakon lain yang turut menyertai rombongan itu ialah Ashraf Muslim, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa. Drama Demi diadaptasi daripada novel yang diterbitkan 26 episod bagi siaran RTM.

MW mendoakan Puteri Aishah dan semua yang terlibat dalam penggambaran drama ini diberikan kesembuhan.

Sumber Iman Tang dan Puteri Aishah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI