Pelakon jelita dari negara seberang yang pernah mengegarkan tanahair dengan filem lakonannya, Ada Apa Dengan Cinta, Dian Sastrowardoyo kini merupakan seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata.
Jika sebelum ini Dian jarang berkongsi wajah anak-anaknya namun sejak beberapa bulan lepas dia kian bersikap terbuka dan berkongsi gambar mereka sekeluarga.
Malah Dian juga turut berkongsi tentang keadaan anak sulungnya Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo, yang menghidap autisme.
Artikel berkaitan: Ya Allah Cekal & Kuatnya Ibu Ini, Jaga Anak Kurang Upaya Cerebral Palsy & Autisme
Sekolah Rendah Selalu Gagal, Akhirnya SPM Remaja Autisme Calon Istimewa Terbaik Kedah
Seperti mana ibu bapa yang lain, pelakon ini juga begitu risau apabila anak kesayangan disahkan menghidap autisme.
Akui Dian anaknya diagnosis pertama kali ketika berusia enam bulan lagi. Malah Dian juga mendedahkan bahawa terdapat beberapa perkara yang dilihat oleh anaknya secara berbeza berbanding dengan anak-anak lain seusianya.
Malah dia juga sangat bertuah kerana dapat mengenali beberapa ciri-ciri kanak-kanak autisme lebih awal. Dari situ dia segera membawa anaknya berjumpa doktor pakar.
Isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo ini juga menerangkan sejak itu pelbagai terapi dan intervensi dijalankan ke atas anaknya.
Malah selama empat tahun juga proses tersebut dilakukan dan akhirnya anak sulung Dian berjaya keluar dari terapi dan dianggap normal seperti kanak-kanak lain ketika berusia enam tahun.
Kini Shailendra berada di kelas empat dan dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Selain kemampuannya dalam pelajaran, Shailendra juga mampu untuk bersosial.
Autisme atau gangguan spektrum autisme (ASD) itu sendiri adalah rangkaian gangguan perkembangan saraf, yang kebanyakannya dicirikan oleh gangguan fungsi sosial dan masalah komunikasi.
Sumber: tribunnews.com
Sumber Foto: Instagram Dian Sastrowardoyo
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/